Labels

Monday, October 22, 2012


BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM SECARA TURUN TEMURUN.

ISLAM MELAYU, MELAYU ISLAM  SUDAH TIDAK ASING LAGI, IANYA  SUDAH MERUK DAN ENJADI DARAH DAGING DAN TERMASYHUR DI SELURUH DUNI. SEBUT SAJA MELAYU  SEKALI PUN DI KUTUB UTARA  ATAU SELATAN, PASTI  DIKENALI  SEBAGAI PENGANUT ISLAM. PENDEK KATA IANYA  IBARAT ISI DENGAN KUKU. TIDAK AKAN BERPISAH  DAN AKAN MENJADI MUDARAT JIKA DI PISAHKAN.

DI SEBABKAN FAHAMAN POLITIK SEMPIT DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN  PARTI, YANG  SEMATA-MATA  INGIN  MENDAPATKAN  KUASA DAN HABUAN DUNIA, MEREKA SANGGUP  MENGGADAI  BANGSA DAN AGAMA.  KEADAAN INI SUDAH  SEMAKIN TERUK DAN  MENGANCAM  KEHARMONIAN KAUM DAN BANGSA  YANG MENGAKU  RAKYAT MALAYSIA. ADALAH MENJADI KEBIMBANGAN  BANYAK  PIHAK  JIKA  KEADAAN  INI TIDAK DI BENDUNG.

SEBAGAI  RAKYAT  BIASA  TOK NGAH  INGIN  MELONTARKAN   PANDANGAN  SEKIRA
NYA  BOLEH  DI TERIMA.  APA PUN  PANDANGAN INI  HANYALAH  SEMATA-MATA  UNTUK  RENUNGAN DAN JIKA  BOLEH  DI AMBIL  SEBAGAI  TITIK TOLAK  BAGI  SEMUA  PIHAK MENGAMBIL IKTIBAR  ATAU  INISIATIF, BAGI  MEMPERBETULKAN  KEADAAN  YANG  SEMAKIN  RUMIT.

BUKAN  MUDAH  JIKA  SESUATU  PERBALAHAN  ATAU SENGKETA TELAH BERLAKU. IBARAT  API  YANG  SEDANG  MARAK  BUKAN  MUDAH UNTUK MEMDAMNYA.  SEBELUM  TERJADINYA  PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DI INGINI, ADALAH  LEBIH  BAIK  KITA  SEMUA  BERMUHASABAH  DIRI, DARIPADA TERUS  MEMBUAT TOMAHAN  ATAU  PROBOKASI  YANG  BOLEH MENIMBULKAN  KEMARAHAN BAGI  PIHAK2 YANG MENDENGAR.

ORANG  MELAYU  YANG  MENDIAMI  DI KEPULAUAN  MELAYU  TERMASUKLAH DI MALAYSIA INI, ADALAH  BERSAUDARA  JIKA  DI FAHAMI  MENGIKUT ISLAM. BAGAIMANAKAH  PERASAAN  KITA  JIKA  TERDAPAT  SEBAHAGAIN  KECIL MANUSIA YANG  SENGAJA  INGIN  MENYISEHKAN  PERSAUDARAAN   SESAMA  KITA,  YANG  TELAH DI BENA  OLEH GENERASI TERDAHULU?

KEJUJURAN  MEREKA  YANG  SENGAJA  UNTUK  MEROSAKAN HUBUNGAN  BAIK  YANG  TERJALIN DI ANTARA  KITA  SEBANGSA  DAN SE AGAMA, HARUS DI TENTANG  DAN  DIELAKAN  DENGAN APA CARA JUA. KEMAKMURAN  DAN  KEBAHAGIAAN  HIDUP  KITA  SELAMA INI, TIDAK  SEHARUSNYA  DI PERTIKAIKAN ATAU  DI MUSNAHKAN,  SEMATA-MATA  KERANA  FAHAMAN POLITIK  YANG  BERBEZA.




SAYANGILAH  BANGSA  DAN  SANJUNGILAH AGAMA  SUCI  KITA  HINGGA  BILA-BILA  LANTARAN  NEGARA  YANG  AKAN  TERUS  DIDIAMI  OLEH  ANAK CUCU KITA  DIMASA  KINI  DAN AKAN  DATANG.

TOK NGAH.
   

































Saturday, July 7, 2012

PERSARAAN  AWAL DSAI

BANYAK  ORANG  BERPANDANGAN  SESAMA SENDIRI APABILA  DSAI  MEMBUAT  KENYATAAN UNTUK  BERSARA  DARI  POLITIK, JIKA  PR  TIDAK  DAPAT  MENAWAN PUTERAJAYA  SELEPAS PRU-13  NANTI. APAKAH  BENAR DAN  BOLEH DIPERCAYAI  KENYATAN  TERSEBUT? ATAU  HANYA  GIMEK POLITIK  UNTUK  MENGALIH  PERHATIAN RAKYAT  TENTANG KES  DEMI KES  KE MAHKAMAH, YANG  DIHADAPI OLEH BELIAU?

KEKALAHAN PR  DALAM PRU-13 SUDAH  JELAS  TERBAYANG  DIKALANGAN  PEMIKIR   POLITIK  TANAH  AIR. FAKTOR  UTAMA  YANG  MENONJOL IALAH  ANJAKAN  TRANSFORMASI  YANG DICIPTA  OLEH DS MOHD NAJIB  AMAT  BERKESAN SERTA  MENDAPAT SAMBUTAN YANG  LUAR BIASA. IA DI SOKONG  DENGAN  BUAH TANGAN  YANG  MENCERIAYAKAN RAKYAT  DARI SEGENAP  PELUSUK  TANAH  AIR  DAN  KUMPULAN.

TIDAK  SEPERTI  PEMIMPIN PR  YANG  LEBIH  BANYAK  RITOREK  DAN JANJI-JANJI  KOSONG. MALAH  SETIAP  NEGERI YANG DI PERINTAH OLEH PR  SEMUANYA  BERGELUMANG  DENGAN  MASALAH,  JUSTERU  MEMBUAT  RAKYAT  TIDAK BERPUAS HATI  DAN  KEBIMBANGAN  DALAM  JANGKA  MASA   YANG  PANJANG. KELANTAN  DENGAN  MASALAH AIR  BERSIH, KEDAH  DENGAN  KAYU BALAKNYA, P.PINANG  DENGAN  PENGHAPUSAN  HAK-HAK  PENIAGA  MELAYU DAN INDIA, MANAKALA  DI SELANGOR  DENGAN  JANJI KOSONG  DAN  KETIDAK  TELUSAN PENTADBIRAN  KERAJAAN  PKR.

OLEH ITU  TIDAK  HAIRAN  LEBIH  RAMAI  PEMIMPIN  PR  KHASNYA  PKR  TELAH  HILANG  KEYAKINAN  DAN  MENJADI  WAKIL BEBAS  DI PARLIMEN. DALAM  MASA  PEMIMPIN PR  BERKEMPEN  MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN  BN  DAN  UMNO, DS MOHD NAJIB  DAN  BARISAN  KEPIMPINANNYA TERUS  BEKERJA  DAN  MELAKSANAKAN  JANJI-JANJI  YANG  BELUM  BERES.  INI  LEBIH  MEMBERI  MAKNA  DAN  DI SAMBUT  OLEH RAKYAT. 

MAKA  DENGAN  ADANYA  SINARIO  YANG  SEDANG  BERLAKU, DSAI  SUDAH  MERASKAN  REFORMASI  YANG DI CANANG  OLEH  BELIAU,  SUDAH TIDAK  DI TERIMA  OLEH  RAKYAT.  PON BEGITU  SAYUGIA  DI INGATKAN BAHAWA  DSAI  BUKAN  SEMUDAH  ITU  UNTUK  TUNDUK  DENGAN  TEKANAN-TEKANAN  YANG  DATANG.  AZAM  BELIAU  UNTUK  MENDUDUKI  KERUSI  NO.1 ITU  TIDAK  PERNAH PADAM  DARI  SANUBARINYA. 

JIKA  BENAR  BELIAU  INGIN  BERSARA  DARI  POLITIK  ELOKLAH  SEKARANG  BELIAU  MEMBUAT  KEPUTUSAN  BUKAN  SELEPAS  PRU-13.  DENGAN  ITU  RAKYAT  AKAN  MEMBERI  UCAP  TAHNIAH  DAN  MEMBENTANG  DENGAN  KAPET  MERAH  UNTUK  BELIAU  BERUNDUR. HADIAH  YANG  PALING  BERHARGA  IALAH  UNTUK  ISTERI TERSAYANG  DS DR AZIZAH  DAN  ANAKNYA   YB. NOOREZAH. 

TOK NGAH.   
    

Saturday, December 17, 2011

KHATIB CUBA MAIN POLITIK.

 NAIK MIMBAR  MASJID  UNTUK  MENYAMPAIKAN  KHUTBAH  JUMAAT,  ADALAH  PELUANG  DAN  RUANG  YANG  LUAS  BAGI  PARA  KHATIB  MEMBERI  NASIHAT  DAN  PERINGATAN  KEPADA  JEMAAH.

TETAPI  SEJAUHMANAKAH  PARA  KHATIB  YANG  BERTUGAS  DI MASJID2  DAERAH  DAN  KAMPUNG2   DAPAT  MEMAINKAN  PERANAN  MEREKA.  SEJAUHMANAKAH  MEREKA   MEMAHAMI  KHUTBAH  YANG  MEREKA  SAMPAIKAN.?  DI SETENGAH  MASJIT    KITA  DAPATI  KHATIB  YANG  BERTUGAS  DENGAN  HANYA  MEMBACA  TEK  YANG  DISEDIAKAN  TANPA  ADA  SEMAKAN  ATAU  MEMBUAT  RUJUKAN.

ADA  SETENGAH  KHATIB  YANG  AGAK  MATANG,  MEMBUAT  OLAHAN  SENDIRI  SESUAI  DENGAN  KEADAAN  PERSEKITARAN  QARIAH   MASJID.  SEBAHAGIAN  BESAR  TERDAPAT  IMAM  ATAU  KHATIB  TIDAK  MESRA  DENGAN  PENGERUSI  DAN  JAWATANKUASA  MASJID.  DENGAN  ITU  APABILA  TERDAPAT  KHUTBAH  YANG  DISAMPAIKAN  MENYENTUH  PIHAK2  YANG  TERTENTU  ATAU  BERBAUR  POLITIK,  PASTINYA  PENGERUSI  DAN  JAWATANKUASA  MASJID  DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

SUDAH  SEWAJARNYA  PENGERUSI  DAN  JAWATAKUASA  MASJID  MENDAPAT  PENJELASAN  DARI  PARA  IMAM  ATAU  KHATIB  YANG  BERTUGAS  TENTANG   TAJUK  DAN  ISI   KHUTBAH  YANG  HENDAK  DI SAMPAIKAN,  SUPAYA  TIDAK  MENIMBULKAN  SALAH  FAHAM  SESAMA  SENDIRI.

DI ERA  DUNIA  TANPA   SEMPADAN   INI, PARA  IMAM  ATAU  KHATIB  PERLU   BIJAK  DAN  MAHIR  DALAM  MENYAMPAIAKAN  MESEJ  MENERUSI  KHUTBAH  JUMAAT. MEREKA  SEHARUSNYA   MEMBUAT  RUJUKAN  ATAU  KERJA RUMAH,  SEBELUM  KHUTBAH  ITU  DIBACA.       

CONTOH  KHUTBAH YANG  HENDAK  SAYA  KONGSI  DENGAN  ANDA  SEPERTI      BERIKUT:-

" SEMASA  NABI  MEMERINTAH  MADINAH, BELIAU  MENERIMA  PELBAGAI  TEGORAN  DAN  KRITIKAN,  TIDAK  SEPERTI  PEMERINTAHAN  SEKARANG  TIDAK  BOLEH  DI KERITIK. DENGAN  ITU  MENYEBABKAN  PELBAGAI  JENAYAH  DAN  MAKSIAT  BERLAKU."  SESUAIKAH  AYAT  INI  DIJADIKAN  KHUTBAH  JUMAAT.  KEMUDIAN " BANJIR  BESAR  BERLAKU  DI NEGARA THAILAND, RAKYAT  KITA  MENJADI  SUSAH  DENGAN  SEBAB   HARGA  SAYOR  DAN CILI  MENINGKAT  NAIK  DUA KALI GANDA, KERANA  NEGARA  KITA  TIDAK CUKUP  SAYOR  DAN  CILI."

APAKAH  INI  KHUTBAH  JUAAMT  YANG  SESUAI  DAN  KENA  PADA  TEMPATNYA?

TOK NGAH. 


Tuesday, November 1, 2011

KEMELUT PBPM YANG BERTERUSAN.

SETELAH  ENAM  TAHUN  BERLALU, KEMELUT PERSATUAN BEKAS  POLIS  MALAYSIA  MASIH  MENEMUI  JALAN  BUNTU  DAN  BERTERUSAN  HINGGA  KE  HARI  INI.

KRISIS  KEPIMPINAN  BERMULA  PADA  TAHUN  2005  DAN  KEMUNCAK  PERTELINGKAHAN  TELAH  BERTAMBAH  RANCAK  APAKALA  MAHKAMAH  TINGGI KUALA  LUMPUR  (  BAHAGIAN  RAYUAN  DAN  KUASA-KUASA  KHAS )  MENGELUARKAN  PERINTAH  SECARA  PERSETUJUAN  BERSAMA  BERTARIKH  26 NOVEMBER, 2008.
TANPA  PREJUDIS  ARAHAN  KETUA  SETIAUSAHA  KEMENTERIAN  DALAM  NEGERI,  ATAS  PERSETUJUAN  BERSAMA  BAGI  KEDUA-DUA  BELAH  PIHAK,  SHAFIE  BAKRI  DENGAN   DATUK  YUSOF HAMDAN DEIGO.

SAMAN  PERMULA R2-24-01-06  YANG  DI  BUAT  OLEH  ENCIK  LANIH  BIN MURANG  DAN  OLEH  DATUK  YUSOF  HAMDAIN DIEGO  DI  TARIK  BALIK,  SETELAH  MENDAPAT   NASIHAT  DARI  YDH. DATUK  KAMARUDDIN  MD  ALI, PENGARAHA  PENGURUSAN  PDRM  MEWAKILI  KPN, BERTARIKH 28 FEBRUARI, 2006  SUPAYA  EN. SHAFIE  BIN  BAKRI  MELEPASKAN  JAWATAN.  TETAPI  SHAFIE  BAKRI  GAGAL  DAN  MENGINGKARI  PERSETUJUAN  TERSEBUT.

 JAWATANKUASA   DISIPLIN  PBPM  DI BAWAH  KEPIMPINAN  DATUK  YUSOF  HAMDAIN DEIGO  TELAH  MEMECAT  KEAHLIAN  SHAFEI  BAKRI,  BERHUBUNG   Rpt.THSL/010335/06  DAN  MENGIKUT  UUT  FASAL 24.10.4.  

MESYUARAT  ANGUNG  YANG  DIADAKAN PADA  24 JANUARI, 2009  DI  KELAB  GOLF  TITIWANGSA  TIDAK  DI IKTIRAF DAN  TIDAK  SHA   DI  SEBABKAN  KEHADIRAN  PERWAKILAN   YANG  TIDAK  SAH  DAN  MEMBUAT  LAPORAN  PALSU  KEPADA  ROS.

TOK NGAH. 
 
 







Tuesday, September 13, 2011

SE-EKOR LEMBU MEMBAWA LUMPUR....

SEPERTI  KATA  PEPATAH  MELAYU  'SE-EKOR  LEMBU  MEMBAWA  LUMPUR,  HABIS   SEMUA  TERPALIT.  SEBAB  NILA   SETITIK  ROSAK  SUSU  SEBELANGA' DEMIKIANLAH  JUA  DENGAN  APA  YANG  BERLAKU  DIKALANGAN  KITA   BANGSA  MELAYU,  ANAK  JATI  BUMI  BERTUAH  MALAYSIA  INI. SEJAK  DAU  MENJAK  INI  DILANDA  DENGAN  BEBERAPA  PERKARA  YANG  MEMALUKAN,  MENJELIKAN  MALAH  MENGHINA  BANGSA  MELAYU  SENDIRI.

OLEH  KERANA   MAJORITI  RAKYAT  MALAYSIA  ADALAH  MELAYU,  MAKA  TAK  DAPAT  TIDAK  BANGSA   MELAYULAH  YANG  RAMAI  DAN  SENTIASA   MENJADI  PUNCA  SEGALA  MACAM   PERISTIWA. SAMA  ADA  YANG  BAIK  ATAU  BURUK,  TETAPI   LEBIH  BANYAK  YANG  BURUK  DI KETENGAHKAN  MALAH  DI  HEBOH-HEBOHKAN.

YANG  TERBARU  IALAH  KEGILAAN  MOHAMAD  ATAU  MAT SABU  DENGAN  LIDAH  TAK  BERTULANGNYA   MENYEBUT  BAHAWA  MAT  INDERA  DAN  ANGGOTA  PKM  YANG  MENYERANG  BALAI  POLIS   BUKIT  KEPONG  ADALAH  PAHLAWAN/HERO  SEBENARNYA  YANG  MEMPERJUANGKAN  KEMERDEKAAN  TANAH  MELAYU. MANAKALA  ANNGOTA  POLIS  YANG  TERKORBAN  DALAM  SERANGAN  TERSEBUT  ADALAH  TALIBARUT  KERAJAAN  BRITISH.  

APAKAH  MALANGNYA  NASIB  BANGSA   MELAYU  YANG  DI  HINA  DAN  DINILAI  OLEH  BANGSANYA   SENDIRI  SEBAGAI  TALIBARUT  PENJAJAH...?

SEKIAN  LAMA   PERISTIWA  ITU  BERLALU  DAN   DIFAHAMKAN  SEBAGAI  SEJARAH  HITAM  YANG  MENGORBANKAN  25  ORANG  BANGSA  MELAYU  YANG  BERAGAMA  ISLAM,  TIBA-TIBA  ADA  SEORANG   ANAK  BANGSA  YANG  RAKUS  DAN  GILA  KUASA  DENGAN   TIDAK  ADA  RASA  TANGGUNGJAWAB  MENGEJUTKAN  BUKAN  SAHAJA   KAUM  KELUARGA  YANG  TERKORBAN,  MALAH  SELURUH  RAKYAT  MALAYSIA.  DAN  KINI  MEJADI  ISU  YANG  AMAT  MEMBARA  DAN  SENSITIF.

OLEH  KERANA  MAT  SABU   SEORANG,  MAKA  SEMUA   ORANG  MELAYU  YANG  BERAGAMA  ISLAM  DALAM  PAS  TELAH  TERPALIT  DAN  MENDAPAT  NAMA  YANG  TIDAK  BAIK.  SEKALIPUN  MAT  SABU  DI  TABALKAN  SEBAGAI  TIMBALAN  PRESIDEN  PAS,  TETAPI  BELIAU  TIDAK  LAYAK  DAN  TIDAK  WAJAR  MENGHINA  BANGSANYA   SENDIRI.  APALAH  SANGAT  DENGAN  JAWATAN  YANG  DISANDANGNYA  ITU..?  HINGGA  SANGGUP  MEMPERSENDAKAN  BANGSA   SENDIRI,  YANG  SEGAMA,  SEBAHASA  DAN   SATU  BUDAYA.

APAKAH  DENGAN  MENGHINA  BANGSA   SENDIRI  ITU,  MAT  SABU  BOLEH  MENERIMA  SOKONGAN  YANG  BERLIPAT  GANDA  DARI  BANGSA  LAIN..?  JIKA   ITU  YANG  DIHARAPKAN,  MAT  SABU   SUDAH  TERSILAP  MALAH  TERGELINCIR  DARI   LANDASAN  YANG  DI LALUINYA.  TIDAKAH  BELIAU  MERASA  TERKILAN  ATAU  TERLAJAK  DENGAN  RAKAN-RAKAN  SEPERJUANGAN  BELIAU  DALAM  PARTI  PAS,  YANG  RATA-RATA   TERDIRI  DARI  PARA  ULAMAK  DAN  CERDIK  PANDAI  AGAMA  YANG  BERBANGSA  MELAYU..?

INILAH  YANG  DIKATAN  OLEH DR  RIDHUAN TEE  ABDULLAH  DALAM  BUKUNYA  'NASIB  MELAYU  DI  BUMI  MELAYU'  ANTARANYA  IALAH " BANGSA  YANG  BERJAYA  MENERUSKAN  KECEMERLANGAN  DAN  KELANGSUNGAN  BANGSANYA  MERUPAKAN  BANGSA  YANG  SENTIASA  BERPEGANG  TEGUH  KEPADA  ASAS  KEPERCAYAAN  AGAMA  DAN  MENGAMBIL  IKTIBAR  DARIPADA   SEJARAH."
APAKAH  MAT  SABU  INGIN  MENUKIL  SEJARAHNYA  DEMI  UNTUK  DI  KENANG  OLEH  ANAK  CUCUNYA  ATAS  NAMA   PENGHINA  BANGSANYA  SENDIRI..?  

DALAM  PADA  ITU  PEMIMPIN-PEMIMPIN  UTAMA  PAS  NAMPAK  TERKEDU  DAN  KELU  LIDAH  MEREKA  DI  SEBABKAN  ORANG  NOMBOR  DUA  DALAM  PARTI  YANG   MEMBUAT  KENYATAAN  TERSEBUT,  SEKALIPUN  SECARA  PERIBADI  TIDAK  BOLEH  DI  TERIMA,  DI  SEBABKAN  PARTI  PAHIT  PUN  TERPAKSA  DI  TELAN  SEBAGAI  PENAWAR. 

DEMI  MEMPERTAHANKAN  MERTABAT  PARTI  PAS,  MAKA   SEMUA  YANG  MENJAGA  KEBERSIHAN  PARTI  TERPALIT  DENGAN  ADANYA   SEORANG   YANG  MEMBAWA  NAJIS  DI KATAKAN  AIR  MAWAR  YANG  HARUM.

TOK NGAH. 

 
 

Wednesday, August 31, 2011

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI.

BANYAK PIHAK  TERSENTUH  DAN  TERLUKA   DENGAN  KENYATAAN  TIMBALAN  PRESIDEN  PAS,  MAT  SABU  YANG  MENGAGUNGKAN  ANGGOTA  KOMUNIS  YANG  MENYERANG  DAN  MEMBUNUH  ANGGOTA  POLIS  DI  BUKIT  KEPUNG  PADA 23  FEB.1950  SEBAGAI  HERO.

SEBAGAI  PESARA  POLIS  SAYA  JUGA  TURUT  MERASA  DEMIKIAN  MALAH  BOLEH  DI IBARATKAN  SEBAGAI  "LUKA  LAMA  BERDARAH  KEMBALI." WALAU  PUN  KELUARGA  SAYA  TIDAK  TERLIBAT  DALAM  TRAGEDI  MALANG  ITU, SAYA   TIDAK  DAPAT  MENAHAN  PERASAAN  PEDIH  DAN  SEDIH  DENGAN  KATA-KATA  MAT  SABU  YANG  CELUPAR  ITU.

MAT  SABU  TIDAK  SEPATUTNYA  MEMBUAT  KENYATAAN  YANG  BOLEH  MENAIKAN  KEMARAHAN  SELURUH  ANGGOTA  POLIS  DAN  PASUKAN  KESELAMATAN  YANG  BERJUANG  MENENTANG  KEZALIMAN   PENGGANAS   KOMUNIS  SEJAK  1948  HINGGA  1960.  SEJARAH  YANG  BERLALU  ITU  SUDAH  TERCATIT  DILIPATAN  SEJARAH  TANAH  AIR  DAN  TIADA  SIAPA  YANG  BERHAK  MENGUBAHNYA.

SEBAGAI  SEORANG  PEMIMPIN  TERTINGGI   DALAM   SEBUAH  PARTI,  YANG  MEMPERJUANGKAN  KEBENARAN  DAN  AGAMA  ISLAM,  TIDAK   SEPATUTNYA  MENGELUARKAN   KENYATAAN  YANG  MENGELIRUKAN.  LANTARAN  KECELUARAN    SERTA   KEBIADAPAN  BELIAU,  SUDAH  PASTI  RAMAI  DI KALANGAN  PEMIMPIN  PAS  SERTA  PENYOKONG  BELIAU   AKAN   BERFIKIR  SEMULA,  APAKAH  PEMIMPIN  SEPERTI  INI  BOLEH  DI ANGKAT  SEGAI  PEMBELA  RAKYAT.?

MAT  SABU  SEHARUSNYA  BERFIKIR  DUA  KALI,  SEBELUM  MEMBUAT  KENYATAAN   SEDEMIKIAN.  KERANA  RAKYAT  SEKARANG  TIDAK  BOLEH  DITIPU  ATAU  DI GULA-GULAKAN  DENGAN  DENDANGAN  KATA-KATA   YANG  KELUAR  DARI  HATI  YANG  TIDAK  TENTERAM  ATAU  KOTOR.  DARI  TINDAKAN  YANG  TIDAK  BIJAK  ITU,  MAT  SABU  KINI  DI PANDANG  HINA  DAN  BERFIKIRAN  JUMUD. 

DENGAN  KEBANGKITAN  RAKYAT  MENENTANG  KENYATAAN  MAT   SABU  ITU,  BELIAU  TIDAK  ADA  PELUANG  UNTUK  MEMANIPULASI  PEMIKIRAN  RAKYAT.  PELBAGAI  PIHAK  MEMBUAT  LAPORAN  POLIS  TERMASUK  KAUM  KELUARGA  ANGGOTA   POLIS  YANG  TERKORBAN.  AMAT  MALANG  BAGI  MAT  SABU  YANG  DI  IBARATKAN  SEBAGAI  JAGOH  PEMIDATO  PAS,  KINI  DI  LABELKAN   SEBAGAI  PENGKHIANAT  BANGSA  YANG  MEMPERKOSA  SEJARAH  TANAH  AIR.

    SEANDAINYA  PILIHAN  RAYA  KE-13 DI ADAKAN,  DIMANA  SAHAJA  MAT  SABU  BERTANDING,  PASTI  SAYA  DAN  RAKAN-RAKAN  YANG  LAIN  AKAN  BERKEMPEN  BAHAWA  MAT  SABU   BUKAN  CALUN  YANG  BOLEH  DIHARAP.  

BIARPUN  MAT  SABU  MENGELAK  SERTA  BERDOLAK  DALEK  DALAM   MEMBERI  JAWAPAN  KEPADA   MEREKA  YANG  TIDAK  PUAS  HATI, PEMIMPIN-PEMIMPIN   PAS   YANG  LAIN   SEMUANYA   MEMBISU  SERIBU  BAHASA.  TERKEDU  DAN  TERKUNCI  LIDAH  UNTUK  BERKATA-KATA.  KEMANA  HILANGNYA  TARING  HJ.  HADI  AWANG,  TGNA.  DLL  PEMMPIN  PAS,  MASIH  MENDIAMKAN  DIRI.

PADA  HEMAT  SAYA  MAT  SABU  SENGAJA   MENCARI  PASAL  DENGAN  MENGHINA  PEJUANG-PEJUANG  NEGARA  TERUTAMANYA  ANGGOTA  POLIS.  INI  DI SEBABKAN   BELIAU  SELALU  DI SAMAN  DAN  DITAHAN  POLIS,  YANG  TERBARU  SEMASA  PERHIMPUNAN  BERSIH.  BEGINIKAH  SIKAP  DAN  TAULADAN  YANG  HENDAK  DI SEMAIKAN   OLEH  PEMIMPIN  NO.2,  PAS  KEPADA  GENERASI  MUDA  SEKARANG?

SEBELUM  PERGI  LEBIH  JAUH,  SAYA  HARAP  MAT  SABU  SEGERA  MEMOHON  MAAF  KEPADA  ANGGOTA  POLIS  SECARA  TERBUKA  TERUTAMANYA  KEPADA  KELUARGA  YANG  TERKORBAN  DI  BALAI  POLIS   BUKIT  KEPONG.  LUKA  LAMA  YANG  BERDARAH  KEMBALI,  APABILA  DI SIAT  OLEH  MAT  SABU  TIDAK  AKAN  SEMBUH  DENGAN  MUDAH.  PIHAK  POLIS  DAN  KERAJAAN   TIDAK  AKAN  MEMBIARKAN   PEMIMPIN  ATAU  SIAPA  SAHAJA,  YANG  DENGAN   SENGAJA   MEMBUAT  KENYATAAN  MENYOKONG  PERJUANGAN  KOMUNIS,  YANG  MERAGUT   RAMAI  PEJUANG-PEJUANG  DAN  RAKYAT  JELATA  TANAH  AIR  KITA   MALAYSIA.   

TOK NGAH.






Tuesday, August 2, 2011

CERITA LAWAK PUN BOLEH JADI KENYATAAN.

P.RAMLEE  BANYAK  BUAT  CERITA  LAWAK,  YANG  PADA  KETIKA  ITU  SIAPA PUN  TIDAK  MENJANGKA  BAHAWA  SATU  MASA  NANTI  LAWAKNYA  MENJADI  KENYATAAN.

BEGITULAH  CERITA  LAWAK  YANG DIPERTIKAIKAN  OLEH  TGNA  TENTANG  PAKATAN   PEMBANGKANG  CUBA  MEMUJUK  KU  LI  UNTUK  MENJADI  KETUA  PEMBANGKANG,  BAGI  MENGGANTIKAN  DS ANUAR  IBRAHIM. IANYA  TIDAK  MUSTAHIL  DAN  BOLEH  BERLAKU  DENGAN  IZIN ALLAH.

DUNIA  POLITIK  SEKARANG  TIDAK  KONISTEN, BOLEH  BERLAKU  PERUBAHAN   YANG  TIDAK  DIJANGKA. PADA  LOJIK  AKAL  AWAL-AWAL  SUDAH  MENOLAK  BAHAWA   PELAWAAN  ITU  BOLEH  DI TERIMA  SEMUDAH  ITU.  OLEH  KERANA  KITA  YANG  MERANCANG  ALLAH  YANG  MENENTUKAN,  SEMUA  PERKARA  BOLEH  BERLAKU  DAN  BOLEH  TERJADI.

APA  PUN  KITA  BACA  DULU  KITARAN  DUNIA   POLITIK  KU  LI  DAN  SEMANGAT  YANG  ADA   PADA  BELIAU  ANAK  KELANTAN   YANG  BERJIWA  MELAYU  TULIN  ITU.  SEBAGAI  ORANG  JAUH  DAN  TIDAK  KENAL  SECARA  DEKAT  DENGAN  KU  LI  SAYA  AMAT  YAKIN  DAN  PERCAYA  PELAWAAN  ITU  HANYALAH  SIA-SIA  DAN  MEMBUANG  MASA   SAHAJA.  ADA  BAIKNYA  PR  HENTIKAN  NIAT  YANG  MEMALUKAN  ITU.

SEKALIPUN  KU LI  PERNAH  BERPALING  TADAH, TETAPI  PERJUANGAN   BELIAU  TERHADAP  NEGARA, BANGSA  DAN  AGAMA  TIDAK  LUNTUR  DENGAN  HANYA   JAWATAN  SEBAGAI  KETUA  PEMBANGKANG.  MEMANDANGKAN  USIANYA  YANG  SEANGKATAN  DENGAN  PENULIS,  LANTAS  SAYA  YAKIN  BAHAWA  KU LI  TAK   HAIRAN  DENGA  JAWATAN  TERSEBUT.

JIKA  BENAR-BENAR  PR  HENDAK  MENGGANTIKAN  DS  ANUAR  SEBAGAI  KETUA  PEMBANGKANG  KENAPA  TIDAK  SAHAJA  DIBERI  KEPADA  PUAK-PUAK  YANG  GILAKAN  KUASA  DAN  JAWATAN  SEPERTI  LIM  KIT  SIANG,  LIM  GUAN ENG, HJ. HADI,  NIZAR  JAMALUDDIN,  ATAU  MAHFUZ  OMAR. MEREKA  JUGA  MAMPU  MEMBUAT  PARLEMAN  BERGEGAR  DAN  KECOH.

WALAU  APA  PUN  NATIJAHNYA  BAHAWA  PR  ADALAH  SEBUAH   GABUNGAN  YANG   SUDAH  HILANG  ARAH  DAN  MERASA  KEHILANGAN  PEMIMPIN  YANG   BOLEH  MEMANIPULASIKAN   PEMIKIRAN  RAKYAT   SUPAYA  BENCI  DAN  TIDAK  BERSYUKUR  DENGAN  KEBOLEHAN  YANG  DI  BENA  OLEH  BN &  UMNO  SELAMA  INI.

SETIAP  HARI  PR  MEMBURUK-BURUKAN  KERAJAAN  BN,  SEMATA-MATA  UNTUK  MENDAPAT  SOKONGAN  DARI  RAKYAT  YANG  KECEWA  DAN  MEREKA  YANG  DI  TANAM   SEMANGAT  BENCI  MEMBENCI  SESAMA  SENDIRI.  SELAGI  CITA-CITA  MEREKA  BELUM  TERCAPAI,  PELBAGAI  ISU  DI BANGKITKAN  UNTUK  MENGELIRUKAN   PEMIKIRAN  RAKYAT.  SAYANG  SERIBU  KALI  SAYANG   RAKYAT  HARI  INI  TIDAK  MUDAH  DI TIPU  ATAU  DI  PERDAYA,  KECUALI  MEREKA  YANG  KECEWA  DAN  DENDAM.

    TOK NGAH.

  

Monday, June 20, 2011

PEMBANGKANG BOIKOT UTUSAN TETAPI LARIS DI PASARAN

MURSYIDUL AM PAS  TGNA BERKEMPIN  BOIKOT  UTUSAN  DI  NEGERI  KELANTAN,  ATAU  KEMANA  SAHAJA  TGNA  PERGI  MEGHADIRI  MAJLIS,  UTUSAN  DI  HARAMKAN  BUAT  LIPUTAN. 

HARI  INI  20 JUN 2011  SAYA  LETIH  MENCARI  UTUSAN  DI  BEBERAPA   KEDAI  DAN  GERAI   SURAT  KHABAR  UTUSAN  HABIS  DIJUAL. HINGGA  JAM  12 TH.  BARU  SAYA  DAPAT,  ITUPUN  YANG  AKHIR  KATA  PENJUALNYA.   PADA  MULA  NYA  TERTANYA-TANYA  KENAPA  UTUSAN  HABIS  DAN  LARIS  DI  JUAL...?  BERITA  APA  YANG  MENARIK  DAN  PENTING. 

SETELAH  SAYA  BACA  TAJUK-TAJUK  BERITA  DI  MUKA  HADAPAN  ADA  TIGA  GAMBAR  LELAKI  YANG  AGAK  TERSOHOR  NAMANYA  IAITU  YB. DATUK  ZULKIFLI  NOORDIN,  ALLAHYARHAM  ZAMI  ISMAIL  DAN  ABU  BAKAR  BASHIR.  TAJUK  BESAR  UTUSAN  "HASUT  PELAJAR BERJIHAD"  DALAM  KEPALA  SAYA  TIMBUL  TANDA  TANYA,  APA  HEBATNYA  KESAH-KESAH  ITU  YANG  MENYEBABKAN  UTUSAN  HABIS  DIJUAL.

NAMPAKNYA  KEMPIN  TGNA  TAK  BERJAYA  UNTUK  MEMBOIKOT  UTUSAN  MELAYU,  KERANA  UTUSAN  LEBIH  LARIS  DARI  BIASA.  

YANG  PENTING  ADALAH  BERITA  DAN  MAKLUMAT  YANG  TERDAPAT  DALAM  UTUSAN  ITU.  BUKANNYA  TUJUAN  ATAU  MUSLIHAT  YANG  HENDAK  DITERJEMAHKAN.  MANUSIA  PEMBACA  AKHBAR   HARI  INI  INGIN  TAHU  CERITA,  APA  JUGA  CERITA  YANG  BOLEH  DIBACA,  DIKETAHUI  MEREKA  AKAN  BACA.

BAGI  SAYA  ADA  TIGA  TAJUK  YANG  SERONOK  DI BACA  MENGENAI  DSAI.  TIGA  PEMIMPIN  POLITIK  YANG  MENYERANG  DAN  MENASIHATI  DSAI  SUPAYA  BERHENTI  DARI  MENONJOLKAN  DIRI  UNTUK  MENJADI  HERO  LANTAS   MELUPAKAN   KES  LIWAT  BELIAU.  PERTAMA  YB. DATUK  ZULKIFLI  NOORDIN  DENGAN  KESAH  ANWAR  PERDAYA QARADAWI, KEDUA  YB. SENATOR  EZAM  MOHD NOR, TUMPU  KES  LIWAT, KETIGA  PRESIDEN  MIUP DATUK S.NALLAKARUPAN, ANWAR  KENA  BERSIH  SEBELUM  SERTAI  BERSIH. MUNGKIN  BERITA  INI  YANG  MELARISKAN  UTUSAN  HARI  INI.   

DALAM  PADA  ITU  BERITA  YANG  LEBIH  MENARIK  MINAT  PEMBACA  ADALAH  "GERAK AMAN  PERANGI  BERSIH"  DIMANA  57  NGO  AKAN  MEMPERTAHANKAN  KEAMANAN  DARIPADA  DIMUSNAHKAN  PETUALANG  NEGARA,  YANG  DI KETUAI  OLEH  PERKASA.

TOK NGAH.   






PERGINYA SEORANG TEMAN SEPENTAS.


INALILAHIROJIUN.....MUDAH-MUDAHAN  ALLAH  LETAKAN  ROHNYA ( ZAMI  ISMAIL @  PAK  UDA )  BERSAMA-SAMA  ORANG  YANG  SOLEH.

KEPADA  KELUARGA  DAN  ANAK-ANAK  ZAMI,  DIHARAP BERSABAR  DAN  REDHO  DENGAN  PEMERGIAN  ORANG  TERSAYANG  BUAT  SELAMA-LAMANYA.

SEBAGAI  SEORANG  SAHABAT  DAN  TEMAN  SEPERJUANGAN DI  ATAS  PENTAS,  BERMULA  DI  ERA  70AN  MUNGKIN  ADA  DIANTARA   SAHABAT  DAN  PELATIH-PELATIH  KAMI,   MASIH  INGAT  DAN  TERKENANG  AKAN  PERISTIWA  KITA  BERBINCANG, BERBUAL  SERTA  MEMENTASKAN  DRAMA  DI  IPOH,  DAN  BETAPA  PANTAS  MASA  BERLALU  DAN  PERGI  MENINGGALKAN  KITA.

ZAMI  SEORANG  YANG  MUDAH  DIDEKATI  SERTA  LEKAS  MESRA,  DENGAN  JENAKANYA  YANG  SELAMBA  DAN  MENCUIT  HATI,  BELIAU  JUGA  SEORANG  YANG  TEGAS  DALAM  BANYAK  HAL.  

KAMI  SAMA-SAMA  BERLAKON  DAN  MENGARAH  DRAMA,  SERTA  MASUK  BERTANDING  DRAMA  PENTAS  YANG  DIANJURKAN  OLEH  KEMENTERIAN  KEBUDAYAAN  BELIA  DAN  SOKAN  SEKITAR  TAHUN  1971-1974.

ZAMI  MELONJAK  NAIK  NAMANYA  APABILA  DARAMA  KAMI  MENJADI  JOHAN  PERTANDINGAN  DRAMA  PENTAS  PERINGKAT  NEGERI  PERAK  DAN  KEBANGSAAN  PADA  TAHUN 1973,  MALAH  BELIAU  DI  NOBATKAN  SEBAGAI  PELAKON  TERBAIK  DI  PERINGKAT  KEBANGSAAN.  SEJAK  ITU  BELIAU  BANYAK  MENERIMA  TAWARAN  BERLAKON  DI SELURUH  NEGERI  PERAK.  SAYA  BERPISAH  DENGAN  BELIAU  PADA  JULAI 1974,  BERHIJRAH  KE K.LUMPUR  ATAS TUGAS.

ZAMI  ISMAIL  KEMUDIAN  BERHIJRAH  KE  K.LUMPUR  DI  SEBABKAN  BANYAK  MENERIMA  TAWARAN  BERLAKON  DI  TV  DAN  SEBAGAINYA  DI AWAL 1980.  DI K.L  SAYA  BERTEMU  KEMBALI  DENGAN  ZAMI  DAN  PERNAH  BERLAKON  BERSMA  DALAM  BEBERAPA   BUAH  DRAMA  TV  SEKITAR  1981 HINGGA 1986.  DRAMA  BERPAYUNG  DI BAWAHNYA, AL INFITAR  DAN  LAIN-LAIN. 

SEMOGA  ALLAH  CUCURI  RAHMAT  DI ATAS  ROHNYA  AMIN.

TOK NGAH.







Sunday, March 20, 2011

KONVENSYEN BN NEGERI PERAK & MATLAMATNYA.

LEBIH  DARI  DUA RIBU  ORANG  PESERTA  HADIR  DALAM  KONVENSYEN  BN  NEGERI  PERAK,  YANG  JULUNG-JULUNG  KALI  DIADAKAN  BERTEMPAT  DI MARINA ISLAND,  SABTU  19 MAC 2011.

MENTERI  BESAR  PERAK, YAB  DATO' SERI  DR ZAMBRY  BIN ABD  KADIR,  DALAM  UCAPTAMANYA,  ANTARA  LAIN  BELIAU  MENYERU  SUPAYA  SEMUA  PEMIMPIN  PARTI KOMPONEN  BN  MEMBERIKAN  KOMITMEN  YANG  PADU  DALAM  MENGHADAPI  PRU  KE -13  YANG  AKAN  DATANG. LANTAS  MENYERU  SEMUA  PEMIMPIN  DAN  AHLI  PARTI  MENYEDIAKAN   SENJATA  YANG  SAMA  ATAU  LEBIH  BAIK  DARI  APA  YANG  DI GUNAKAN  OLEH  MUSUH, (PARTI  LAWAN).

DI ZAMAN  SERBA  CANGGEH  DAN  PANTAS  INI, KITA  TIDAK  HARUS  MEMBUANG  MASA  ATAU  TUNGGU  DAN  LIHAT  APA  YANG  ORANG  LAIN  BUAT.  DEWASA  INI  TIDAK  MENGIRA  USIA  ATAU  GOLONGAN  MANA YANG  HARUS  MENJADI  PEJUANG  ATAU  LUBALANG  YANG  PERLU  KE  MEDAN  JIKA  DI SERANG. SENJATA  CANGGEH  AYANG  DIMAKSUDKAN ITU  IALAH  PENGGUNAAN  FASILITEIS  ICT.  SEPERTI FB, U TIUBE, BLOG  DAN  TWITER.  SEKURANG-KURANGNYA  KITA   PERLU  ADA  EMAIL  SENDIRI.
 
SELAIN  ITU  YAB  DS  DR ZAMBRY,  BERKATA," JIKA  KITA  SUDAH  ADA  ALAT  SENJATA  CANGGEH  PELURUNYA  JUGA  HARUS  ADA.  JANGAN  TEMBAK  SECARA  SEMBORONO  SAJA,  NANTI  KITA  AKAN  KECUNDANG.  PENGALAMAN, FAKTA  SERTA  ILMU  HARUS  ADA  DI DADA  MASING-MASING.

LANTARAN  ITU  BELIAU  TERUS  MENYERU  SUPAYA  PEMIMPIN  DI SEMUA  PERINKAT  CELIK  IT. BELAJAR  DAN  TERUS  BELAJAR  JIKA  TIDAK  FAHAM. HANYA  MENERUSI  ALAT  ICT  INI  PIHAK  MUSUH  DEKAT  DAN  JAUH,  MEMBERI  MAKLUMAT  YANG  SALAH  SERTA  MEMFITNAHKAN  KITA. DAN  KITA  JUGA  PERLU  JAWAB  ATAU  KAUNTER  BALIK  HUJAH-HUJAH  SONGSANG  MEREKA  MENERUSI  ALAT  YANG  SAMA.

SELAIN  ITU, KONVENSYEN  BN  NEGERI  PERAK  DI ADAKAN  SEOLAH-OLAH  MEMBERI  ISYARAT  BAHAWA  PRU  KE-13  SUDAH  SEMANGKIN  DEKAT. INI  JELAS  DARI  HUJAH-HUJAH  BEKAS-BEKAS  MENTERI  KABINET  YANG  TURUT  DI JEMPUT  MEMBERI  UCAPAN,  ANTARANYA  Y.BHG. TUN  DR LIM  KENG  YAIK, YB TAN  SRI  RAFIDAH  AZIZ, DATO' SERI S. SAMY VELLU  DAN  DATO' SERI ONG KA CHUAN.

DALAM  PEMERHATIAN  SAYA,  SESUNGGUHNYA  KONVENSYEN  BN  NEGERI  PERAK  INI  ADALAH  MEDAN  YANG  AMAT  SESUAI  DAN  RELEVAN  UNTUK  PEMIMPIN  DAN  AHLI  BAWAHAN  BERINTRAKSI  SERTA  MELONTARKAN  INPUT  YANG  SEWAJARNYA  DALAM  MEMPERKUKUHKAN  PARTI. TERUTAMANYA  DALAM  MENGHADAPI  PRK  ATAU  PRU.

    GERAK  KERJA  ATAU  STRATEGI  PERLU  TEPAT  DAN  SESUAI  DENGAN  KEHENDAK   RAKYAT  SETEMPAT. PEMIMPIN  TIDAK  BOLEH  MEMBUAT  KEPUTUSAN  SENDIRI  DAN RAKYAT  HARUS  TAAT  DAN  PATUH  DENGAN  PERLEMBAGAAN  PARTI  DAN  KEPUTUSAN  YANG  TELAH  PERSEUJUI  OLEH  PARTI.
TOK NGAH.