Labels

Sunday, September 5, 2010

BANYAK CAKAP TAK ADA TINDAKAN.

SEMINGGU DUA INI DI BULAN RAMADAN PULAK TU, BANYAK PIHAK ASYEK BERCAKAP PASAL ISU AGAMA, MELAYU, ISLAM, RASIS, PERLEMBAGAAN FASAL 153, ISA DAN KESELAMATAN NEGARA.

HARI INI 5 SEPT.2010 ADA LAGI YANG BERCAKAP PASAL ORANG MELAYU, PASAL HALAMAN SOSIAL FB YANG MEMBANGKITKAN PERASAAN MARAH KEPADA SESETENGAH PIHAK DAN AKAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA. DARI PEMIMPIN NOMBOR SATU HINGGA LAH KE PERINGKAT AKAR UMBI BERCAKAP PERKARA YANG SAMA.


KEPRIHATINAN PEMIMPIN DAN MEREKA YANG SAYANGKAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA DILUAHKAN DALAM MEDIA MASSA TERMASUKLAH INTERNET YANG TIDAK ADA SEMPADAN. DALAM PADA ITU MEREKA SENGAJA ATAU DI UPAH ATAU TALIBARUT SESIAPA, LEBIH BERANI MEMBANGKITKAN ISU-ISU SENSITIF YANG BIADAP DAN DILARANG.


PERINGATAN DEMI PERINGATAN TELAH DIBERI OLEH PELBAGAI PIHAK, KEBIMBANGAN DI KALANGAN ATASAN TERMASUK DDYMM SULTAN-SULTAN TELAH DI UWAR-UWARKAN. TETAPI MASIH ADA YANG DEGIL DAN BIADAP MEMPERMAINKAN PERINGATAN DAN AMARAN YANG DIBERI. KENAPAKAH BOLEH TERJADI DEMIKIAN? APAKAH UNDANG-UNDANG KITA TIDAK KUKUH?


LANTARAN ITU ADA PIHAK YANG MENGATAKAN KERAJAAN KITA TIDAK TEGAS DAN TIDAK BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SEORANG DUA YANG BERANI MEMBUAT ANGKARA ITU. KERAJAAN HANYA MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA YANG ACAH-ACAH SAHAJA, ATAU KEPADA ORANG MELAYU SAHAJA. KERANA ORANG MELAYU TAK MELAWAN, EKONOMI TAK KUAT. LEMAH SEGALA-GALANYA.


SIASAT DAH BERKALI-KALI SIASAT DI BUAT, BUKAN SAHAJA POLIS YANG ADA KUASA SIASAT MALAH PELBAGAI AGENSI KERAJAAN DIBERI KUASA MENYIASAT. TETAPI MALANGNYA TIDAK ADA TINDAKAN DI AMBIL, KENAPA..? YAB PM SENDIRI TELAH MEMBERI ARAHAN SUPAYA PIHAK SKMM MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS. MALAH KPN JUGA BERI AMARAN JANGAN MAIN API. KERAS BUNYINYA KENYATAAN ITU.

SEBAGAI RAKYAT YANG KEDIL INI MERASA MEGAH DAN BANGGA DENGAN KATA DUA YANG DI BUAT OLEH PEMIMPIN KITA. BUKAN ITU SAHAJA, LAPANG DADA DAN RASANYA INGIN HIDUP SERATUS TAHUN LAGI WALAU PUN DAH MENJANGKAU 70AN. TETAPI BILA TIDAK ADA TINDAKAN TEGAS YANG DIHARAPKAN DI AMBIL DENGAN KADAR SEGERA, RASA NAK TINGGAKAN DUNIA INI ESOK HARI.


DIAMANA SILAP ATAU DIMANA KOYAKNYA KAIN YANG MENUTUP AURAT BANGSA MELAYU UMAT ISLAM DI NEGARA INI. KITA SUDAH TIDAK YAKIN LAGI DENGAN KATA-KATA HANG TUAH ' TAK KAN HILANG MELAYU DI DUNIA' . JANGAN TUGGU NASI SUDAH MENJADI BUBUR. MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.


SEBAGAI PEKERJA DI BAWAH JIKA BOS DI ATAS ARAH BUAT KERJA PANTAS DAN CEKAP, PASTI KITA YANG DIBAWAH INI TIDAK TUNGGU LAMA. TERUS SAJA LAKUKAN DENGAN SEGERA DI HADAPAN BOS, SEBELUM BOS AMBIL TINDAKAN TERHADAP KITA.


APALAH MALANGNYA NASIB ORANG MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI, HIDUP TIDAK SELESA. SELEPAS JEPUN, KOMINIS 14 HARI, DATANG BALIK BRITISH KEMUDIAN MERDEKA ORANG MELAYU ASYEK KENA TINDAS. MALANG SUNGGUH PAK KADUK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.


TOK NGAH.