Labels

Sunday, December 21, 2008

BIODATA



MOHD WADZIR BIN ABD BAHARI ( W.OTHMAN / MAMANDA /TOK NGAH )

Tarikh Lahir : 22hb November 1940

Tempat : Batu Gajah,Perak.

Kerjaya : Polis {Bersara-1963-1993}

Akademik : Darjah VI 1956, LCE 1973, Diploma Eksikutif Pengurusan Masjid 2008 AeU.

Pangkat : Sarjan.

Pingat : Pingat Pangkuan Negara (PPN) 1982

Bapa : Abdul Bahari bin Osman {1906 - 1954}

Ibu : Che Yong bte. Mat Arof [ 1920 - 1987 ]

Isteri : 1.Satariah binti Ahmad -1965-1997

2.Fatimah @ Sapiah binti Mohd Nuri -1982

Anak : 1.Sazali binti Satariah

2.Salwa binti Satariah

3.Setia Perwira binti Satariah

4.Seri Chempaka binti Satariah

5.Siddiq Pahlawan binti Satariah

6.Sri Intan Diana binti Satariah

7. Nur Fatwadin Akmal binti Fatimah@Sapiah

Hobi : Berlakon, Menari, Menulis, Membaca &Memancing.

Aktiviti : Politik, Aktivis kemasyarakatan ;

a. Ahli Persatuan Bekas Polis Caw. Ipoh.Ketua Penerangan PBPM Perak

b. Ahli UMNO (seumor hidup ) Caw.K.Pari Utara bahagian Ipoh Timor No.026368

c. Ahli JKKK Kg.K.Pari (Setiausaha 2002 - 2000

d. Pengerusi Masjid Idrisiah K.Pari 2004 - .......)

e. Ahli J/Kuasa PIBG 1997 - 2003

f. Pengerusi SAR Aziziah Kg.K.Pari 2002- ....….)

g. Ahli J/Kuasa TABIKA KEMAS K.Pari 1998….2003.

Pengalaman : 1. Melawat sambil belajar ke Jepon (Tokyo) 1984

2. Mengerjakan Umrah ke Mekah - Madinah 1991.

3. Melawat seluruh Malaysia dari Perlis ke Sabah.

4. Menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Polis 1988-90.

5. Menjadi Odit dalam Koperasi Polis ( 1982 - 1988}

Pengetahuan : Menghadiri berbagai kursus:-

i. Kursus Kaunseling,

ii. Kursus Matadologi Latihan

iii. Kursus Pengenalan Koperasi

iv. Kursus Audit Dalaman

v. Kursus Pengendalian Mesyuarat.

vi. Kursus Menanam Durian.

vii. Kursus Gerakan Desa Wawasan (GDW) 2000.

Cita-cita : 1. Menunaikan Haji .

2. Buat Rumah atas tanah sendiri.

Tokoh Idola : 1. YAB. Tun Dr Mahathir Mohamad

2. YAB. Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi PM.

Penyanyi/Pelakon : P.Ramlee , Saloma, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza

Jamal Abdillah dan Rafeah Buang.

Prinsip : Tegas,Timbangrasa, Telus, Amanah dan Ikhlas.

Kemahiran : Menggunting Rambut, Menjirat Jala, bertani.

Kebencian : Kena bohong, Kena marah dan di-bantah.

Fikiran : Terbuka – Sederhana, Toleransi.

Isteri Pertama: SATARIAH BINTI AHMAD

CEK TOM @ YAM (IBU).

Lahir : 17.1.1944-

Tempat : Kuala Selangor.

Akadamik : Tamat darjah VII Melayu 1959.

Tugas : PDRM 1962 - 1989 {Bersara Pilihan}

Pangkat : Kopral Caw. Komputer Bukit Aman.

Adik-beradik : 9 orang - anak kedua. Meninggal pada 17hb.

Feb.,1997 di Tmn.Koperasi Polis K.L.


Isteri Kedua : FATIMAH @ SAPIAH BTE MOHD NURI

HENDON BTE. SHAARI ( IBU ).

Lahir : 19.4.1951 di Hutan Melintang Pk.

Akadamik : Tamat LCE - MGS Ipoh

Kerjaya : Pembantu Kedai buku di sekolah 1971-1987

Adik-beradik : 5 orang - anak yang ketiga

Sekarang : suri rumah sepenuh masa.

Bapa : Abdul Bahari

Lahir : di Bagan Dato’ pada 1909 - 1954

Akadamik : sekolah melayu dan agama, boleh tulis rumi &

Jawi , kuat beribadat. Garang, tegas dan baik hati.


Kerjayanya sebagai buruh kasar di dalam kapal korek

Bijih timah, Nelayan dan Petani (Bendang/Ladang).

Semasa perang jepun 1941 , bapaku balik ke kampung

Pasir Belanda,Kayan. Bapaku bekerja sebagai nelayan

dan berbendang serta berladang kelapa.


Setelah jepun kalah, ayahku pindah ke Pengkalan Pegoh 1947,

bekerja dalam kapal korek (MTD) . Aku masuk sekolah tahun satu

di Sekolah Melayu Pengkalan Pegoh 1948. Tahun 1950 ayahku pindah ke batu tujuh

Tg.Tualang (SMTD) . Ayahku jatuh sakit beberapa lama dan meninggal pada bulan April, 1954.



Semasa hayatnya, beliau buat kerja sambilan ,menggunting rambut dan

kedai tampal basikal. Beliau sempat mengajar aku menggunting rambut dan mebuat jarring/jala.


Ayaku mempunyai 3 beradik seibu sebapa, iaitu Abdul Salam Hashim dan

Hassan lain bapa. Abdul Salam meninggal di Singapura , Hashim meninggal di Kg.Sg.Terap,


Batu Gajah, Abdul Bahari meninggal di Batu 6 Tg.Tualang, dan Hassan meninggal di batu 10,

Lekir Sitiawan. Abdul Salam ada dua orang anak iaitu; Asariah , tinggal di Ampang,K.L.

dan Abdul Samad tinggal di Kajang.


Ibuku : Lahir di Parit Buntar Perak, pada 1919 - 1987 . tak bersekolah, tapi pandai

baca Quran . Berkahwin dengan ayahku pada tahun 1937 di MTD Batu Gajah, Perak.


Pada bulan Julai 1959 aku merantau ke Selangor. iaitu ke Dengkel
Sel.
Dari Batu Gajah naik keretapi arang, menuju ke Station Bangi Sel. Di sana
Abang sepupuku Abdul Samad , tunggu aku dengan lori PWD untuk
pergi kerumah.


Lebih kurang tiga bulan aku menganggur, aku ikut abang Samad pindah ke Kajang. Di sanalah

aku dapat kerja di kedai gunting rambut orang India “Star Hair Dressing” di pekan Kajang.

Tak lama kemudian aku pindah ke Kg. Datuk Keramat, K.L. buka kedai gunting rambut.


Satariah seorang yang penyabar, dan cekal menghadapi dugaan, dia juga seorangibu yang

penyayang. Semua anak anak nya manja dengannya. Selepas ayahnya meninggal,

beliaulah tempat bergantung semua adik-beradiknya, seramai 6 orang. Sejak dari P.Pinang,

Ipoh dan K.L. Ibunya dan adik- adik tinggal dengan kami. Ditambah pula dengan anak sauda-

raku, Hashim. Anaku sendiri 6 orang . Begitulah keadaan di rumahku. Hinggalah mereka

bekerja dan kahwin ,beranak pinak , bila hari raya atau cuti am mereka akan belik ke

rumah kami . Apabila Satariah telah tiada, mereka semua tak nampak muka. Anak

cucuku pun mereka jarang-jarang jengok. Kecuali Junaidah , kerana dia kahwin dengan Hashim

anak saudaraku.



Aku bertukar ke Caw. Perhubungan awam Bukit Aman pada tahun 1974 hinggalah

bulan Jun 1986 aku di tukarkan ke- Balai Jalan Bandar sebagai AIO. 6 bulan lepas itu aku tukar

ke Balai Cheras,Caw. Kereta Peronda. 3 bulan lepas itu diarahkan buat tugas AIO dibalai

Cheras hinggalah Feb. 1988 aku di tukarkan ke PULAPOL di Caw. DEMO. Pada tahun 1992

aku minta bersara pilihan, lulus. Aku Minta tukar balik kampung , bulan Mac 1993 aku tukar

ke- Balai Pusat Ipoh, sebagai O/Sjn. (Pengatur tugas) bulan Nov.22hb. aku menjalani persaraanku.

Selepas tamat latihan rekrut Sept.1963, aku bertugas sebagai guru kawad di PULAPOL

hinggalah Feb,1965 aku bertukar ke Kota Bharu,Kelantan.


Jodohku dengan Fatimah @ Sapiah bermula menerusi seorang kawan Rashidah, di Ipoh

pada Julai tahun 1981. Masa itu aku berlakon dalam Drama TV cerita Tok Awang. Setelah

berkenalan dengan Ibu Bapanya , aku masuk meminang dan diIjab Qabulkan pada 3hb.April,

1982 jam 9.00pm. di kg.kuala pari. Setelah hampir lapan tahun , baru Sapiah mendapat cahaya

mata tunggalnya pada 2hb. Ogos, 1989. (Nur Fatwadin Akmal) Fatimah , seorang yang periang.


Dalam lapangan penulisan aku bergiat menulis dalam tahun 62 - 84. Mula-mula aku menulis

dalam majalah Gelanggang Filem yang diterbitkan oleh P.Ramlee di Singapura , aku tulis sebuah

cerpen bertajuk ‘Mencari Kesempatan’. Kemudian aku menulis dalam Majalah

Pengaman ,Berita Bukit Aman (PDRM) , Utusan Kita, (Polis Perak) ,Utusan Melayu dan lain-lain. Nama

Penaku ialah W.Othman. Aku belajar menulis melalui Pak.Samad (Tan Sri). Atundra,

menerusi saminar dan bengkel-bengkel yang di anjurkan oleh Persatuan Penulis . Antara Penulis

yang aku biasa bergaul ialah; Muhana Shahimi, Halimah. Salmiah Ismail (Sal), Pak Long, Osman Dol,

Ridzuan Asli, Ridhuan Ibrahim, Wan Mohamad Said, Ani Rahman L.Redan, semua mereka ini angota PDRM.

Selain dari itu ialah, Dino SS, Suhaimi Hj.Mohamad, Ahmad Sibe (Datuk), Zurinah Hassan, A.Ghafar

Ibrahim (AGI), Samad Said (Datuk), Yassin Saleh, dan lain-lain.


Lakonan;

Aku mula berlakon ialah dalam tahun 1961, semasa aku menghadiri kursus Seni Lakon dan

Tari di Morib. Guru lakonan Zain Arif, guru tarian ialah Kahar Mukmin (Datuk) . Kemudian

aku berlakun Pentas bersama Hasnah Ibrahim ,semasa menyambt bulan bahasa di Kelang,

tahun 1962. Lepas itu aku belajar menari dengan Matari Rahman , di Kg.Datok Keramat. Dalam PDRM

aku biasa mengajar anak-anak dan isteri anggota Polis menari dan berlakon iaitu di Kelantan,

P.Pinang dan Ipoh (PSP5). Aku berlakon Khatijah Idrus (Penyanyi), semasa pertandingan Drama

Anjuran Polis Perak pada tahun 1972. Pertandingan Drama anjuran Kementerian Belia & sukan,

Tahun 1972-73 aku juga terlibat dengan saudara Zami Ismail ,Oni Moraza, Megat Saiful dan

lain-lain dalam Kedua-dua pertandingan, iaitu Tarian dan Drama . Drama kami menang dan masuk

ke pertandingan akhir Di K.L. Zami Ismail dapat gelaran Pelakon terbaik Perak dan Kebangsaan.

Aku dapat Pengarah terbaik Perak. Kumpulan kami bernama “Pertama”.

Semasa Jabatan Kebudayaan mengadakan pertandingan Tarian sekitar tahun 1967-68 aku

telah menubuhkan Badan Kebudayaan & Kesenian, di P.Pinang besama dengan Syarifah Intan Syed

Aidid, En.Abd Ghani, Salwa dan Zainab.


Lakonan Drama TV 1976.....2005


Aku pernah berlakun TV dibawah bimbingan Penerbit yang berkalebar

antaranya ialah;


Cik Asiah Arifin, Helan Abu, Hamid Othman, Zuhra Ghani Batusha, Abdullah Zainol

dan lain-lain. Drama paling berkesan ialah ‘Tok Awang’ terbitan Abdullah Zainol. Drama yang

polular ‘Guru Yahya’ aku berla- kon dengan M.Rajoli , Hishamudin, Mat Busu ,Yusof

Muhamad dan lain-lain. Dalam drama ‘Mendung’ aku Berlakon dengan Nency Foo , M.Othman,

Yalal Chin Hj.Taufik dan lain-lain. Dalam cerita ‘Tok Awang” aku beganding dengan pelakon

handal dari Singapura Othman Zailani, A.Rahim. Turut juga Ahmad Marbawi,

Aznah Hamid, Nurkumalasari dan lain-lain. Drama Hang Tuah aku berlakun dengan

Zainurdin Ismail, Yahya Awang, Darma Aminurashid, Aby Yus dan ramai lagi. Drama Al

Anfitar, aku berlakon dengan Zami Ismail, Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Ismail Din,

dan lain-lain. Drama ber- Payong dibawahnya, aku berlakun bersama Aziz Jaafar,

Mahmud Jun, Karim Latif, Mohamad Abdullah dan banyak lagi. Lain-lain Penerbit atau Pengarah Drama

aku pernah berlakon ialah; Othman Zainudin, Ngani Anuar, dan Aziz . Aku juag biasa berlakon dengan

Ogy dalam drama Texi, begitu juga dengan Aziz dan Zulkifli M.Osman. S.Afidah, Noraini Hashim, Dian P. Ramlee dan ramai lagi. Di Radio K.L. dan Perak Aku berlakon drama radio, yang di-

terbitkan oleh Norela Samad, Habsah Hassan , Ismail Din dan Azazis. Antara pelakonnya i

alah; Fatimah Yassin, Zaitun Zainudin, Maizatul Akmam , Azizah Yahya, Sidik Husain, Hamdan

Haron, Arifuddin dll.


Aku tukar ke Bukit Aman pada tahun 1974, bertugas di Cawangan Perhubungan Awam. Disana aku mengendalikan Buliten ‘ Berita Bukit Aman’ secara skulustile. Penguasa Perhubungan Awam masa itu ialah SP. Hj. Omar Mohammad. Kemudian di ganti oleh Pn. Zakiah Laidin ( Skrg. Datuk). Hingga lah kepada SP. Adnan Baharum.


Semasa Zaman Zakiah Laidin aku ditugaskan buat Program Rampaian Satria di RTM. Bermula pada tahun 1976 hingga 1986. Kemudian aku di tukarkan ke Balai Polis Jalan Bandar Sebagai AIO, enam bulan kemudian tukar ke Balai Polis Cheras sebagai Penyelia Kereta Peronda. Enam bulan kemudian aku ditugaskan kembali sebagai AIO di Balai Cheras. Tahun 1988 aku di tukarkan ke PULAPOL sebagai Penyelia Cawangan DEMO.


Pada tahun 1992 aku minta bersara pilihan. Setelah lulus bulan Mei 1993

Aku ditukarkan ke Bali Polis Pusat Ipoh sebagai O/Sjn. ( Pengatur Kerja ). Pada 22.11.1993

aku bersara dari pasukan PDRM. Selepas bersara aku pergi kursus pertanian selama

seminggu kemudian aku buat usaha sendiri sebuah NURSERI bunga dan benih buah-buahan.

Tahun 1995 aku pernah kerja sebagai Inspektor Bus. City Bus di Ipoh selama 6 bulan.

Kemudian berhenti sambung balik buat NURSERI hingga sekarang .

PELANGI HIJAU ENTERPRISE.


Semasa bersara aku pernah menjadi Naib Ketua Cawangan UMNO Kg.Kuala Pari

Ulu. Kemudian jadi ahli JKKK kemudian S/U. JKKK. Bendahari Masjid, Pengerusi PIBG,

Pengerusi SAR dan sekarang Pengerusi Masjid. Dalam Veteran UMNO aku sebagai

Pengerusi Veteran Bahagian Ipoh Timor, Bendahari Veteran Negeri dan AJK Veteran Pusat

mulai 2006.....


Dalam PBPM Cawangan Ipoh aku menjadi ahli sejak tahun 1995 kemudian dilantik

sebagai S/Usaha Cawangan Ipoh pada tahun 2004-2006 dan kini ketua Penerangan PBPM negeri.


Tok ngah.