BANYAK CERITA DAN BANYAK ANDAIAN DIBUAT MENGENAI UMAT ISLAM. DI MALAYSIA
KHASNYA DI NEGERI PERAK ISLAM ITU MELAYU, MELAYU ITU ISLAM. 20 TAHUN YANG
LALU ORANG ISLAM / MELAYU DI PERAK KEDUDUKAN EKONOMINYA BERJALAN 20 KM SEJAM, INDIA 15 KM SEJAM MANAKALA KAUM CINA 65 KM SEJAM. SEKARANG NAMPAKNYA CINA TETAP KEHADAPAN INDIA KEDUA MELAYU KETIGA. KENAPA DEMIKIAN JADINYA? DAN DI
MANA SILAPNYA ORANG ISLAM/MELAYU DI PERAK ITU. NAK KATA MEREKA TAK BERSATU,
MEREKA KATA MEREKA BERSATU. NAK KATA MEREKA TAK BERKOPERASI, MEREKA ADA KOPERASI. BERAPA BUAH BANGUNAN YANG DIBANGUNKAN DI BANDAR-BANDAR, DALAM NEGERI PERAK INI ATAS NAMA MELAYU DAN BERAPA BUAH? MERDEKA DAH LEBIH 50 TAHUN, YANG BERJUANG MATI-MATIAN UNTUK MERDEKA ORANG MELAYU JUGA, TETAPI
BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM KETINGGALAN KEBELAKANG. APA TOK-TOK ALIM DAN TOK-TOK GURU SUDAH AJAR? APAKAH ILMU KEDUNIAN SEPERTI EKONOMI, PERTANIAN, TEKNOLOGI TAK WAJIB BAGI ORANG ISLAM? SALAHKAH KALAU ORANG ISLAM MEMBANGUNKAN HOTEL DALAM BANDARAYA IPOH INI? TAK ADAKAH ORANG ISLAM, PERSATUAN ORANG ISLAM ATAU KOPERASI ISLAM DI NEGERI PERAK INI YANG MAMPU MEMBANGUNKAN KILANG, KONDOMINIUM ATAU PUN HOTEL? DALAM ISLAM DISARANKAN BAHAWA
9 DARI SUMBER REZEKI IALAH BERNIAGA. DIMANA GEDONG PERNIAGAAN ORANG
ISLAM DI PERAK INI? MENTERI BESARNYA ORANG ISLAM DARI PARTI ISLAM, APA
PROJEK YANG TELAH DIBANGUNKAN ATAU YANG AKAN DICADANGKAN UNTUK ORANG ISLAM DI PERAK ITU? RENONG-RENONGKANLAH.
TOK NGAH.
Setuju.........
ReplyDelete