Labels

Tuesday, February 24, 2009

BAGAIMANA BN NAK MENANG DUA BUKIT?

1. BUKIT SELAMBAU, BN LETAK CALON MIC...? MAJORITI PENGUNDI MELAYU.
PUN BEGITU MELAYU KINI DAH PECAH TIGA KEPADA UMNO, PAS DAN PKR.
APA PATUT BN KHASNYA UMNO UNTUK MENANGKAN CALON BN....?

2. KALAU DULU KITA LETAK SIAPA PUN, PASTI BN MENANG. KINI JAUH
BERBIZA...ADA YANAG HENDAK ANAK TEMPATAN, RAJIN TURUN PADANG,
TIDAK SOMBONG DAN MUDAH DI TEMUI.

3. PILIHAN RAYA KE 12, UMNO DI KEDAH DAN PERAK TIDAK KALAH, YANG
KALAH DAN HILANG KERUSI IALAH DARI MIC DAN MCA. APAKAH DI BUKIT
SELAMBAU INI MIC BOLEH MENANG?

4. TOK NGAH RASA ADA LEBIH WAJAR DAN PRAKTIKAL JIKA DI LETAKAN
CALON DARI UMNO. HANYA MELALUI UMNO SAHAJA DAPAT MENYATUKAN ORANG MELAYU. DAN BANGSA-BANGSA LAIN AKAN TURUT MENERIMA,
APABILA UMNO MEWAKILI MEREKA. PAS DENGAN PKR JUGA RAMAI
MELAYU ISLAM. APAKAH PENGUNDI BUKIT SELAMBAU ITU SUKA SANGAT KEPADA MIC, PKR ATAU DAP? PASTI TIDAK.............?

5. OLEH ITU UMNO KENA MAIN PERANAN, LETAK CALON DARI UMNO, DAN BEKERJA KUAT BAGI KEMENANGAN BN. PENGUNDI MELAYU ISLAM, HARUS
BERFIKIR MATANG DAN WARAS DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN TANAH
AIRNYA. MIC DAN MCA PERLU BANTU BN DEMI PERPADUAN KAUM DAN
KEAMANAN NEGARA.

6. BEGITULAH JUGA DENGAN BUKIT GANTANG, UMNO LETAK CALON,
ORANG TEMPATAN , RAJIN TURUN PADANG, TIDAK SOMBONG DAN SENANG DIHUBUNGI. UMNO DAN PAS, SAMA-SAMA ISLAM, SEMBANYANG DI MASJID
YANG SAMA, BERIMAMKAN IMAM YANG SAMA, RASANYA TIDAK MUSTAHIL
MENGUNDI PUN KEPADA ORANG SAMA, (MELAYU & ISLAM).

TOK NGAH.

Sunday, February 22, 2009

JANGAN LIBATKAN ULAMAK ( MUFTI )

1. TOK NGAH SEDIH DENGOR DAN BACA KESAH ULAMA ( SS.DATO' SERI MUFTI)
PERAK....PADA HEMAT TEMAN MEREKA TAK BOLEH LIBATKAN ULAMAK, KHASNYA
SS. DATO' SERI HJ HARUSANI, DALAM KANCAH POLITIK.

2. NASIHAT DAN TEGORAN YANG DIBUAT OLEH DATO' MUFTI ITU, SEMATA-
MATA MENGINGATKAN KITA SUPAY TIDAH JAUH TERSASAR. POLITIK HAL
POLITIK, JANGAN NAK DISAMAKAN DENGAN AGAMA.

3. KALAU ORANG MELAYU PERAK YANG BERUGAMA ISLAM TAK MAHU
MENERIMA NASIHAT ULAMAK ( MUFTI ) NASIHAT SIAPA LAGI........?

4. TOK NGAH UCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS PENDAPAT DAN
PENDIRIAN DATO' SERI. BERANI KERANA BENAR, TAKOT ....... ?

TOK NGAH.

YB. MOHD NIZAR PINDAH RUMAH

1. HARI INI YB. MOHD NIZAR MANTAN MB PERAK, BERPINDAH RUMAH. KONONNYA TAK JAUH DI KG. SG.ROKAM, AJE. PUN BEGITU BELIAU MASIH ANGGAP DIA MB LAGI.....SUSAH JUGA NAK LEPASKAN JAWATAN YE? TAU, TAU AJE LE....? DAH TU DIA KATANAK ADAKAN MAJLIS CERAMA AGAMA DAN LAIN-LAIN PERTEMUAN DI KEDIAMAN MB (RUMAH KERAJAAN ) SEBELUM SERAH KUNCI KEPADA SUK.

2. KEMUDIAN BELIAU DAN RAKAN-RAKAN DARI PR, GUNAKAN V. SIVAKUMAR
(SI-KITOL) MINTA PERKENAN SULTAN, BAGI MENGADAKAN SIDANG DEWAN
NEGERI TAMPA MB YAB DATO' DR ZAMBRI DAN EXCONYA. BOLEH KE GITU....?
MANA PUNYA ATURAN NI? ISLAM KE, YAHUDI KE ATAU HINDU KE PUNYA
HUKUM?

3. SUDAHLAH NIZAR, YANG LALU JANGAN DI KENANG, BUAT YANG BARU......
ORANG -ORANG KAMPONG SEMUA DAH TAHU, PENGUNDI-PENGUNDI DAH
JEMU TUNGGU PROJEK TAK NAMPAK-NAMPAK. APA PEMBANGUNA DI
PASIOR PANJANG? SEBATANG TIANG PUN TAK ADA....TAK KAN NAK DENGOR
CERAMAH AJE, KUTIP DERMA AJE, MANA NAK CEGHOKO....MASUK TAK
ADA...ANAK CUCU NAK SYORU JUGA. APA NAK JADI YEOP....?

TOK NGAH.

Friday, February 20, 2009

V.SIVAKUMAR - SI KITOL DI PERAK

1. SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, V.SIVAKUMAR (SIKITOL)
TELAH MENGIKUT ARAHAN RAJA MENDELIAR ( DSAI.............? ) MERANCANG
UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BN DI NEGERI PERAK. DENGAN MEMBUAT
KEPUTUSAN MENGGANTUNG YAB. MENTERI BESAR DR. ZAMBRI DAN ENAM
ORANG EXCO DARI MENGHADIRI SIDANG DEWAN SELAMA 18 BULAN.


2. MEMANG LICIK SEKALI MEREKA BERMAIN WAYANG. PENGARAHNYA
SUNGGUH LIAR ( MACAM RAJA MENDELIAR) . MEREKA INGAT RAKYAT PERAK TAK NAMPAK ATAU TAK FAHAM DENGAN MUSLIHAT YANG MEREKA REKA.
( SEKILAS IKAN DI AIR KITA SUDAH TAHU JANTAN BETINANYA).


3. DALAM KEADAAN YANG SUNGGUH BERSERABUT DI NEGERI PERAK
SEKARANG, ADA JUGA ANAK PERAK ( MELAYU) YANG MENYOKONG
TINDAK TANDUK SI KITOL PERAK ITU. APA NAK JADI DENGAN BANGSAKU
NI....?


4. KERAJAAN BN DI PERAK ADALAH KERAJAAN MELAYU, ISLAM. KERAJAAN
MOHAMAD NIZAR ADA KRISTIAN, BUDHA, HINDU DAN LL. APAKAH ORANG-
ORANG PAS PERAK NI BUTA MATA BUTA HATI? BOLEH KAH MEREKA TU
BACAKAN TALKIN UNTUK ANDA ORANG-ORANG PAS BILA ADA KEMATIAN?
TOK NGAH NAK TANYA, BERAPA ORANG DAP DAN PKR YANG PERGI SEMBAHAYANG DAN MENGAMINKAN JENAZAH YB. ROSLAN SHAHARUM..?

5. BERTAUBATLAH MELAYU PAS, BALIK KE PANGKAL JALAN. ORANG ISLAM
ITU BERSAUDARA. FIKIR DAN RENUNGLAH.......

TOK NGAH.

Wednesday, February 18, 2009

PAKATAN RAKYAT YANG GOYAH

SEJAK 6 FEBRUARI 2009 KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK, GOYAH DAN
TERHOYONG HAYANG. TETAPI BUAT-BUAT GAGAH DAN HEBAT. INI DISEBABKAN
3 ORANG ADUN DAN EXCONYA MENGALIHKAN SOKONGAN KEPADA BN. OLEH
ITU MEREKA HANYA TINGGAL 28 KERUSI DUN IAITU SAMA DENGAN BN JUGA
28 KERUSI. TETAPI BN MENDAPAT SOKONGAN DARI 3 DUN YANG MENGISTIHAR
-KAN MEREKA WAKIL BEBAS.

DENGAN SEBAB ITU PAKATAN RAKYAT DENGAN SENDIRINYA SUDAH HILANG
SUARA DAN KUASA. PERLANTIKAN MENTERI BESAR YANG BARU, MEMBUAT
PAKATAN RAKYAT BERTAMBAH GOYAH DAN MERONTA-RONTA MENDABEK
DADA MENGATAKAN MEREKA MASIH KERAJAAN YANG MEMERINTAH DAN
MNJ MASIH LAGI BERLAGAK SEBAGAI MB. DAN TIDAK MAHU KELUAR DARI
KEDIAMAN RASMI MB.

28 LAWAN 28 +3 BOLEH KE JADI PEMERINTAH?

DEMI PERPADUAN, RAKYAT DAN NEGARA, TOK NGAH FIKIR MALAH ORANG
RAMAI JUGA FIKIR LEBIH BAIK PAKATAN RAKYAT BAGI LALUAN KEPADA
BN SEPERTI MANA BN BERI LALUAN PADA 8 MAC 2008 YANG LALU.

YANG PENTING SEKARANG, IALAH KESEJAHTERAAN DAN KESTABILAN RAKYAT
PERLU DIUTAMAKAN, BUKANYA KEPENTINGAN DIRI ATAU PARTI. SIAPA
PUN MEMERINTAH TUJUANYA SAMA, IAITU UNTUK MEMBANGUNKAN
NEGARA DAN MEMBERI APA YANG RAKYAT JELATA MAHU.

SEMUA WAKIL RAKYAT ADA TUGAS DI KAWASAN MASING-MASING. BALIK
DAN BUATLAH KERJA. PENGUNDI ANDA MENUNGGU APA PEMBANGUNAN
ATAU PROJEK YANG HENDAK DIBAWA UNTUK MEREKA?

YANG MISKIN, YANG SAKIT DAN YANG TUA, SEMUANYA PERLU DI AMBIL
PERHATIAN. MAKAN KAH MEREKA SEHAT KE MEREKA, WAKIL RAKYAT
PERLU TAHU. SUDAH CUKUPKE KEMUDAHAN ATAU KEPERLUAN UNTUK
RAKYAT DI KAWASAN ANDA? TUNJUKAN ANDA WAKIL RAKYAT YANG
MATANG DAN BENAR-BENAR UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT, BUKAN-
NYA MENGELIRUKAN RAKYAT. FIKIR-FIKIRKANLAH..........?

TOK NGAH.

Tuesday, February 17, 2009

DATO' SERI MUFTI PERAK DIKECAM

1. SEKARANG SUDAH JAUH MENYELEWING.KERANA BIASA DENGAN BAHASA ROJAK. MAT SALEH AJAR KITA BIADAB, YAHUDI KUAT PENGARUHNYA, HEBAT DAAYAHNYA, HINGGA ORANG ISLAM HANYUT DAN TENGGELAM DENGAN DUNIAWI. GILA KUASA, GILA PANGKAT, GILA JAWATAN DAN SEGALANYA. MANUSIA SEKARANG KHASNYA BAN. TOK NGAH BERASTAGHAFAR, BILA BACA BERITA SS DATO' MUFTI PERAK KENA KECAM DALAM UTUSAN MALAYSIA 17 FEB.2009. MANUSIA KINI TELAH HILANG PEDOMAN, LEMAH IMANNYA LANTARAN DUNIA TANPA SEMPADAN. MEREKA SUDAH TIDAK KENAL MANA KACA DAN YANG MANA INTAN.

2. BAHASA YANG MEREKA GUNAKAN GSA MELAYU BERAGAMA ISLAM SUDAH PAYAH DI DIDIDEK, SUSAH DI FAHAMI DAN SULIT UNTUK DIIKUTI.

3
. UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA, RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA, KERANA DUNIA. BERPOLITIK IKUT NAFSU, BERKERJA IKUT RASA, BERFIKIR IKUT HATI. MANA USTAZ-USTAZ, MANA ALIM ULAMA, MANA TOK-TOKGURU. SUDAH HILANG EDIA KE ANDA, UNTUK MENGEMBALIKAN PANDANGAN DAN KIBLAT MEREKA? SUDAH LUPAKAH RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN?

4. WAHAI ORANG MELAYU, UMAT ISLAM, INSAFLAH BERTAUBATLAH. BALA AKAN
TURUN SEKELIP MATA DAN BILA-BILA SAJA. INGATLAH KUN FAYAKUN.

TOK NGAH.

Sunday, February 15, 2009

POLITIK ANAK BERANAK.

MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI, DAN RAJA BERPELEMBAGAAN.

1. DEMOKRASI YANG DIAMALKAN SEJAK 51 TAHUN YANG LALU, BERJALAN DENGAN BAIK
DAN SEDERHANA SAJA. PEMIMPIN PERGI PEMIMPIN DATANG. RAKYAT YANG DULU MISKIN
ADA YANG JADI KAYA RAYA, ADA YANG BERSENANG-SENANGAN DAN ADA JGA YANG MASIH
BELUM TERBELA.

2. 12 KALI DAH KITA BERPILIHANRAYA, MACAM-MACAM PARTI TIMBUL DAN TENGGELAM. APA YANG MENARIK PARA PEMIMPINNYA ADA YANG DATANG DARI KELUARGA YANG SAMA,
CONTOHNYA DATO' ONN JAAFAR, TUN ABDUL RAZAK HUSAIN & MOHD NAJIB, TUN HUSSAIN ONN & HISHAMUDDIN, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD & MUKRIS, DATO' SERI ANUAR IBRAHIM, DR.AZIZAH & ANAK PEREMPUANYA, LIM KIT SIANG & LIM GUAN ENG, KARPAL SINGH & ANAK LELAKINYA. DAN ADA RAMAI LAGI ADUN DAN AHLI PARLIMEN ANAK BERANAK.

3. BERPOLITIK ANAK BERANAK INI TAK DAPAT DIELAKAN. BERMULA DARI CAWANGAN
HINGGALAH KE PERINGKAT NASIONAL. TAK KIRA PARTI APA PUN, PEMERINTAH ATAU PUN PEMBANGKANG. APA YANG SERONOKNYA IALAH DEMOKRASI DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK
DAN SEDERHANA, WALAUPUN TERDAPAT PERGOLAKAN YANG MEMANASKAN TELINGA KADANG
KADANG MENYAKITKAN HATI JUGA. TETAPI NEGARA KITA TERUS BERGERAK DAN MAJU
SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

4. KEPADA ORANG ISLAM, INILAH NEKMAT YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.
SEWAJARNYA KITA BERSYUKUR DAN MEMELIHARANYA DENGAN BAIK. KEPADA ORANG
BUKAN ISLAM, MEREKA JUGA PATUT TAHU BAGAIMANA NAK JAGA DEMOKRASI DAN
KEBEBASAN YANG ADA SUPAYA TIDAK HILANG. KITA TAK MAHU JADI PALESTIN,
AFGHANISTAN ATAU IRAQ. PUN BEGITU KITA JUGA TIDAK MAHU SEPERTI NEGARA
MIYANMAR, KORIA UTARA, SOMALIA, CHAD DAN LAIN-LAIN YANG KITA BACA DALAM
AHKBAR DAN LIHAT BERITA TV, BERBAGAI PERGOLAKAN YANG TIDAK AMAN DAN
SENTOSA.

5. BERBALIK KTA BICARA TENTANG POLITIK ANAK BERANAK, TOK NGAH NAK
TULIS SIKIT APA YANG BERLAKU DI NEGARA KITA MALAYSIA. RASA-RASANYA
KITA BERPOLITIK NI, BARU SAHAJA. KURANG LEBIH 63 TAHUN SEJAK PEKEMBAR
(PERTUBUHAN KEMBANGSAN MELAYU BERSATU ) KEMUDIAN DI SEBUT UMNO (BI)...
DITUBUHKAN PADA 11 MEI 1946. ITULAH SAAT MULANYA ORANG MELAYU BERPOLITIK,
KEMUDIAN DI IKUTI OLEH MAC.MIC DAN LAIN-LAIN.

6. CARA KITA BERPOLITIK TIDAK SEPERTI, JEPUN, AS, BRITAN, RUSIA DAN
DI NEGERA TIMOR TENGAH SERTA BENUA AFRIKA. KITA BERPOLITIK CARA KITA ALA MALAYSIA, YANG RAKYATNYA BERBILANG KAUM, PEMIMPINYA JUGA BERBILANG KAUM.
INDAH DAN UNIK SEKALI.

TOK NGAH.
BERSAMBUNG.

Saturday, February 14, 2009

PAKATAN RAKYAT TRAUMA

1. KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TRAUMA, DRAMA POLITIK YANG DIPERTONTONKAN
KEPADA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA DI PERAK, AMAT HEBAT DAN MENARIK
MINAT BERJUTA PENONTON. DRAMA ARAHAN ANUAR IBRAHIM, DAN PERANAN UTAMA
YANG DI PEGANG OLEH KARPAL SINGH SUNGGUH HEBAT DAN BERKESAN. DRAMA YANG
DI MULAKAN DENGAN LAKONAN MOHAMAD NIZAR JAMLUDDIN DARI PAS PERAK,
MENARIK PERHATIAN SELURUH NEGARA, KHASNYA DI PERAK. SETIAP KALI GAMBAR
MOHAMAD NIZAR MUNCUL DI KACA TV, PASTI NAMPAK NGEH KOO HAM, TERSENGEH DAN
TERSELIT DI KETIAK MOHAMAD NIZAR. MAKLUMLAH DIALAH PENYOKONG MALAH
TEMPAT PERGANTUNGAN MOHAMAD NIZAR SEJAK SEBELAS BULAN MENJADI MB PERAK.

2. BABAK PERTAMA DAH SELESAI, MOHAMAD NIZAR TIDAK LAGI MENJADI MB,
KERANA DR ZAMBRY TELAH MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB YANG BARU. PELAKON
UTAMA KARPAL SINGH, LEBIH GARANG DAN BIADAP LAGI, HINGGA LEBIH 50
LAPORAN POLIS DIBUAT, BANTAHAN DI SANA SINI. TERAJU UTAMA, ANUAR IBRAHIM
SENYAP DI BALIK TABIR. KARPAL BERLAKON SUNGGOH HEBAT, MEMEK MUKA YANG
GARANG DAN PENUH DENGAN KEPALSUAN, DIA MENDABEK DADA." JANGAN MAIN-MAIN
DENGAN SAYA" SIAPA AGAKNYA NAK MAIN DENGAN BELIAU, ENTAHLAH? APA YANG
TOK NGAH LIHAT, BELIAU SEDANG BERMAIN WAYANG DENGAN ANUAR.

3. MASUK ADIGAN YANG KE BERAPA, KITA PUN TAK TAU? MOHAMAD NIZAR DENGAN
NGEH SERTA RAKAN-RAKANNYA BERMESYUARAT DIKEDIAMAN MB PERAK, DAN MELULUSKAN BEBERAPA PERKARA UNTUK DILAKSANAKAN DI PERAK. SIAPA YANG NAK BUAT KERJA ITU?
SUK MANA, PEGAWAI DAERAH MANA YANG NAK IKUT ARAHAN ATAU KEPUTUSAN MESYUARAT
YANG DIBUAT OLEH MOHAMAD NIZAR ITU?

4. AKHIRNYA BELIAU MENGAKU NAK KELUAR DARI RUMAH MB. DAN NAK CARI RUMAH SEWA. DENGAN ITU BELIAU DAH SEDAR BAHAWA BELIAU BUKAN LAGI MB PERAK YANG SAH. UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI, PERGI PULAK BUAT ADUAN
KE MAHKAMAH TINGGI KL. NAMPAKNYA DRAMA BERSIRI, ARAHAN ANUAR IBRAHIM AKAN
BERLARUTAN HINGGALAH PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL DUA BUKIT, IAITU SELAMBAU DAN GANTANG. PADA 29 MAC 2009...?

5. TOK NGAH HAIRAN DAN MERASA PELIK, DENGAN DRAMA POLITIK ARAHAN
ANUAR INI. NAMPAK MACAM REAL MEREKA BERGADUH..? TETAPI NAMPAK MACAM
MELAWAK...WALAU APAPUN, TOK NGAH NAK BAGI TAHU, KHASNYA KEPADA KARPAL SINGH DAN MOHAMAD NIZAR. JANGANLAH BERMAIN API, JANGAN MENEGAKAN BENANG YANG BASAH. KARPAL (oku) DUDUK ATAS KERUSI RODA INSAFLAH, KALAU DIA SURUH ANUAR BERTAUBAT, OK LAH, TETAPI DIA JUGA SURUH LIM KIT SIANG BERTAUBAT SAMA, TAHU KAH LIM KIT SIANG, BERTAUBAT? LEBIH MALANG LAGI MOHAMAD NIZAR, MACAM ORANG GILA TALAK, TAK MAHU MENERIMA QADAK DAN QADAR. TAKAN ORANG
BERIMAN BOLEH BERTINDAK DILUAR BATASAN? DIMANA PERGINYA AKHLAK SEBAGAI SEORANG ISLAM? TOK NGAH HARAP SANGAT MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN DRAMA ARAHAN ANUAR IBRAHIM INI BERSURAI DAN BUAT KERJA MASING-MASING DI
KAWASAN MASING-MASING. PENGUNDI ANDA DAH BOSAN DENGAN LAKONAN YANG
TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA ITU.

TOK NGAH.

Wednesday, February 11, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUA BUKIT.

KITA AKAN MENGHADAPI DUA PILIHAN RAYA KECIL. DUA BUKIT TELAH KOSONG
IAITU BUKIT GANTANG PERAK DAN BUKIT SELAMBAU KEDAH. BN KHASNYA UMNO
PERLU BANGKIT DAN LAKSANAKAN STRATEGI YANG DAPAT MEMMIKAT PENGUNDI-
PENGUNDI DI KEDUA-DUA BUKIT ITU.MENDAKI SEBUAH BUKIT PASTI MEMENATKAN.
OLEH ITU TOK NGAH CADANGKAN TERUSKAN PERJUANGAN DENGAN IRINGAN MUZIK
YANG MERDU DAN LIRIK YANG MENARIK.JIKA DI K.TERENGGANU BN KECUNDANG,
PASTIKAN DI DUA BUKIT ITU KITA YANG PUNYA.

TOK NGAH.

SYABAS EXCO MANTAP NEGERI PERAK

1. TOK NGAH MERASA TERUJA MELIHAT BARISAN EXCO MANTAP NEGERI PERAK YANG BARU. TAHNIAH KEPADA YAB DATO' DR. ZAMBRY ABDUL KADER, MENTERI BESAR PERAK. APA YANG DIHARAPKAN KEPADA GANDINGAN EXCO LAMA DAN BARU ITU, IALAH SEBUAH PASUKAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MESRA RAKYAT.

2. LAKSANAKANLAH AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI ITU DENGAN IKHLAS DAN JUJUR.

3. SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK MEMBERIKAN SOKONGAN DAN TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI, TERHADAP KEPIMPINAN YAB DAN YB-YB YANG MANTAP ITU.

4. LANGKAH YANG PERTAMA TOK NGAH NAK LIHAT IALAH PEMULIHAN HUBUNGAN MESRA
DAN PERPADUAN KAUM, PEMIMPIN DENGAN RAKYAT SERTA SUASANA SELESA.

5. TUNAIKAN SEMUA JANJI PILIHAN RAYA SETAHUN YANG LALU. PENUHI TUNTUTAN RAKYAT DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA.

6. BAWALAH PERUBAHAN ATAU PEMBAHARUAN YANG SEJAJAR DENGAN CITA-CITA DAN
INSPIRASI RAKYAT BERBILANG KAUM.

7. KEMATANGAN KEPIMPINAN BN, KHASNYA UMNO LEBIH 50 TAHUN YANG LALU, JANGAN DI ABAIKAN. JANGAN DI CONTENG ARANG DI MUKA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG TERDAHULU.

TOK NGAH.

Friday, February 6, 2009

KARPAL SINGH ITU SIAPA?

1. MUNGKIN KARPAL SING TIDAK PERNAH TAHU SEJARAH NEGERI PERAK. OLEH ITU DIA TIDAK PEKA DAN MENGENALI HATI BUDI ORANG-ORANG PERAK. PERNAHKAH BELIAU BERAKIT ATAU BERPERAHU SEPANJANG SUNGAI PERAK? TAHU KAH DIA DIMANA PASIR SALAK, BETING BERAS BASAH DAN TELOK MAK INTAN? KENALKAH KARPAL DENGAN DATO'SAGOR, DATO'MAHARAJA LELA, DAN SIPUTUM? TAHU KAH DIA KESAH BERCH DIPASIR SALAK?

2. KENAPA DIA BEGITU GALAK DAN SOMBONG DENGAN RAKYAT PERAK, BERANI MENYANGGAH DYMM PADUKA SULTAN? INGIN MENGHERET KE MAHKAMAH? SUDAH LUPAKAH DIA DENGAN PAK KIYAI ARSHAD? TINDAKAN MELAMPAU DAN DURJANA KARPAL TAK BOLEH DIBIARKAN.

3. KALAUPUN NAK BERPOLITIK, BIARLAH SESAMA RAKYAT JELATA, JANGANLAH SAMPAI KE ISTANA HENDAK DILIBAT. CABARAN YANG ANDA BUAT MENYENTUH HATI NURANI SELURUH ANAK PERAK KHASNYA ORANG MELAYU. JANGAN BERMAIN API, JANGAN BUAT PROBOKASI, JAGA SIKIT PEKERTI ANDA, BAHASA ANDA DAN TINGKAH LAKU ANDA. SEMAUANYA ITU ADA BATAS, TIDAK SEMUA BOLEH DILANGGAR. FIKIR FIKIRKANLAH.

TOK NGAH.

LAFAZ SEMBAH DURHAKA

PANTANG ORANG MELAYU MENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH (RAJA). RAKYAT JELATA NEGERI
PERAK SUNGGUH TERKEJUT DAN TERSENTAK DENGAN SIKAP DAN PEKERTI YANG DITUNJUK OLEH NIZAR JAMALUDDIN, BEKAS MENTERI BESAR PERAK. APAKAH NIZAR INGIN MENJADI HANG JEBAT DIZAMAN MODEN INI? SEBAGAI ORANG YANG PERNAH DI PANGGIL USTAZ DAN MEMBERI CERAMA AGAMA DI MASJID DAN SURAU, BEGITU RENDAH
BUDI PEKERTINYA, TERHADA DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK. KALAU PERNAH MENGAJAR AGAMA, DAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU SEHARI, PASTI BELIAU BERIMAN. APAKAH DEMIKIAN TINDAKAN SEORANG YANG BERIMAN? JANGAN LAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG, BAGAI SIKUDUNG MENDAPAT CINCIN. KENAPAKAN SEORANG YANG NAMPAK BERIMAN BOLEH
TERPENGARUH DENGAN ORANG YANG TAK BERIMAN? SEBAGAI ANAK PERAK JATI, TOK NGAH PERCAYA MOHD NIZAR, MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK BERMUHASABAH DIRI, BERISTIGHAFAR BANYAK-BANYAK. RENUNGLAH MATA IBU, ISTERI DAN ANAK-ANAK, APAKAH CONTOH YANG ANDA TUNJUK ITU BENAR-BENAR BERITIKA DAN MENURUT AJARAN ISLAM. INIKAH CARA PAS MEMERINTAH? RENONG-RENONGKANLAH.

TOK NGAH.

TAHNIAH DR ZAMRI ABDUL KADIR

1. VETERAN UMNO NEGERI PERAK MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA YAB.DATO'
DR. ZAMBRY ABDUL KADIR, SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU.

2. BEKERJALAH UNTUK MEMBANGUN NEGERA DAN MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT PERAK
KHASNYA MEREKA DI KAMPUNG-KAMPUNG.

3. KEKALKAN JKKK DAN JKKP YANG ADA SEKARANG, AGAR KESTABILAN DI KAMPUNG-
KAMPUNG BERADA DALAM SELESA DAN AMAN. IMARAHKAN MASJID-MASJID DENGAN UMAT
ISLAM TAK KIRA APA FAHAMAN POLITIK.

4. TERUSKAN AZAM DAN ILTIZAM MENINGKATKAN PENDIDIKAN DAN MENGHAPUSKAN
KEMISKINAN TEGAR.

TOK NGAH.

Thursday, February 5, 2009

INSAF DAN BERSYUKURLAH .....

DENGAN IZIN ALLAH UMNO (BN) DAPAT BELIK MEMERINTAH NEGERI PERAK, WALAUPUN
DENGAN MAJORITI MUDAH. INSAF DAN BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, WAHAI PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN. CUKUPLAH UJIAN YANG DIBERI OLEH
YANG MAHA BERKUASA BERADA DIBAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. DARI HARI INI
KITA AKAN BERGERAK DAN BEKERJA KERAS, BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN TARAF
HIDUP RAKYAT, KHASNYA ORANG MELAYU DI NEGERI PERAK INI. UMNO ITU MELAYU, MELAYU ITU UMNO. RENONG-RENONGKANLAH.

TOK NGAH.

Monday, February 2, 2009

TAMBAH AHLI LEMBAGA DISIPLIN

CADANGAN MT UMNO UNTUK MENAMBAH ANGGOTA LEMBAGA DISIPLIN UMNO AMAT
BAIK DAN WAJAR. OLEH SEBAB BILANGAN AHLI UMNO BERTAMBAH RAMAI, PASTI
BANYAK KES YANG MELIBATKAN KESALAHAN TATATERTIB DAN SEBAGAINYA. OLEH ITU ADALAH DICADANGKAN SUPAYA MT MENGAMBIL ATAU MELANTIK 2-3 ORANG DARI VETERAN UMNO MALAYSIA. MEREKA ADALAH TERDIRI DARI AHLI-AHLI UMNO YANG TIDAK ADA
KEPENTINGAN DALAM MEREBUT JAWATAN. DENGAN ILMU DAN PENGELAMAN YANG
MEREKA ADA, SAYA PASTI MEREKA BOLEH MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.
VETERAN UMNO MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI BEKAS AHLI PARLEMAN, SENATOR
DAN ADUN YANG BEBERAPA PENGGAL MEWAKILI KAWASAN MASING-MASING. OLEH ITU ADALAH WAJAR DAN LAYAK SEKALI MEREKA DITEMPATKAN DALAM LEMBAGA DISIPLIN.

TOK NGAH.