Labels

Saturday, February 14, 2009

PAKATAN RAKYAT TRAUMA

1. KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TRAUMA, DRAMA POLITIK YANG DIPERTONTONKAN
KEPADA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA DI PERAK, AMAT HEBAT DAN MENARIK
MINAT BERJUTA PENONTON. DRAMA ARAHAN ANUAR IBRAHIM, DAN PERANAN UTAMA
YANG DI PEGANG OLEH KARPAL SINGH SUNGGUH HEBAT DAN BERKESAN. DRAMA YANG
DI MULAKAN DENGAN LAKONAN MOHAMAD NIZAR JAMLUDDIN DARI PAS PERAK,
MENARIK PERHATIAN SELURUH NEGARA, KHASNYA DI PERAK. SETIAP KALI GAMBAR
MOHAMAD NIZAR MUNCUL DI KACA TV, PASTI NAMPAK NGEH KOO HAM, TERSENGEH DAN
TERSELIT DI KETIAK MOHAMAD NIZAR. MAKLUMLAH DIALAH PENYOKONG MALAH
TEMPAT PERGANTUNGAN MOHAMAD NIZAR SEJAK SEBELAS BULAN MENJADI MB PERAK.

2. BABAK PERTAMA DAH SELESAI, MOHAMAD NIZAR TIDAK LAGI MENJADI MB,
KERANA DR ZAMBRY TELAH MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB YANG BARU. PELAKON
UTAMA KARPAL SINGH, LEBIH GARANG DAN BIADAP LAGI, HINGGA LEBIH 50
LAPORAN POLIS DIBUAT, BANTAHAN DI SANA SINI. TERAJU UTAMA, ANUAR IBRAHIM
SENYAP DI BALIK TABIR. KARPAL BERLAKON SUNGGOH HEBAT, MEMEK MUKA YANG
GARANG DAN PENUH DENGAN KEPALSUAN, DIA MENDABEK DADA." JANGAN MAIN-MAIN
DENGAN SAYA" SIAPA AGAKNYA NAK MAIN DENGAN BELIAU, ENTAHLAH? APA YANG
TOK NGAH LIHAT, BELIAU SEDANG BERMAIN WAYANG DENGAN ANUAR.

3. MASUK ADIGAN YANG KE BERAPA, KITA PUN TAK TAU? MOHAMAD NIZAR DENGAN
NGEH SERTA RAKAN-RAKANNYA BERMESYUARAT DIKEDIAMAN MB PERAK, DAN MELULUSKAN BEBERAPA PERKARA UNTUK DILAKSANAKAN DI PERAK. SIAPA YANG NAK BUAT KERJA ITU?
SUK MANA, PEGAWAI DAERAH MANA YANG NAK IKUT ARAHAN ATAU KEPUTUSAN MESYUARAT
YANG DIBUAT OLEH MOHAMAD NIZAR ITU?

4. AKHIRNYA BELIAU MENGAKU NAK KELUAR DARI RUMAH MB. DAN NAK CARI RUMAH SEWA. DENGAN ITU BELIAU DAH SEDAR BAHAWA BELIAU BUKAN LAGI MB PERAK YANG SAH. UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI, PERGI PULAK BUAT ADUAN
KE MAHKAMAH TINGGI KL. NAMPAKNYA DRAMA BERSIRI, ARAHAN ANUAR IBRAHIM AKAN
BERLARUTAN HINGGALAH PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL DUA BUKIT, IAITU SELAMBAU DAN GANTANG. PADA 29 MAC 2009...?

5. TOK NGAH HAIRAN DAN MERASA PELIK, DENGAN DRAMA POLITIK ARAHAN
ANUAR INI. NAMPAK MACAM REAL MEREKA BERGADUH..? TETAPI NAMPAK MACAM
MELAWAK...WALAU APAPUN, TOK NGAH NAK BAGI TAHU, KHASNYA KEPADA KARPAL SINGH DAN MOHAMAD NIZAR. JANGANLAH BERMAIN API, JANGAN MENEGAKAN BENANG YANG BASAH. KARPAL (oku) DUDUK ATAS KERUSI RODA INSAFLAH, KALAU DIA SURUH ANUAR BERTAUBAT, OK LAH, TETAPI DIA JUGA SURUH LIM KIT SIANG BERTAUBAT SAMA, TAHU KAH LIM KIT SIANG, BERTAUBAT? LEBIH MALANG LAGI MOHAMAD NIZAR, MACAM ORANG GILA TALAK, TAK MAHU MENERIMA QADAK DAN QADAR. TAKAN ORANG
BERIMAN BOLEH BERTINDAK DILUAR BATASAN? DIMANA PERGINYA AKHLAK SEBAGAI SEORANG ISLAM? TOK NGAH HARAP SANGAT MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN DRAMA ARAHAN ANUAR IBRAHIM INI BERSURAI DAN BUAT KERJA MASING-MASING DI
KAWASAN MASING-MASING. PENGUNDI ANDA DAH BOSAN DENGAN LAKONAN YANG
TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA ITU.

TOK NGAH.

No comments:

Post a Comment

http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255