1. KETIKA INI HINGGA 24 MAC 2009 SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENUMPUKAN PANDANGAN KEPADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG AKAN BERLANSUNG SELAMA 4 HARI ITU. SEMUA BILIK HOTEL TELAH HABIS DI TEMPAH OLEH ORANG UMNO.
2. KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO SEDANG BEKERJA KERAS UNTUK MENYEDIAKAN TEMPAT SERTA KEMUDAHAN UNTUK MENEMPATKAN PERWAKILAN. KHASNYA MEREKA YANG DIKATAKAN ( G7 ) . DISAMPING ITU ANAK BUAH YANG MENJADI PENYOKONG DIPERINGKAT AKAR UMBI JUGA TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK HADIR, SEKURANG-KURANGNYA SEHARI DI PWTC BAGI MELIHAT BAGAIMANA HEBATNYA PERHIMPUNAN KALI INI.
3. APA YANG MENARIK, IALAH PEMILIHAN KALI INI MENUNJUKAN CALUN-CALUN YANG BERTANDING RAMAI DARI KALANGAN MUDA. CALUN-CALUN ITULAH YANG AKAN DIPILIH OLEH PARA PERWAKILAN BAGI MENENTUKAN MASA DEPAN UMNO HIDUP ATAU MATI. DI TANGAN MEREKALAH LETAKNYA KEMANA ARAH TUJU UMNO KHASNYA KEPIMPINAN NEGARA. KERANA UMNO LAH TUNJANG SEMUA PARTI DALAM BN. KALAU UMNO LEMAH, SEMUANYA AKAN LEMAH. PILIHANRAYA KE 12, TELAH MENGAJAR KITA BETAPA SAKITNYA APABILA KALAH DI BERAPA NEGERI OLEH PAKATAN RAKYAT.
4. OLEH YANG DEMIKIAN TOK NGAH NAK INGATKAN, KHASNYA ANAK CUCU YANG BERPELUANG MENJADI PERWAKILAN, GUNAKANLAH FIKIRAN, ANALISA SENDIRI SIAPA YANG BENAR-BENAR BOLEH MENJADI PENERAJU PARTI. DI TANGAN ANDALAH HIDUP MATINYA PARTI UMNO. DI TANGAN ANDALAH HIDUP MATINYA ORANG MELAYU. JANGAN LEKA DAN JANGAN TERPENGAROH DENGAN SOGOKAN YANG SEMENTARA, ATAU JANJI-JANJI YANG BELUM PASTI.
5. PEMIMPIN YANG ANDA PILIH ITU ADALAH HARAPAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA ORANG MELAYU. TOK NGAH BERSAMA VETERAN YANG LAIN AKAN MEMANTAU, MENASIHAT KALAU BOLEH MENEGOR JIGA TERDAPAT YANG TIDAK KENA. INSYA 'ALLAH.
TOK NGAH.