Labels

Thursday, May 28, 2009

NIZAR JAMALUDDIN MIMPI MASUK SYORGA

1. TOK NGAH BERSETUJU DENGAN ULASAN YANG DIBERI OLEH YAB DR. ZAMBRY ABDUL KADIR, MB PERAK, TERHADAP KENYATAAN YANG DI BUAT OLEH MOHD NIZAR, "BAHAWA KRISIS POLITIK DI NEGERI PERAK AKAN BERTERUSAN JIKA DUN TIDAK DI BUBARKAN. NIZAR TURUT TIDAK MEMBERI JAMINAN BAHAWA SIDANG KHAS DUN JIKA DI ADAKAN AKAN BERJALAN LANCAR, MALAH BELIAU MENJANGKA AKAN LEBIH TERUK LAGI."

2. JIKA BEGINILAH PEMIKIRAN DAN SIKAP SEORANG YANG MENGANGGAP DIRINYA PROFESIONAL, ALANGKAH RUGINYA NEGARA MALAYSIA KHAS NEGERI PERAK. DALAM FIKIRAN DAN SANUBARI MOHD NIZAR NAMPAKNYA BEGITU GELAP DAN PEKAT DENGAN KEANGKUHAN. KEIMANAN SEBAGAI ORANG YANG BANYAK TAHU DAN HAFAL AYAT-AYAT AL-QURAN TIDAK TERSERLAH. SETIAP PATAH UCAPAN DAN DIALOGNYA PENUH DENGAN ANCAMAN DAN UGUTAN. APAKAH INI YANG DI FAHAM OLEH MOHD NIZAR DARI AYAT-AYAT YANG SERING DIBACA DALAM CERAMAHNYA DI SURAU DAN MASJID?

3. TOK NGAH SELALU MEMBACA TERJEMAHAN AYAT SUCI DALAM MASJID KG. TOK NGAH, YANG BERBUNYI; "BERLUMBA-LUMBALAH KAMU UNTUK MENDAPATKAN KEAMPUNAN DARI TUHAN KAMU DAN MENDAPATKAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS LANGIT DAN BUMI". TOK NGAH PERCAYA MOHD NIZAR LANCAR AYAT INI, DAN BOLEH MENJELASKAN KEPADA RAKYAT KHASNYA PAKATAN RAKYAT UNTUK MENDAPATKAN SESUATU YANG BERNIALAI DAN HARMONI.

4. SETAKAT MENANAM POKOK DEMOKRASI TANDA LAMBANG KITA BEBAS DAN HARMONI HIDUP DI NEGARA YANG TERCINTA INI, CUKUPLAH. APA PERLUNYA MENGANCAM DAN MEMBUAT RAMALAN YANG BURUK? BUKANKAH ITU MENUNJUKAN NALURI DAN NIAT YANG DATANG DARI DARAH YANG SEKETUL ITU ( HATI ) YANG TIDAK SEHAT? APAKAH INI PERJUANGAN DAN MATLAMAT PEMIMPIN PAS PERAK?

5. KALAU PUN DUN PERAK DI BUBARKAN, APAKAH MOHD NIZAR AKAN DAPAT MENJAMIN DIRINYA MENJADI MENTERI BESAR KEMBALI? ATAU TERJAMIN AKAN MEMENANGI ADUN PASIR PANJANG? ADAKAH DAP AKAN MENYOKONG TERUS KEPADA BELIAU SETELAH DUN DIBUBARKAN? SAYANG SERIBU KALI SAYANG. TOK NGAH RASA MOHD NIZAR SEKARANG SEDANG BERMIMPI DI SIANG HARI, KONON BELIAU TELAH MASUK SYORGA DENGAN JAMINAN NGEH KOH HAM. ORANG PERAK KATA " JANGAN TERLALU INGKE, NANTI TERSEPAK BENDOI JATUH TERSUNGKOR.

TOK NGAH.