Labels

Thursday, June 4, 2009

MOHD NIZAR MASIH MENGIDAM.....?

1. TOK NGAH RASA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI KOMEN TERHADAP ADUN PASIR PANJANG, YB. MOHD NIZAR JAMALUDDIN. NAMPAKNYA BELIAU MASIH LAGI BERGELUMANG DENGAN MIMPI-MIMPI INDAH DAN MENGIDAM JERUK MEMPELAM YANG DI JAJA OLEH YB. NGEH KHO HAM DAN KUNCO-KUNCONYA. SEBAB ITULAH BELIAU TERUS MENERUS MELAYAN PERASAAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN KEPADA MAHKAMAH PERSEKUTUAN. MUNGKIN JUGA AKAN KE MAHKAMAH DUNIA (ICJ).

2. BIOR PAPE ASALKAN BERGAYE; INI PEPATAH ORANG PERAK YANG MASYOHOR. WALAU PUN BELIAU SEDAR TINDAKANYA ITU MEMBUANG MASA DAN WANG RINGGIT, NAMUN IDAMAN HATI DAN ASUTAN DARI RAKAN-RAKAN AKRABNYA, MAKA BELIAU SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH. MASHA ALLAH.....

3. INILAH AGAKNYA YANG DIKATAKAN OLEH PENCERAMAH TOK-TOK GURU DI SURAU DAN MASJID, BAHAWA DUNIA DAH AKHIR ZAMAN, DAH TUA DAN SUDAH HAMPIR KIAMAT. TANDA-TANDA YANG DITUNJUKAN AMATLAH PELIK DAN MEBINGUNGKAN UNTUK DI FIKIR SECARA BIASA. YANG SUDAH TU, SUDAHLAH YEOP... APA LAGI NAK DI KEJOR...?

4. TOK NGAH HARAP KINI BUKANYA MASA UNTUK BERTELAGAH DAN MENUNJUK SIAPA HANDAL, ATAU SIAPA HAKAP. DAH LEBIH SETAHUN ASYEK BERTENGKOR DAN BERUBUT KERUSI MB APA HALNYA? APA KERJA YANG DAH DIBUAT SELAMA SETAHUN NI? TAHU KE MASALAH DI KAMPUNG-KAMPUNG DAN DI KAWASAN MASING-MASING? MASIH BANYAK TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG PENTING DAN PERLU DISELESAIKAN SEBAGAI ADUN DAN AHLI PARLEMAN. SEPATUTNYA ITULAH DIDAHULUKAN, KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

5. KALAU YA PUN DAPAT BALIK KERUSI MB, BILA? NAK BUBAR DUN PASTIKAH MENANG, ATAU MASIHKAH DAP NAK BAGI KAWASAN YANG ADA SEKARANG? PILIHAN RAYA KE 13 ADA DUA TAHUN LAGI. SEPATUTNYA BUAT KERJA, BUKAN BERCAKAP SANA BERCERAMAH KE SINI. HASUT SANA HASUT SINI, BUAT KERENAH BAGI RAKYAT KELIRU DAN GETIK.

6. AGAMA ISLAM MENYURUH KITA BERSABAR KERANA SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN, DAN MENERIMA HAKIKAT QADA DAN QADAR ITU DARI ALLAH. REZEQI ADA DI MANA-MANA, BUAT YANG MAKRUF NAHI MUNGKAR. SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN. BANYAKKAN ASTAGHAFAR.

TOK NGAH.