Labels

Saturday, July 4, 2009

BUBAR PAS PERAK BUKAN DUN.

1. NAMPAKNYA SEMUA PEMIMPIN PAS PERAK SIBUK BERCERAMAH KEHULU KEHILIR UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI RAKYAT BAGI MEMBUBARKAN DUN. SETIAP KALI MEREKA BERCERAMAH, ITU LAH MODAL MEREKA, BUBAR DUN, BUBAR DUN, MEMBUAT FITNAH MEMBURUKAN UMNO DAN BN.

2. MENURUT PESURUHJAYA PAS PERAK ABU BAKAR HUSSIN, PAS SELESA DAN MEMPUNYAI HUBUNGAN ERAT DALAM PR. PAS BOLEH BEKERJASAMA DENGAN DAP DAN PKR. OLEH ITU BELIAU MENGAJAK SEMUA AHLI PAS, PKR DAN DAP MENADAH TANGAN MEMOHON RESTU SUPAYA DUN PERAK DI BUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT. BELIAU MENYATAKAN ASAS KERJASAMA DAN PERSEFAHAMAN BERTERASKAN KEPADA NILAI-NILAI SEJAGAT YANG TERNYATA UMNO DAN BN TIDAK MAPU UNTUK MELAKUKANYA.

3. NAMPAKNYA PESURUHJAYA PAS PERAK JUGA BUTA MATA DAN BUTA HATI, TIDAK TERLIHAT OLEHNYA PENCAPAIAN YANG DIBINA OLEH UMNO DAN BN SELAMAT 52 TAHUN YANG LALU DAN KINI. TIDAKKAH BELIAU MENERIMA NIKMAT DARI PEMERINTAHAN UMNO DAN BN SELAMA INI? DARIMANA BELIAU MEMPEROLEHI KESEJAHTERAAN, KEAMANAN DAN KEMUDAHAN HIDUP DARI SEJAK LAHIR HINGGA HARI INI? BUKANKAH ITU SEMUA SEMASA PEMERINTAHAN UMNO DAN BN? BUKANKAH ITU ERTINYA PERSEFAHAMAN ANTARA PARTI-PARTI DALAM BN?

4. PR YANG LAHIR BARU SETAHUN JAGUNG, BEGITU GAH DAN TAKSUB UNTUK MEMERINTAH NEGERI INI. LANTARAN ITU, PARA PEMIMPINNYA ASYEK BERCAKAP SIANG MALAM DENGAN MEMBURUKAN ORANG LAIN. TERUTAMA PEMIMPIN PAS. KONON MEREKA ISLAM, MAHU MEMERINTAH SECARA ISLAM TIDAK KIRA BANGSA ATAU KAUM, SAMA SAHAJA. OLEH ITU BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA KERJA KERAS UNTUK BUBARKAN DUN.

5. TOK NGAH FIKIR PEMIMPIN PAS PERAK SEKARANG DAH GILA TALAK, APA CARA PUN MEREKA MENGIGAUKAN KERAJAAN PR BALIK SEMULA DI PERAK. YAKINKAH MEREKA BOLEH MENANG DAN DAPAT MEMERINTAH SEMULA DENGAN 6 KERUSI YANG ADA? SUDIKAH DAP MEMBERI LALUAN KEPADA PEMIMPIN PAS UNTUK KALI KEDUA? BUKANKAH DAP SEKARANG SUDAH MEMPUNYAI PEMIMPIN DARI KALANGAN ORANG MELAYU YANG BUKAN ORANG PAS? APA PULA KATA ORANG PKR? TIDAKAH MEREKA JUGA SEDANG MENYUSUN STRATEGI MENCARI ORANG MELAYU YANG PROFESIONAL UNTUK DI JADIKAN PEMIMPIN?

6. TOK NGAH CADANGKAN BUAT KALI KEDUA, BUBAR SAJA PAS PERAK MASUK DAP ATAU PKR PASTI ADA PELUANG DAPAT TEMPAT. KALAU TIDAK JANGAN MIMPI. OLEH ITU PESURUHJAYA PAS PERAK PATUT FIKIR CARI JALAN SELAMAT. PR TIDAK BERSEFAHAMAN, IDIOLOGI MASING-MASING BERBEZA BAGAI KUNYIT DENGAN KAPOR. JANGAN JADI PAK KADUK, MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

TOK NGAH.