Labels

Thursday, July 30, 2009

NIK AZIZ PAKAI DUA SERBAN.

TOK NGAH AWAL-AWAL LAGI DAH KATA JANGAN TERPERANGKAP DENGAN KATA-KATA MANIS NIK AZIZ, MURSYIDUL AM PAS MERANGKAP MENTERI BESAR KELANTAN.

SEMALAM DIA KATA NAK LUPAKAN SENGKETA DENGAN KERAJAAN PUSAT DAN UMNO. HARI INI BELIAU KATA PEMIMPIN UMNO MENGHINA BELIAU, DIA WAJIB JAWAB ORANG HINA DIA.

RAMAI UMAT MELAYU TERSENTAK DAN BENGANG DENGAN KATA-KATA TOK GURU NIK AZIZ, "PERGI JAHANAM DENGAN UMNO". HANG JEBAT YANG DERHAKA KEPADA RAJA PUN TAK KATA "PERGI JAHANAM LAH HANG TUAH" BILA HANG TUAH NAK BUNUH DIA. TETAPI TOK GURU SANGGUP BERKATA DEMIKIAN KEPADA UMNO YANG JUGA ORANG MELAYU DAN ISLAM.

SELAIN DARI USIANYA YANG LANJUT DAN KESIHATANNYA TERGANGGU, NIK AZIZ ADA DUA SERBAN. SATU SERBAN MENTERI BESAR, SATU LAGI SERBAN MURSYIDUL AM PAS. KALAU BELIAU PAKAI SERBAN MENTERI BESAR BELIAU AKAN BERCAKAP SECARA POLITIK BOLEH KUTUK DAN MAKI ORANG. JIKA BELIAU PAKAI SERBAN MURSYIDUL AM PAS, BELIAU AKAN BERCAKAP BERSANDARKAN HADIS DAN AL QURAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, ORANG MELAYU KHASNYA AHLI-AHLI UMNO, KENA FAHAM DAN PERHATI BETOL-BETOL SERBAN MANA BELIAU PAKAI, APA BILA NAK BERCAKAP ATAU BERHUJAH DENGAN BELIAU.

TOK NGAH TAK TERKEJUT PUN.....