Labels

Sunday, July 19, 2009

PANDANGAN & PEMERHATIAN

DAH LEBIH SEMINGGU TOK NGAH TAK MENULIS, KERANA TIDAK ADA PELUANG BERBUAT DEMIKIAN SEJAK PILIHANRAYA KECIL MU 14 JULAI 2009 YANG LALU. PUN BEGITU TOK NGAH RASA TERPANGGIL JUGA UNTUK MENULIS DAN MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PEMERHATIAN TOK NGAH DALAM BEBERAPA ISU YANG TIMBUL.

1. MANIK URAI ; NAMPAKNYA UMNO BN SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG. KEPUTUSAN PRK MU YANG MEMIHAK KEPADA PAS DENGAN MAJORITI 65 UNDI BOLEH DINILAI DAN FAHAMI OLEH ORANG RAMAI KHASNYA RAKYAT KELANTAN, BAHAWA UMNO MASIH KUKUH DAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT KHASNYA ORANG MELAYU. TOK NGAH DAN RAKAN-RAKAN BERKESEMPATAN PERGI KE MANIK URAI MEMBUAT TINJAUAN. MEMANGLAH MANIK URAI DAN RAKYATNYA MEMERLUKAN PEMBILAAN DAN KEMAJUAN TERKINI. WALAUPUN BN KHASNYA UMNO KALAH, KERAJAAN PUSAT PERLU BERBUAT SESUATU BAGI MEMBANGUNKAN MU DAN PENDUDUKNYA. APA YANG DI JANJIKAN OLEH TPM SEBAHAGIANNYA PERLU DI LAKSANAKAN. SEPERTI JAMBATAN, JALAN TAR, DAN LAIN-LAIN PRASARANA.

2. PPSMI; MASIH LAGI ADA SUARA-SUARA SUMBANG MAHUKAN IA DITERUSKAN, HINGGALAH TPM YANG JUGA MENTERI PELAJARAN TERPAKSA MEBUAT PENJELASAN TERPERINCI. KENAPA DAN MENGAPA IA PERLU DI MANSUHKAN. TOK NGAH AMAT TERTARIK DAN BERSETUJU DENGAN PANDANGAN FROF.DIRAJA ENGKU AZIZ, BAHAWA PPSMI ADALAH SATU KESILAPAN. OLEH ITU TOK NGAH HARAP MEREKA YANG KURANG JELAS ATAU YANG MEMPOLITIKAN ISU PPSMI ITU, SUPAYA DENGAN HATI TERBUKA MENERIMA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH KERAJAAN. TERUTAMANYA PIHAK PEMBANGKANG, JANGANLAH ASYEK NAK BANGKANG SAHAJA. KALAU SEMUA HAL HENDAK DI POLITIKAN, NESCAYA NEGARA AKAN HANCUR. BUKAN MELAYU SAHAJA HANCUR, MALAH LAIN-LAIN BANGSA JUGA AKAN LENYAP. INGATLAH NEGARA KITA MEMPUNYAI PERLEMBAGAAN, RAJA-RAJA DAN PARLEMAN.

3. BAHASA MELAYU & ORANG MELAYU; DALAM PERLEMBAGAAN TELAH TERMAKTUB BAHAWA BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA MALAYSIA. JIKA ORANG MELAYU SENDIRI TIDAK HORMAT DAN TIDAK MAHU BERBAHASA MELAYU INI MENUNJUKAN KEROSAKAN TELAH BERLAKU TERHADAP JIWA DAN PEMIKIRAN MEREKA. ORANG MELAYU YANG MEMBANGGA DENGAN BAHASA INGGERIS DAN SANGGUP PULA MERENDAHKAN BAHASA SENDIRI ( MELAYU), KONON TIDAK BOLEH MAJU, SUDAH SEHARUSNYA MEREKA DIGELAR PENGKHIANAT BANGSA.
DISEBABKAN MEMBESAR-BESARKAN BAHASA INGGERISLAH MAKA SEKARANG RAMAI ORANG MELAYU BERCAKAP BAHASA ROJAK. OLEH ITU BAHASA MELAYU WAJIB DI MERTABATKAN DAN DIWAJIBKAN KEPADA SIAPA SAHAJA YANG MENJADI RAKYAT NEGARA INI. DI SEMUA SEKOLAH, BAHASA MELAYU
( BAHASA KEBANGSAAN ) HENDAKLAH DIWAJIBKAN LULUS DALAM PEPEREKSAAN PERINGKAT RENDAH DAN MENEGAH.

4. ISA; BANYAK PIHAK MENYUARAKAN SUPAYA ISA DI KAJI SEMULA, ADA YANG MENCADANGKAN DIMANSUHKAN SAJA. INI ADALAH KATA-KATA ATAU PERCAKAPAN YANG DITUTURKAN MELALUI LIDAH DAN MULUT. MUDAH DAN SENANG SAJA. KEBANYAKAN YANG BERSUBGGUH-SUNNGGUH BERSUARA UNTUK MEMANSUHKAN IALAH PARA PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG. KONON MEREKALAH YANG SANGAT PRIHATIN DAN BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP RAKYAT NEGARA INI. APAKAH MEREKA BOLEH MEMBODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN TINDAKAN SETALAM DUA MUKA. INILAH TEKTIK PEMBANGKANG UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN. MENTANG-MENTANG KERAJAAN BN TIDAK MENDAPAT MAJORITI 2/3, BERBAGAI ISU DIBANGKITKAN SUPAYA RAKYAT KELIRU DAN TURUT MENYALAHKAN KERJAAN. JIKA UNDANG-UNDANG SEPERTI ISA TIDAK ADA, PASTI KITA AKAN JADI KACAU BILAU, MUNGKIN KITA MNERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN RAKYAT SELATAN THAILAND.

5. ANJAKAN PARADIGMA AHLI UMNO; TPM BARU-BARU INI MENYERU SUPAYA UMNO BERUBAH JIKA MAHU KEKAL DAN TERIMA RAKYAT SAMPAI BILA-BILA. TOK NGAH UCAPKAN SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA TPM YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, YANG SECARA JUJUR DAN BERANI MENYUARAKAN IDEA INI. TOK NGAH YAKIN DAN PERCAYA DENGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO YANG AKAN DILULUSKAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG AKAN DATANG, UMNO AKAN BERUBAH DAN MENARIK MINAT ORANG RAMAI. DI SAMPING ITU MULAI DARI SEKARANG ANJAKAN PARADIGMA AHLI-AHLI UMNO DI SEMUA PERINGKAT PERLU. HANYA DENGAN CARA ITU UMNO, AHLI-AHLI DAN PEMIMPINNYA DIHORMATI DAN DISEGANI. LAGAK DAN PANORAMA YANG ADA SEKARANG PERLU DIKIKIS DAN DILEMPAR JAUH-JAUH. BUKA LEMBARAN ATAU TIRAI YANG LEBIH MENARIK DAN DI SENANGI OLEH SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT. PEMIMPIN DI PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN ADALAH PENGGERAK ATAU PELAKUN UTAMA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG DI SARANKAN OLEH YAB TPM.

6. LOMPAT PARTI; DATUK DR. CHUA JUI MENG DENGAN RASMINYA MENGISTIHARKAN DIRINYA KELUAR PARTI MCA DAN MASUK PKR. NAMPAKNYA MASIH RELEVAN KEGIATAN LOMPAT PARTI. INILAH YANG DIKATAKAN DEMOKRASI. TOK NGAH INGIN BERTANYA, KENAPA KEPADA PKR TIDAK KEPADA DAP? APAKAH INI STARATEGI YANG DISUSUN OLEH PKR KHASNYA PENASIHAT PKR DS ANWAR IBRAHIM UNTUK MENCAPAI CITA-CITANYA SEBAGAI PRESIDEN MALAYSIA YANG PERTAMA? NAMPAK SEMUA PEMIMPIN PR TERSENYUM LEBAR BILA ADA ORANG BN LOMPAT KE PIHAK MEREKA. KALAU ORANG MEREKA LOMPAT KE BN ATAU BEBAS DAN SOKONG BN, PASTI MEREKA KATA KITA PERAMPAS, PERASUAH DAN SEBAGAINYA. ITU PUN DEMOKRASI NAMANYA? BOLEH KATA ORANG, ORANG KATA KITA TAK BOLEH. DENGAN ITU PASTI ORANG PAS TAK ADA PELUANG UNTUK JADI TIM. PRESIDEN KERANA PKR DAN DAP DAH ADA ORANG SENDIRI YANG LEBEH HEBAT DARI ORANG PAS. LEPAS INI KITA NAK TENGOK ADA TAK PEMIMPIN PAS MAKI HAMUN PKR ATAU DAP, BERANI KE?