Labels

Tuesday, July 7, 2009

PENJENAYAH SEMAKIN BERANI

1. SEMENJAK DUA MENJAK INI TOK NGAH RASA TERPANGGIL UNTUK MENULIS BEKAITAN DENGAN PENJENAYAH YANG SEMAKIN BERANI, MENGGUGAT KESELAMATAN DAN MENAKUTKAN ORANG AWAM.

2. SETIAP HARI KITA DISOGOKKAN DENGAN KISAH-KISAH JENAYAH YANG BERLAKU DI SELURUH NEGARA, SAMA ADA DI MEDIA CETAK MAHUPUN ELEKTRONEK. TIDAK KIRA JENAYAH ITU DARI SEKECIL-KECILNYA HINGGA LAH KEPADA KES ALUNG, SAMUN BERSENJATA, ROGOL DAN BUNUH. PIHAK POLIS NAMPAKNYA TIDAK NYENYAK TIDUR DAN MUNGKIN BERCUTI PUN TERHAD. ANGGOTA PENCEGAH JENAYAH DAN PENGAWAI PENYIASAT PASTI TIDAK DAPAT BEREHAT SEPERTI ORANG BIASA. MAHKAMAH JENAYAH PASTI BERTIMBUN KES UNTUK DISELESAIKAN.

3. KENAPAKAH PENJENAYAH HARI INI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BERANI? APAKAH PUNCA DAN SEBAB-SEBAB YANG MEMUNGKINKAN PENJENAYAH BERANI. BAGAIMANAKAH CARA ATAU TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL AGAR JENAYAH INI DAPAT DIKURANGKAN, KALAU PUN TIDAK DI HAPUSKAN SAMA SEKALI..? KITA TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN KERAJAAN ATAU PIHAK POLIS SAHAJA YANG WAJIB MENCEGAH KEJADIAN JENAYAH BERLAKU. PASTINYA RAKYAT JELATA JUGA WAJIB MEMAINKAN PERANAN.

4. BILA DI SEBUT ORANG AWAM, TERMASUKLAH WAKIL RAKYAT, PEMIMPIN MASYARAKAT, NGO, BADAN BERKANUN, IBU BAPA , BEKAS POILIS, TENTERA, PEGAWAI MASJID DAN SEBAGAINYA. MEREKA HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING UNTUK MEMANTAU DAN MENJADI MATA DAN TELINGA BAGI PIHAK PASUKAN KESELAMATAN DAN KERAJAAN.

5. SALAH SATU SEBAB YANG MEMBERI PELUANG KEPADA PENJENAYAH BERANI DAN BERTAMBAH DARI HARI KEHARI, IALAH SIKAP ORANG RAMAI YANG TIDAK KESAH, TIDAK MAHU BEKERJASAMA MALAH TAKUT TAMPIL KEHADAPAN MELAPORKAN KEJADIAN JENAYAH JIKA TIDAK KENA BATANG HIDUNG SENDIRI. CONTOHNYA JIKA PENJENAYAH SEORANG PENAGEH, TERDIRI DARI ANAK KAMPUNG SENDIRI DAN KENAL PULA KELUARGA SI PENJENAYAH ITU. PASTI ORANG KAMPUNG TIDAK AKAN BERANI MENGAMBIL TINDAKAN. MASING-MASING MENDIAMKAN DIRI MEMBISU. SIKAP BEGINILAH KITA PATUT UBAH DAN HAPUSKAN. SELAGI MASYARAKAT TAKUT, SELAGI ITULAH PENJENAYAH BERANI BERTINDAK SESUKA HATI.

6. TOK NGAH INGIN MEMBERI PANDANGAN ATAU MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN MAHU PUN PIHAK PDRM. SUPAYA WUJUDKAN SATU SISTEM YANG LEBIH MESRA DAN BERKESAN UNTUK MENCEGAH JENAYAH INI. ZAMAN TOK NGAH MASIH LAGI BERTUGAS, PDRM ADA MEMBUAT SISTEM PONDOK, SEKTOR DAN KAWASAN BEAT PATROL. TOK NGAH RASA SISTEM TERSEBUT MASIH RELAVAN JIKA DI HIDUPKAN SEMULA. PADA TAHUN 1984 TOK NGAH TELAH MELAWAT SAMBIL BELAJAR KE TOKYO JEPUN, MENINJAU "KOBAN SISTEM" YANG DILAKSANAKAN OLEH POLIS JEPUN KETIKA ITU AMAT BERKESAN. SEBAGAI CONTOH, DALAM SEBUAH TAMAN YANG MEMPUNYAI 400 BUAH RUMAH DAN 1500 ORANG PENGHUNI. DALAM TAMAN ITU DI SEDIAKAN SEBUAH PONDOK POLIS YANG DITUGASKAN SEORANG ANGGOTA. JENAYAH YANG BERLAKU ANTAR 2 KE 3 KES SAHAJA SETAHUN.

7. SELAIN DARI ANGGOTA POLIS PONDOK TERSEBUT, ISTERINYA JUGA DIPERTANGGUNGJAWABKAN SEBAGAI MEMBANTU DI PONDOK ITU, KETIKA SUAMINYA MENJALANKAN BEAT PATROL. BUKAN ITU SAHAJA, PENDUDUK TAMAN TERSEBUT TURUT MENJADI POLIS TIDAK RANSMI, MEMANTAU AKAN KEJADIAN JENAYAH BERLAKU ATAU ADA ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI MASUK KE TAMAN MEREKA, DAN TERUS MELAPORKAN KE PONDOK POLIS. JIKA CARA INI BOLEH DI LAKUKAN DALAM SEBUAH TAMAN ATAU KAMPUNG KITA, PASTI KEJADIAN JENAYAH DAPAT DI BENDUNG.

8. UNTUK MENCEGAH JENAYAH DAN MEWUJUDKAN KEAMANAN DALAM SESEBUAH TAMAN ATAU KAMPUNG SEPERTI ITU, SEHARUSNYA PIHAK BERWAJIB (PDRM) MEMULAKAN GERAKAN DENGAN MEMBUAT TINJAUAN KE TAMAN ATAU KAMPUNG BERKENAAN. BERTEMU DAN BERBINCANG DENGAN WAKIL RAKYAT, PEMIMPIN, JKKK ATAU BEKAS-BEKAS BOLIS YANG TINGGAL DALAM TAMAN ATAU KAMPUNG ITU, UNTUK MENCARI JALAN BAGAIMANA UNTUK MENJAGA KEAMANAN DAN KESELAMATAN DI TAMAN ATAU KAMPUNG BERKENAAN. TOK NGAH PERCAYA DALAM SEBUAH TAMAN ATAU KAMPUNG ITU PASTI ADA PEGAWAI KERAJAAN, KAKITANGAN AWAM, ORANG-ORANG KENAMAAN DAN SEBAGAINYA YANG BOLEH MEMBERIKAN PANDANGAN DAN BANTUAN. KERANA JENAYAH MENGANCAM KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN PENDUDUK. SEHARUSNYA KITA SENDIRI MENCARI JALAN UNTUK MENCEGAHNYA.

9. DENGAN ITU TOK NGAH HARAP PIHAK PDRM MULAKAN INISIATIF TERSEBUT INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA MENCEGAH DAN MENGURANGKAN JENAYAH.

TOK NGHA.