1. TOK NGAH RASA LEGA DENGAN MENGUMUMAN KERAJAAN MENGHENTIKAN PPSMI SECARA BERPERINGKAT HINGGA KE TAHUN 2012. KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH JEMAAH MENTERI ( KABINET) , HARUS DI PUJI DAN DI UCAPKAN SYABAS.
2. KEPUTUSAN TERSEBUT BUKAN SAHAJA MEMBERI KEMENAGAN KEPADA PIHAK TERTENTU, TETAPI MERUPAKAN KEPUTUSAN MENANG-MENANG YANG DINIKMATI OLEH NEGARA BANGSA DAN BAHASA KITA.
3. YANG MENARIK BAGI TOK NGAH IALAH KEPULANGAN BAHASA IBUNDA ITU KEPANGKUAN ANAK BANGSA YANG HILANG KEYAKINAN, KURANG PASTI MAHU PUN TIDAK JUJUR DENGAN BAHASA SENDIRI. KEMAJUAN, KEJAYAAN, MAHU PUN TERBILANGNYA SESUATU BANGSA ITU PASTINYA DARI TUTUR BAHASANYA.
4. TOK NGAH TERINGAT SEMASA ZAMAN PERSEKOLAHAN 1948 HINGGA 1956. KETIKA ITU DALAM PEMERINTAHAN PENJAJAH INGGERIS. DI SEKOLAH ADA KELAS BAHASA INGGERIS YANG GURU-GURUNYA BERBILANG KAUM. HINGGALAH KE DARJAH ENAM GURU BAHASA INGGERIS TOK NGAH IALAH ORANG MELAYU ( CIK GU DAHALAN ) GARANG ORANGNYA. WALAUPUN TOK NGAH TIDAK FASIH BERBAHASA INGGERIS TETAPI SERONOK BELAJAR KETIKA ITU.
5. YANG LEBIH SERONOK DAPAT BERKAWAN DENGAN ANAK ORANG PUTIH. KETIKA ITU ARUAH IBU TOK NGAH BEKERJA DENGAN MAT SALEH SYARIKAT KAPAL KOREK DI SMTD JALAN TG. TUALANG. PETANG-PETANG TOK NGAH DAPAT BERMAIN DENGAN ANAK MAT SALEH. KADANG-KADANG JAGA BOLA TENIS, SEMASA MAT SALEH MAIN TENIS ( 1953-1955 ).
6. DALAM PERGAULAN YANG SUNGGUH NOSTALGIA ITU, SECARA TIDAK LANSUNG TOK NGAH DAPAT MENGAJAR ANAK-ANAK MAT SALEH ITU BERBAHASA MELAYU. KETIKA ITU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA PERANTARAAN, BAHASA PERNIAGAAN SETERUSNYA BAHASA SUKAN SEMUA KAUM DI TANAH MELAYU. SEDIKIT PUN TIDAK TIMBUL MASALAH, MALAH KITA MERASA BANGGA DAN MEGAH SEMUA MANUSIA PENJAJAH DAN PENDATANG BOLEH BERBAHASA MELAYU ( BAHASA IBUNDA ).
7. SETELAH KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN, BAHASA MELAYU DINOBATKAN SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN ( BAHASA RASMI ) DAN TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. HEBAT DAN GAGAHNYA BAHASA IBUNDA YANG SATU. YANG LEBIH MENARIK DAN MEMERANJATKAN TOK NGAH, APABILA TOK NGAH MELAWAT KE TOKYO JEPUN TAHUN 1984, PEMANDU BAN YANG TOK NGAH NAIK, SEDANG MEMBACA SURAT KHABAR UTUSAN MELAYU ( JAWI ). BILA SAYA TANYA, PEMANDU ITU KATA BELIAU PERNAH TINGGAL DI BATU PAHAT JOHOR SELAMA EMPAT TAHUN, DAN SEMPAT BELAJAR BAHASA MELAYU DAN TULISAN JAWI.
8. KESIMPULANNYA, BAHASA KEBANGSAAN ( MELAYU ) BUKANNYA SEBARANG BAHASA. IA MERUPAKAN BAHASA SEBUAH BANGSA YANG BERTAMADUN TINGGI DAN MAJU. DENGAN HAPUSNYA PPSMI, TIDAK BERERTI KITA TIDAK BOLEH MAJU, TIDAK BOLEH MENTADBIR NEGARA ATAU BERSAING DENGAN BANGSA-BANGSA LAIN DI DUNIA. ADA BANYAK JALAN KELUAR YANG BOLEH KITA USAHA. POKOKNYA SIKAP INGIN MAJU DAN USAHA YANG BERTERUSAN PERLU DI PUPUK KEPADA SETIAP ANAK BANGSA. SEBAGAI ORANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM, KITA WAJIB BELAJAR HINGGA KE LIANG LAHAD.
TOK NGAH.