Labels

Tuesday, August 11, 2009

MELAYU OH MELAYU.

TANAH MELAYU, SEMENANJUNG TANAH MELAYU, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, KEPULAUAN MELAYU, KEBUN MELAYU, BANGSA MELAYU, ORANG MELAYU, BAHASA MELAYU, BAJU MELAYU, LAGU MELAYU, ANAK MELAYU DAN PELBAGAI MELAYU LAGI.


SEBAGAI ORANG MELAYU YANG LAHIR DI TANAH MELAYU, BERPERANGAI ORANG MELAYU, DAN KINI MALAYSIA YANG JUGA NEGERI MELAYU, JIKA PERGI MERANTAU KENEGARA ORANG, YANG BUKAN MELAYU. ADAKAH HILANG MELAYU DARI DIRI ANDA? JAWABNYA PASTI TIDAK. " TAKKAN HILANG MELAYU DIDUNIA " KATA HANG TUAH.

SESUNGGUHNYA ORANG MELAYU, BANGSA MELAYU ADA DI MANA-MANA SELURUH DUNIA. DI BENUA EROPAH, AFRIKA, AMERIKA, ASIA DAN SEBAGAINYA. HEBAT DAN GAH BANGSA MELAYU. DI TANAH MELAYU SAHAJA ADA BERMACAM MELAYU, ANATARANYA MELAYU RIAU, MELAYU JAWA, MELAYU BANJAR, MELAYU MENDAHILING, MELAYU RAWA, MELAYU ACHEH DAN SEBAGAINYA. YANG PALING AKHIR AGAKNYA IALAH MELAYU KACUKAN.

MELAYU KACUKAN INI BANYAK TERDAPAT DI MELAKA, P.PINANG, KELANTAN MUNGKIN SEDIKIT DI KEDAH DAN PERAK. MELAYU KACUKAN INI LAHIR DARI PERKAHWINAN CAMPUR ANTARA INDIA DAN MELAYU, CINA DENGAN MELAYU, SIAM DENGAN MELAYU ATAU PORTUGIS DENGAN MELAYU.

PALING KETARA SEKALI KITA BOLEH NAMPAK IALAH DI P.PINANG DAN MELAKA. KEDUA-DUA BUAH NEGERI INI TIDAK BERAJA. ADA YANG DIPERTUA NEGERI ( GABENOR ).

APA YANG TOK NGAH NAK KAITKAN DISINI. IALAH MEREKA SEMUANYA MELAYU. ANAK MELAYU BANGSA MELAYU BERDARAH MELAYU. BIARPUN DI BALING KE LAUT HITAM PUN MEREKA TETAP MELAYU. BERCAKAP MELAYU, MAKAN CARA MELAYU BUAT RUMAH PUN BENTUK RUMAH MELAYU.

APA YANG BERBEZA....? KALAU ADAPUN SEDIKIT, PERANGAI. ITU PUN DISEBABKAN PERGAULAN DENGAN LAIN-LAIN BANGSA, ATAU DAH LAMA TINGGAL DI NEGERI BUKAN MELAYU, BILA BALIK NAMPAK BERUBAH SEDIKIT.

YANG PALING MENYUSAHKAN RAKYAT IALAH MELAYU LAWAN MELAYU, MELAYU GANYANG MELAYU. BAGAIMANA BOLEH TERJADI...? PASTI KERANA NAFSU, DAN HASUTAN. OLEH KERANA DI DORONG OLEH NAFSU SERTA DI HASUT OLEH SHAITAN, KITA BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA, TERMASUKLAH KHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU.

MELAYU OH MELAYU, SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN.
JANGAN DAH TERANTOK BARU NAK TENGADAH. BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI.

TOK NGAH.