Labels

Wednesday, September 16, 2009

APA MALANGNYA PAK PANDIR....

DARI DAHULU HINGGA KINI NASIB PAK PANDIR MASIH MALANG, DI HINA DI PERALAT DAN DIPENGARUHI OLEH KAWAN DAN LAWAN.

TOK NGAH RASA TERPANGGIL UNTUK MENULIS BAB INI, KERANA TERASA PILU TETAPI GERAM DENGAN LAGAK DAN TINDAK DANDUK PAK PANDIR (PAS) YANG GHAIRAH SANGAT MAIN POLITIK SONGSANG. SE DEKAT DUA DEKAT DAHULU, UMNO DI KAFIRKAN KERANA BERKAWAN DENGAN CINA DAN INDIA DALAM BN. AWAL TAHUN INI (2009), AHLI UMNO DAN PENYOKONGNYA TAK BOLEH MASUK SYURGA.

SEMUA FATWA ITU TERUS TERCATAT DALAM LIPATAN PERJUANGAN PAS SAMPAI BILA-BILA.

KELMARIN 15 SEPT. 2009 PAK PANDIR KATA, ORANG MELAYU BOLEH DAN DIGALAKAN MASUK PARTI DAP. BAIK UNTUK JANGKA MASA PANJANG. KERANA DAP HORMAT ISLAM DAN BELA NASIB ORANG MELAYU. CONTOH; LIM GUAN ENG PERNAH MENYAMPAIKAN BANTUAN WANG ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN, MELAYU (ISLAM ) , HEBAT DAN SUNGGUH MENAKJUBKAN.

KETIKA NABI MUHAMAD R.S.W. BERHIJRAH KE MADINAH DARI KOTA MEKAH, RAMAI KAUM KAFIR MEMELUK AGAMA ISLAM, TURUT SAMA BERHIJRAH MALAH TERLIBAT SAMA DALAM BEBERAPA PEPERANGAN MENENTANG TENTERA KAFIR, TERMASUKLAH PERANG BADAR. TETAPI HARI INI ORANG MELAYU ISLAM DIGALAKAN BERSAMA DENGAN KAUM KAFIR DAP DEMI KEBAIKAN PARTI PAS DALAM PAKATAN RAKYAT.

MUDAH-MUDAHAN PAS DAN KUNCUNYA PKR DAPAT MENGISLAMKAN DAP DALAM MASA TERDEKAT. DENGAN ITU UNDANG-UNDANG ISLAM ( HUDUD) BOLEH DI TERIMA OLEH KARPAL SINGH, LIM KIT SIANG, NGA KOO MENG, LIM GUAN ENG DAN LAIN-LAINNYA.

PAS KATA MEREKA BUKAN BONEKA DAP, TIDAK JUGA MENJADI KERBAU TARIK HIDUNG PKR. ALEH-ALEH BILA DAP BUKA PINTU SIKIT, TAK PERLU FIKIR PANJANG, TERUS TERIMA DAN GALAKAN BANGSA SENDIRI JOIN SAMA.

TOK NGAH DOAKAN MEREKA ENJOY.