Labels

Friday, October 30, 2009

MASALAH DI KAMPUNG DAN TAMAN.

DI KAMPUNG DAN TAMAN PERUMAHAN MEMPUNYAI PELBAGAI MASALAH DAN PERLU DI ATASI. SETIAP ADUAN DIBUAT SEHARUSNYA MENDAPAT TINDAKAN DARI YANG BERWAJIB.

TOK NGAH INGIN MEMBANGKITKAN BEBERAPA PERSOALAN MENGENAI MASALAH YANG TERDAPAT DALAM KAMPUNG ATAU PUN DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN. SAMA ADA DALAM BANDAR MAHU PUN DILUAR BANDAR. SEHUBUNG DENGAN ITU ADALAH DI HARAPKAN SUPAYA PAK NGAH DI FM PERAK, BOLEH MENGAMBIL INISIATIF ATAU MEMBERI PENJELASAN YANG SEWAJARNYA.

SEBAHAGIAN KAMPUNG DAN TAMAN PERUMAHAN MEMPUNYAI KETUA KAMPUNG ATAU KETUA MASYARAKAT. MASJID, SURAU DAN DEWAN ORANG RAMAI JUGA ADA, DAN DITADBIR DENGAN BAIK. AGAK MALANG SEDIKIT PERAK TELAH DIPERINTAH OLEH PAKATAN PEMBANGKANG SELAMA SEBELAS BULAN KEADAAN MENJADI KUCAR KACIR. JAWATANKUASA MASJID DAN JKKK BERUBAH. KINI KEADAAN BERUBAH LAGI SETELAH BN KEMBALI MEMERINTAH PERAK.

APA YANG MENJADI PERSOALAN, SEBAHAGIAN BESAR KETUA KAMPUNG ATAU PENGERUSI JKKK YANG LAMA KEMBALI MENERAJUI KAMPUNG, WALAU PUN TELAH LANJUT USIA. BUKAN ITU SAHAJA, ADA DIANTARA MEREKA YANG TIDAK DISENANGI OLEH MASYARAKAT KAMPUNG TETAPI MASIH LAGI DI LANTIK SEMULA, MALAH MASIH JUGA JADI KETUA CAWANGAN DAN KETUA MASYARAKAT. ORANG KAMPUNG TERPAKSA TERIMA DAN TIDAK MAHU MEMBANTAH.

DENGAN HAL YANG DEMIKIAN KAMPUNG BERKENAAN NAMPAK MURAM DAN TIDAK ADA KEGIATAN, JIKA ADA PUN KURANG SAMBUTAN. MASJID DAN SUARAU MENJADI TUMPUAN SEPANJANG BULAN PUASA YANG LALU, KETUA KAMPUNG ATAU KETUA MASYARAKAT TIDAK MENUNJUKAN MUKA.

DALAM PADA ITU TIMBUL PULA PEREBUTAN UNTUK MENJADI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU. APA YANG MENJADI KEMUSYKILAN IALAH DALAM BULAN JULAI 2009 YANG LALU, ADA ARAHAN DI KELUARKAN SUPAYA SENARAI JAWATANKUASA MASJID YANG BARU HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT AGAMA DAERAH MELALUI PENGHULU DAN OBJ. DENGAN TIDAK ADA PERBINCANGAN ATAU RUJUKAN DIBUAT DENGAN PENGERUSI ATAU JAWATANKUASA YANG LAMA, KETUA KAMPUNG TELAH MENGHANTAR SENARAI JAWATANKUASA MASJID YANG BARU SEPERTI YANG DIARAHKAN.

ANDAINYA SENARAI YANG DI HANTAR ITU DITERIMA DAN DIISTIHARKAN, PASTI MENIMBULKAN PERBALAHAN YANG BERPANJANGAN. SEBELUM TERJADI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI, ELOKLAH JABATAN AGAM ISLAM PERAK BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID, MEMANGGIL SEMUA PENGERUSI ATAU JAWATANKUASA YANG SEDIA ADA UNTUK MEMBERI TAKLIMAT ATAU BERMUZAKARAH.

TOK NGAH.