Labels

Monday, October 19, 2009

ORANG MEMBERI KITA MERASA.

"ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA." PEPATAH MELAYU LAMA INI MUDAH DIFAHAM DAN MUNGKIN SUSAH UNTUK DILAKSANAKAN.

PINTU YANG DI DIBUKA LUAS OLEH MENTERI BESAR PERAK, YAB. DATO' SRI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR SESUNGGUHNYA MENGEMBIRAKAN SEMUA PIHAK DAN HARUS DIBERI PUJIAN. PUN BEGITU ADALAH MENJADI HARAPAN BAHAWA PELUANG YANG DI BERI ITU TIDAK DIJADIKAN ALASAN OLEH PIHAK PELAKSANAAN SEBAGAI BEBAN.

SUDAH ADA YANG BERSUARA KONON SIKAP KETERBUKAAN YAB MENTERI BESAR PERAK ITU SEBAGAI RITORIK ATAU OMONG KOSONG. APA YANG PERLU IALAH KERJASAMA PELBAGAI PIHAK DAN PERINGKAT KEPIMPINAN. BERMULA DARI PEMBANTU AM HINGGALAH PEGAWAI YANG BERTARAF JUNSA SEHARUSNYA MENGHAYATI SERTA MENYAMBUT BAIK SIKAP YANG DITONJOL OLEH YAB ITU.

RAKYAT JELATA MEMANG MENCARI DAN MENANTI BILA DAN DIMANA PEMIMPIN AKAN TURUN PADANG. SEPERTI KATA PEPATAH PUCUK DICITA ULAM MENDATANG. DARI SEKECIL-KECIL MASALAH HINGGALAH SEBESAR DAN SERUMIT MASALAH, PERMOHONAN DAN KESULITAN AKAN DI AJUKAN. ANDAINYA INI BERLAKU, PIHAK YANG BERKAITAN ATAU PEGAWAI-PEGAWAI PELAKSANA
PASTI AKAN BERHEMPAS PULAS MELAKSANAKAN TUGAS MASING-MASING.

KEMANTAPAN DAN KECEKAPAN PELAKSANAAN SEMUA PERMOHONAN ATAU MASALAH YANG DIKEMUKAKAN, MENDAPAT PERHATIAN MALAH MENGHASILKAN DALAM MASA YANG CEPAT. JIKA KEADAAN INI BOLEH DILAKSANAKAN, INSYAALAH KERAJAAN PERAK (BN) YANG DITERAJUI OLEH UMNO AKAN MENDAPAT TEMPAT DAN KEPERCAYAAN DISETIAP HATI RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN.

SESUNGGUHNYA TELAH MENJADI LUMRAH, MANUSIA TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG MEREKA PEROLEHI. ANDAINYA PELUANG PERTAMA TELAH DIBERI, PELUANG KEDUA AKAN DIKEMUKAN UNTUK KESEKIAN KALINYA. OLEH YANG DEMIKIAN TOK NGAH INGIN MENASIHATKAN SEMUA PIHAK AGAR BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PERUBAHAN YANG BERLAKU DAN AKAN DILAKUKAN. RAKYAT JELATA DI SELURUH PELUSUK TANAH AIR SENTIASA MENAGIH DAN MENCARI HAK MEREKA. DENGAN APA CARA SEKALIPUN, DENGAN TIDAK MELANGGAR PERATURAN, TUNAIKAN SEGERA RUNGUTAN DAN PERMASALAHAN RAKYAT DENGAN CEKAP DAN SEGERA.

JANGAN BIARKAN MASALAH MENJADI MASALAH, CARI JALAN MENGATASINYA SEBELUM MASALAH YANG LAIN DATANG. ANDAINYA MASALAH ATAU PERMOHONAN TAHUN LALU MASIH BELUM DI ATASI, PERMINTAAN BARU PULA TIBA, PASTI AKAN MENDAPAT CEMUHAN DAN CACIAN DARI MEREKA YANG BERMASALAH.

TOK NGAH.