Labels

Thursday, November 12, 2009

PBPM PERAK TIDAK ADA MASALAH.

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA PERAK, YANG DIKATAKAN DILANDA KEMELUT KEPIMPINAN SEPERTI YANG TERSIAR DALAM SINAR HARIAN 12 NOVEMBER 2009 YANG LALU HANYALAH ANDAIAN SAHAJA.

SEBENARNYA YANG BERMASALAH IALAH DI PERINGKAT PUSAT, BUKAN DI PERAK. APA YANG DIBANGKITKAN OLEH MAT ALANG IBRAHIM ADALAH TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. DI PERAK MEMPUNAYI 16 CAWANGAN DI MANA TUAN HJ. MUTALIB BIN HAKIM MENJADI PENGERUSI MANAKALA HJH. ZALEHA RABIT TIMBALANYA. OLEH KERANA HJ. TALIB MELETAK JAWATAN ATAS ALASAN KESIHATAN TIDAK MENGIZINKAN DAN BERPIHAK KEPADA OSMAN SALLEH, MAKA HJH. ZALEHA SEWAJARNYA MEMANGKU JAWATAN TERSEBUT.

MAT ALANG DAN KUNCU-KUNCUNYA ADALAH MEREKA YANG GILA JAWATAN, DAN MEREKA MELANTIK ANTARA MEREKA SESAMA SENDIRI DI HOTEL MAJISTIK BEBERAPA BULAN YANG LALU DAN DIHADIRI BEBERAPA JAWATANKUASA DARI K.L. HANYA 3 DARI 16 CAWANGAN YANG HADIR DALAM PERTEMUAN TERSEBUT. DENGAN ITU MEREKA TIDAK ADA MANDAT, HANYA INGIN MENGACAU DAN GILA JAWATAN. BUAT KERJA PUN DAH TAK BERDAYA KENAPA MASIH LAGI INGIN MENDABEK DADA HENDAKAN JAWATAN ITU DAN INI?

SAYA SELAKU KETUA PENERANGAN PBPM NEGERI PERAK, DENGAN INI MENEGASKAN BAHAWA KOMPULAN OSMAN SALLEH, MAT ALANG DAN AZIZ ALAM DIN SEHARUS INSAF DAN MUHASABAH DIRI. BALIKLAH KEPANGKAL JALAN, KITA HORMATI KEPUTUSAN MAJORITI. JAGALAH AHLI-AHLI DI CAWANGA MASING-MASING YANG KINI HAMPIR LIMA TAHUN TIDAK DAPAT PERHATIAN SEWAJARNYA, DI SEBABKAN PEREBUTAN JAWATAN DI PRTINGKAT PUSAT.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU ADALAH DI HARAPKAN PIHAK ROS NEGERI PERAK, DAPAT MEMBERI PENJELASAN SIAPA YANG SEBENARNYA PEMIMPIN PBPM NEGERI PERAK YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

MOHD WADZIR BIN ABDUL BAHARI AHLI N0. A000014 - KETUA PENERANGAN PBPM NEGERI PERAK.