Labels

Monday, November 9, 2009

PENYAMPAIAN SIJIL TADIKA SERUAN ISLAM

IPOH;8 NOVEMBER 2009, PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM NEGERI PERAK, TELAH MENGANJURKAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PEMENTASA TADIKA SERUAN ISLAM, YANG BERMULA PADA JAM 2.30 PETANG.

MAJLIS TELAH BERLANSUNG DI DEWAN TUN ABDUL RAZAK DI KOMPLEK PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM, JALAN SERUAN IPOH. Y.A.BHG. DATIN SERI SARIPAH BINTI ZULKIFLI, ISTERI KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK TELAH SUDI MERASMIKAN MAJLIS SERTA MENYAMPAIKAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA MURID-MURID DAN GURU TADIKAN TERSEBUT.

DALAM UCAPANYA; Y.A. BHG. PUAN SERI SARIPAH MENEGASKAN BAHAWA PROGARAM SERUPA INI WALAU PUN PADA SESETENGAH ORANG DIPANDANG REMEH, TETAPI BAGI DIRINYA INI ADALAH SATU MAJLIS YANG SUNGGUH PENTING DAN HARUS DILAKSANAKAN DENGAN BAIK DAN PROFESIONAL.

BUKAN MUDAH UNTUK MENGANJURKAN MAJLIS YANG DISERTAI OLEH KANAK-KANAK YANG BERUSIA ANTARA 4 HINGGA 6 TAHUN. KITA SEBAGAI IBU BAPA PERLU BERSABAR DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MELAYAN KARENAH ANAK-ANAK YANG BERBAGAI RAGAM. "MAJLIS INI MERUPAKAN SATU KENANGAN MANIS YANG TAK DAPAT KITA LUPAKAN, KERANA KITA SENDIRI MELIHAT BAGAIMANA ANAK-ANAK KITA MEMBUAT PERSEMBAHAN.

SEHARI SEBELUM ITU TADIKA SALAWA DAN TASKI PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM (PSIP) TELAH MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN DI PADANG PSIP. YDH. TOH PADUKA DATO' HAJI ZUBAIRI BIN TAJUDDIN, SELAKU PENASIHAT PSIP TELAH HADIR MERASMIKAN SUKAN TAHUNAN TERSEBUIT.

MENURUT PENGERUSI LEMBAGA PENGURUS TADIKA DAN TASKI PSIP TUAN HJ. ABDULLAH BIN MUHAMMAD, SUKAN TAHUNAN INI DI ANJURKAN BERTUJUAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA IBU BAPA DENGAN GURU-GURU DAN PARA PEGAWAI PENGURUS TADIKA, DISAMPING MENILAI DAN MENGHARGAI KEMAMPUAN ANAK-ANAK YANG DI ASUH DI TADIKA DAN TASKI PSIP INI.

TEGASNYA LAGI; "DENGAN KEHADIRAN BEGITU RAMAI IBU BAPA DAN ORANG RAMAI PADA HARI SUKAN TAHUNAN PISP INI, ADALAH MERUPAKAN SUNTIKAN SEMANGAT BAGI LEMBAGA PENGURUS DAN GURU-GURU TADIKA/TASKI MENINGKATKAN PRESTASI YANG SELAMA INI DI JAGA DENGAN BAIK. SOKONGAN DAN GALAKAN DARI IBU BAPA, MAKA SUKAN TAHUNAN INI DAPAT DITERUSKAN PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG."

ANTARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN IALAH MEMUNGUT BOLA BAGI KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN, LELAKI DAN PEREMPUAN, LARI 75 MITER BERUSIA 5 TAHUN LELAKI DAN PEREMPUAN, TARIK TALI ANTARA RUMAH LELAKI DAN MERANGKAK DALAM GELUNG BERPASUKAN PEREMPUAN. HADIAH TELAH DI SAMPAIKAN SENDIRI OLEH TUAN HJ. ABDULLAH BIN MUHAMMAD.

TOK NGAH.