Labels

Tuesday, December 1, 2009

BUDI BAHASA AMALAN KITA, MEREKA APA?

ORANG MELAYU KHASNYA BEGITU TINGGI BUDI PEKERTINYA, LEMAH LEMBUT TINGKAH LAKUNYA, MALAH LEBIH BERAKHLAK DENGAN BIMBINGAN AGAMA ISLAM YANG DI ANUTI SEJAK ZAMAN PARAMISUWARA LAGI.

DEMIKIAN JUGA DENGAN PARTI ( PEKEMBAR) ATAU UMNO YANG DIDUKUNG OLEH ORANG MELAYU PENUH DENGAN SEMANGAT MELAYU SEJATI. SEJAK TAHUN 1946, PARTI ITU TIDAK PERNAH BIADAP MAHU PUN MENDERHAKA. PEMIMPINNYA SILIH BERGANTI TERUS MENERAJUI PEMERINTAHAN NEGARA DALAM BARISAN NASIONAL (BN). SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA ORANG MELAYU BOLEH DAN MAMPU BERSAING DENGAN BANGSA-BANGSA DI DUNIA.

DENGAN SIKAP DAN AMALAN YANG BERPAKSIKAN BUDI BAHASA, HORMAT MENGHORMATI, MALAYSIA YANG KINI TERSOHOR DIANTERO DUNIA DENGAN KEPESATAN PEMBANGUNAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA SELURUH RAKYAT, DI DESA DAN DI KOTA.

DALAM SUASANA HARMONI DAN AMAN INI, ADA JUA INSAN YANG DUNGU, BENAK PENUH DENGAN HASAD DENGKI, CUBA HENDAK MERUNTUH JAHANAMKAN TEMBOK PEKERTI DAN AMALAN YANG BAIK KEPADA KEMUSNAHAN DAN KEHANCURAN.

MEREKA CUBA UNTUK MENARIK PERHATIAN RAKYAT ATAU KELUMPUK YANG MEREKA PENGARUHI, SUPAYA BANGKIT DAN BUAT KECOH HINGGA HASRAT DAN CITA-CITA PEMIMPIN MEREKA BERJAYA MENAIKI TAKHTA PEMERINTAH DENGAN CARA YANG BIADAP DAN TIDAK SOPAN.

DEMIKIANLAH GELAGAT DAN TINGKAH LAKU PEMBANGKANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA, SAMA RATA SAMA RASA YANG DI TERAJUI OLEH PAS, DAP DAN PKR.

PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA KINI SEDANG SAKIT DAN TENAT UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BONEKA YAHUDI DAN KOMUNIS BAGI MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN). DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MELANCARKAN PROBOKASI SUPAYA PEMIMPIN (BN) UMNO KHASNYA, MARAH DAN BANGKIT MENGAMBIL TINDAK BALAS YANG SERUPA.

DENGAN PENGALAMAN DAN KEPIMPINAN YANG MANTAP DAN BIJAK, KERAJAAN (BN) YANG DIPIMPIN OLEH UMNO, TIDAK MUDAH LATAH DAN TERMAKAN DENGAN DAKYAH PEMBANGKANG YANG DUNGU DAN JUMUD ITU.

SIKAP KETERLALUAN DAN BIADAP YANG DIPAMERKAN OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG KEBELAKANGAN INI, JELAS MENUNJUKAN MEREKA AMAT TERTEKAN DAN TERDESAK UNTUK MERAMPAS TAKHTA PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA, MENJELANG PRU YANG KE-13 KELAK.

TOK NGAH DAN RAKAN-RAKAN DALAM VETERAN UMNO, SENANTIASA MEMANTAU DAN MENDOAKAN SUPAYA UMNO DAN PARA PEMIMPINYA BERADA DALAM KEADAAN TENANG DAN BERANI MENEMPUH SEGALA CUBAAN DAN CABARAN YANG DI REKA OLEH PEMBANGKANG ITU.

RAKYAT MALAYSIA YANG HIDUP DALAM SUASANA HARMONI DAN AMAN, TETAP DENGAN PEMIKIRAN YANG TENANG DAN BERHATI-HATI DENGAN TEKTIK PEMBANGKANG YANG HAKAP SERTA BIADAP ITU. BIARKAN MEREKA DENGAN TINGKAH LAKU TIDAK BERMORAL ITU MELONJAK DAN MERONTA, UNTUK MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT JELATA. KEPUTUSAN ADALAH DI TANGAN ANDA SEMUA, SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN ANDA?

ANDAINYA SESAMA MANUISA SUDAH TIDAK ADA SIFAT HORMAT DAN MENGHORMATI, PASTI PERKARA TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. DEMIKIAN JUGA DENGAN MEMIJAK GAMBAR SESAMA MANUSIA, MENDOA SESAMA ISLAM SUPAYA BINASA....? AKIBATNYA KITA SEMUA AKAN MENERIMA PADAHNYA, TERMASUKLAH MEREKA YANG MELAKUKAN PERKARA TERHINA ITU.

SEKALI LAGI TOK NGAH MENDOAKAN AGAR PEMIMPIN (BN) KHASNYA AHLI UMNO, TERUSKAN PERJUANGAN. KITA PERLU CEKAL DAN BERANI BERHADAPAN DENGAN SEGALA RUPA KARENAH RAKYAT YANG TIDAK BERPUAS HATI.

TOK NGAH.