Labels

Saturday, December 26, 2009

TAHUN BARU AZAM BARU

SETELAH UMAT ISLAM MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431, RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AKAN MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2010. JUSTERU BANYAKLAH MANUSIA BERAZAM DAN BERILTIZAM.

SETIAP KALI TAHUN BARU MENJELANG, SETIAP ITULAH MANUSIA MEMBUAT JAMJI ATAU AZAM UNTUK MEMPERBAIKI DIRI DAN SEBAGAINYA. TAHUN 2010 JUGA TIDAK KETINGGALAN MENERIMA PELBAGAI JANJI DAN AZAM, MOGA-MOGA ALLAH AKAN MAKBULKAN SEMUA HAJAT DAN CITA-CITA YANG DIIDAMKAN ITU.

PARA PEMIMPIN KITA MENGGALAKAN AGAR TAHUN 2010 AKAN LEBIH BERJAYA MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM. SEMANGAT MUHIBAH YANG SEDIA ADA DAPAT DIPERTAHANKAN SERTA DIPERKEMASKAN LAGI. SEMUA ITU MEMERLUKAN PENGLIBATAN PERASAAN CINTAKAN BANGSA, NEGARA DAN AGAMA. BIAR APA PUN YANG MELANDA ATAU ADA PULA YANG CUBA MEMBANGKITKAN RASA TIDAK PUAS HATI DI KALANGAN RAKYAT YANG BERBILANG KAUM, AZAM DAN ILTIZAM KITA SENDIRI MENJADI BENTENG. SEPERTI GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI MENJADI ARANG.

SEBAGAI RAKYAT YANG CINTAKAN NEGARA DAN BANGSNYA, PASTI IA AKAN CINTA DAN MENGAMALKAN AJARAN YANG DISURUH OLEH AGAMA. INILAH YANG DIKATAKAN INTEGRITI ATAU MANUSIA YANG BERTAMADUN SERTA BERJAYA. WAIMA IA SEORANG NELAYAN, EKSIKUTIF ATAU PEMIMPIN NEGARA.

10 MUHARRAM MERUPAKAN HARI YANG PENUH MERMAKNA DAN DINANTI-NANTIKAN OLEH ORANG ISLAM. KERANA ADA BANYAK RAHMAT SERTA NIKMAT YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA HAMBNYA. MASAK BUBUR ASYURA, PUASA SUNAT, MEMBANTU ANAK YATIM, SEMBAHYANG SUNAT DUA ROKAAT, JALIN SILATURRAHIM, BACA AL IKHLAS 1000 KALI DAN LAIN-LAIN.

DALAM KONTEK HUBUNGAN ANTARA BERBILANG KAUM DAN AGAMA DI NEGARA KITA, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKAL SERTA MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA KITA SESAMA KITA. BIARKAN FAHAMAN POLITIK ITU BERLAINAN, NAMUN SEBAGAI RAKYAT YANG CINTA DAN SAYANGKAN NEGARA, TIDAK SEHARUSNYA BERPECAH ATAU BERPUAK-PUAK.

SIKAP JUMUT DAN TAKSUB KEPADA SESEORANG BUKANNYA CARA YANG TERBAIK ATAU MENDAPAT PERKENAN DARI ALLAH S.W.T. KEIKHLASAN SERTA KEJUJURAN SESEORANG ITU PASTI MENDAPAT GANJARAN. BUKAN HARI INI ATAU BESOK, TETAPI PASTI IA DATANG. JANJI ALLAH TIDAK PERNAH MELESET.

KEHARMONIAN DAN KEMEWAHAN YANG TERDAPAT DI NEGARA KITA MALAYSIA, WAJIB DIPERTAHANKAN. JANGAN ADA YANG CUBA HENDAK MENYELEWENG, KERANA BURUK AKIBATNYA. SETIAP DARI KITA, PERLU MEMELIHARA SERTA MENINGKATKAN HUBUNGAN MUHIBAH ANTARA KAUM.

AZAM SERTA ILTIZAM TAHUN BARU 2010M DAN 1431H. SEHARUSNYA DIJADIKAN JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM DAN RAKYAT DI NEGARA INI. TIDAK KIRA APA FAHAMAN POITIK, TUGAS KITA IALAH UNTUK MEMAJUKAN NEGARA, MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT, MEMBUKA MINDA SELARAS DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA.

TOK NGAH.