Labels

Wednesday, February 3, 2010

KU LI TERSASUL...

SAYANG SERIBU KALI SAYANG, BANYAK ORANG MABUK BUAH KEPAYANG. KENAPA DAN MENGAPA JADI DEMIKIAN SENDIRI YANG TAHU. ADA MABUK KUASA ADA JUGA YANG MABUH BERCAKAP.

CAKAP PUNYA CAKAP, LANSUNG TERPERANGKAP. BEGITULAH JUGA DENGAN MANTAN MENTERI KEWANGAN KITA YBM TENGKU GHAZALEIGH HAMZAH, AHLI PARLEMAN GUA MUSANG. TIDAK SIAPA BOLEH MENAFIKAN JASA DAN KEHEBATAN BELIAU MEMPERTAHANKAN KERUSI PARLEMAN GUA MUSANG DARI DULU HINGGA SEKARANG. PARTI PEMBANGKANG KHASNYA PAS, TO' LEH NAK BAUK GAPO.

RUPA-RUPANYA AHLI POLITIK BOLEH BERLAKU PELBAGAI CARA UNTUK KEKAL LAMA DUDUK DI KERUSI YANG SAMA. BIAR RAKYAT KECEWA TAK DAPAT APA APA, PEMIMPIN MISTI BIJAK MENARI MENGIKUT GENDANG SEKALIPUN DI PENTAS YANG SENGET. PERBALAHAN PENDAPAT MENGENAI HASIL MINYAK DILUAR PESISIR NEGERI KELANTAN, YANG HANYA MENGAITKAN ISTILAH ROYALTY DENGAN IHSAN. WANG TETAP WANG YANG SAMA. TUJUAN JUGA SAMA UNTUK RAKYAT DAN NEGERI KELANTAN.

TUN MAHATHIR KATA CARA KU LI BUAT ITU TIDAK BOLEH DITERIMA. ITU JELAS DAN TEPAT SEKALI. TETAPI OLEH KERAN KU LI YANG KITA TAHU, MEMANG HANDAL MENUNGKAH ARUS. SEKEJAP SEBELAH SINI SEKEJAP LARI KESEBELAH SANA DAN PATAH BALIK KESINI. LAWAN TETAP LAWAN, CAKAP TETAP CAKAP. RAKYAT DAN ORANG BIJAK PANDAI BOLEH BUAT PENILAIAN SEWAJARNYA. KATA PEPATAH LAMA ORANG MELAYU KALAU DAH JADI "QURAN BURUK AGAK SUKAR UNTUK DI JAGA".

APA PUN KITA HARAP KERAJAAN BN DAN UMNO HARUS BIJAK MENANGANI KEMELUT YANG TELAH DAN AKAN BERLAKU. GUNAKANLAH KEBIJAKSANAAN DAN KEPAKARAN YANG ADA UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DI HADAPI.

WANG IHSAN ATAU ROYALTY, SAMA SAHAJA WANG JUGA. PADA PANDANGAN TOK NGAH, WANG TERSEBUT DIBERI DENGAN BENTUK SAHAM ASN ATAU ASB ATAU APA-APA NAMA KEPADA SETIAP RAKYAT KELANTAN YANG BERUSIA 18 TAHUN KEATAS LIMA RIBU RINGGIT (RM5,000.00) SELEBIHNYA BUAT PEMBANGUNAN. TAHUN YANG KEDUA MEREKA YANG BERUSIA 18 TAHUN DI BERI SAMA DAN SELEBIHNYA BUAT PEMBANGUNAN. BEGITULAH SETERUSNYA.

INILAH CARANYA JIKA KONSEP 1 MALAYSIA HENDAK DI LAKSANAKAN. RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

TOK NGAH.