Labels

Wednesday, February 10, 2010

UMNO & BN BERTUGAS PR BERI KERJASAMA

SETELAH KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI KETAHUI UMUM, BAHAWA DR ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH, SESUNGGUHNYA MEMBERI KEMENANGAN KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

WALAU PUN ADA BERBEZA PENDAPAT DAN PANDANGAN ITU SEMUA TIDAK PENTING DAN PERLU DI LONTAR JAUH-JAUH SUPAYA FIKIRAN KITA TIDAK KELIRU ATAU TERTEKAN. YANG PENTING SEKARANG IALAH SEMUA RAKYAT NEGERI PERAK TIDAK KIRA APA BANGSA, AGAMA ATAU FAHAMAN POLITIK BERSATU DAN BEKERJASAMA DEMI MASA HADAPAN NEGERI DAN ANAK CUCU KITA.

UMNO ATAU BN BUKAN SAHAJA PENERAJU KERAJAAN, MALAH MEREKA DIBERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT BERAT. PUN BEGITU PIHAK PEMBANGKANG (PR) SEHARUSNYA MUHASABAH DIRI DAN MEMBUKA MINDA BERFIKIR DENGAN JUJUR DAN IKHLAS, APAKAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG WAKIL RAKYAT. ANDAINYA MEREKA TURUT SERTA BERGANDING BAHU MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN, PASTI NEGERI PERAK MENCAPAI MATLAMAT SEBAGAI NEGERI MAJU PADA 2015, MUNGKIN LEBIH AWAL.

YAB. DR. ZAMBRI ATAU YB. IR. MOHD NIZAR TIDAK PENTING, YANG PENTING IALAH PROGARAM PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT DAN NEGERI. KERJASAMA DARI SEMUA WAKIL RAKYAT, PEGAWAI KERAJAAN DAN SWASTA ADALAH NADI UTAMA BAGI SESEBUAH KERAJAAN YANG MANTAP. KEPADA PIHAK PEMBANGKANG (PR) SAYA INGIN INGATKAN KATA PEPATAH MELAYU LAMA " TIDAKKAN HILANG BISANYA, JIKA ULAR MENYUSUP AKAR"

TAKDIR YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH, SEWAJARNYA KITA TERIMA DENGAN SUCI HATI DAN DADA YANG LAPANG. KINI BUKAN LAGI MASANYA UNTUK KITA MENYANYI DAN MENARI DENGAN NADA YANG SUMBANG. SEMANGAT SERTA AZAM PEMIMPIN ATAU WAKIL RAKYAT HARUS DIAPLIKASIKAN DENGAN JUJUR DAN TELUS. SENGKETA ATAU PERBALAHAN SEPATUTNYA SUDAH LAMA DI MAKAMKAN DEMI RAKYAT DAN NEGERI YANG KITA KASIHI.

MASIH RAMAI DAN TERLALU BANYAK MASALAH RAKYAT YANG MEMERLUKAN PEMBELAAN DARI PARA PEMIMPIN, ADUN DAN WAKIL RAKYAT. TINJAU DAN LIHATLAH SENDIRI MASALAH YANG PERLU DI ATASI, ATAU KEPERLUAN YANG HARUS DI BERI KEPADA RAKYAT DI KAWASAN MASING-MASING. DENGAN TINDAKAN SECARA TERUS SERTA PANTAS, PASTI SEMUA MASALAH DAPAT DI SELESAIKAN DENGAN MUDAH.

RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN. SELOGAN INI AMAT TEPAT DAN SINONIM DENGAN IKLIM DAN KEADAAN NEGERI PERAK SEKARANG.

TOK NGAH.