Labels

Sunday, March 21, 2010

PESARA POLIS PERLUKAN BIMBINGAN.

SELURUH ANGGOTA PDRM MAMPU TERSENYUM LEBAR DENGAN PENGUMUMAN SKIM DAN GAJI BARU, YANG DI UMUMKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI HARI INI. CADANGAN JUGA DI BUAT BAGI MENAIKAN ELAUN SEWA RUMAH DAN ELAUN PERJALANAN DARI RUMAH KE TEMPAT KERJA.

TOK NGAH TUMPANG BANGGA DAN GEMBIRA DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT. KERAJAN DAN KEPIMPINAN PASUKAN BEGUITU PRIHATIN DAN MENGAMBIL BERAT TENTANG NASIB PEGAWAI SERTA ANGGOTA PDRM YANG SEDIA BERKHIDMAT UNTUK NEGERI DAN RAKYAT. DI SAMPING ITU BERITA BAIK JUGA TELAH DIUMUMKAN OLEH Y.DH. TAN SERI KETUA POLIS NEGARA, BAHAWA PENAMBAHAN PEGAWAI PENYIASAT (IO) DAN PENOLONG PEGAWAI PENYASAT (AIO) BAGI MENGATASI BEBANAN KERJA.

APA YANG DIHARAPKAN, ADALAH DENGAN PERUBAHAN SERTA PENAMBAH BAIKAN YANG DIUMUMKAN ITU, TUGAS SERTA TANGGUNGJAWAB ANGGOTA AKAN BERTAMBAH CEKAP DAN CEMERLANG.

WALAUPUN TOK NGAH SUDAH BERSARA 17 TAHUN, TETAPI HATI DAN PERASAAN MASIH LAGI BERKOBAR-KOBAR UNTUK MELIHAT PDRM LEBIH BAIK DAN MAJU DALM SEMUA ASPEK. PUN BEGITU, SEBAGAI SEORANG PESARA, APALAH KIRANYA KERAJAAN DAN PASUKAN MEMIKIRKAN SESUATU YANG MUNASABAH DAN RELAVAN UNTUK DIBERI KEPADA PESARA DAN BAKAL PESARA POLIS.

SEBAGAIMANA KITA SEDIA MAKLUM, SESEORANG ANGGOTA SETELAH BERSARA, MEREKA TERUS PUTUS HUBUNGAN DENGAN PASUKAN. SEGALA KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN ADALAH TANGGUNG SENDIRI TIDAK ADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI. MEREKA HANYA MENERIMA PECEN SETIAP BULAN DAN RAWATAN HOSPITAL PERCUMA.

TIDAK SIAPA BOLEH MENAFIKAN ADA DIANTARA PESARA POLIS YANG TIDAK MEMILIKI RUMAH SENDIRI SETELAH BERSARA. ANAK-ANAK MASIH BERSEKOLAH, PENDAPATAN TINGGAL SEPAROH, MAHU TAK MAHU TERPAKSA BEKERJA SEBAGAI JAGA ATAU PEGAWAI KESELAMATAN. SAKIT DEMAM, MALAH MASUK HOSPITAL PUN TIDAK ADA PEGAWAI ATAU ANGGOTA DARI PASUKAN YANG AMBIL TAHU. BEGITULAH NASIB SEORANG PESARA POLIS.

KEBAJIKAN MEREKA AKAN TERBELA APAKALA MEREKA MENYERTAI PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA (PBPM). MALANGNYA BUKAN SEMUA MENGETAHUI DAN MINAT UNTUK MENJADI AHLI. OLEH YANG DEMIKIAN ADALAH MENJADI HASRAT DAN HARAPAN TOK NGAH, AGAR PASUKAN DENGAN BANTUAN KERAJAAN YANG PRIHATIN, SUPAYA DIWUJUDKAN SATU 'SKIM LATIHAN SEBELUM BERSARA' KEPADA BAKAL-BAKAL PESARA PDRM.

BUKAN MUDAH SEORANG ANGGOTA POLIS YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 25 HINGGA 30 TAHUN, UNTUK BERGAUL DENGAN ORANG AWAM. LEBIH BERAT LAGI HENDAK MENJADI ORANG AWAM SEMULA. DENGAN ITU MEREKA PERLU DI BIMBING UNTUK MENERUSKAN HIDUP SEBAGAI MASYARAKAT BIASA, YANG TIDAK LAGI MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM POLIS.

TOK NGAH.