Labels

Monday, April 12, 2010

PERANGAI TAK MACAM MELAYU.

SINAR HARIAN 12 APRIL 2010 YANG LALU, CHOR MENULIS TENTANG PERANGAI ORANG MELAYU TAK SEPERTI ORANG MELAYU. SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDASNYA.

TOK NGAH JUGA TERFIKIR BEGITU, TETAPI RASANYA BUKAN SEMUA KOT. MELAYU ADA DUA ZAMAN, ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN MELAYU PASCA MERDEKA. KALAU KITA NAK CERITA PASAL PERANGAI ORANG MELAYU, MUNGKIN BUKU SETEBAL 300 MUKA TIDAK CUKUP RUANG. TUN MAHATHIR SENDIRI PUN MATI AKAL DENGAN PERANGAI ORANG MELAYU.

DALAM PERKARA INI KITA TIDAK BOLEH MENUDING JARI KEPADA SESIAPA. SEPERTI PEPATAH MELAYU LAMA, LUDAH KE LANGIT TIMPA KE MUKA SENDIRI. OLEH ITU ADA BAIKNYA ORANG MELAYU YANG HIDUP SEBELUM MERDEKA, TUNJUKAN CONTOH KEPADA MELAYU YANG LAHIR SELEPAS MERDEKA. WUJUDKAN "IDOLA MELAYU".

AHLI PEMIKIR DAN ULAMAK SERTA BIJAK PANDAI, SEHARUSNYA MEMBUAT KAJIAN DAN CADANGAN UNTUK DI WUJUDKAN SEBUAH INSTITUT MENDIDIK DAN MEMANTAPKAN PERANGAI ORANG MELAYU.

TOK NGAH.