Labels

Sunday, April 18, 2010

ZAID IBRAHIM SILAP LANGKAH.

DALAM KEADAAN YANG KUCAR KACIR DAN TIDAK TENTERAM, KALAU KITA MASUK CAMPUR, ATAU CUBA HENDAK MENJADI PENYELAMAT, HARUS BIJAK DAN BERHATI-HATI. SILAP LANGKAH, KENA TENDANG KECUNDANG.

DEMIKIANLAH DENGAN NASIB DATUK ZAID IBRAHIM. BELIAU MASUK GELANGGANG KETIKA PKR DALAM KEADAAN KUCAR KACIR DAN SAKIT TENAT. BELIAU SEOLAH-OLAH MENJADI ZORO UNTUK MENYELAMATKAN PKR DARI KEMELUT. DARI KACA MATA TOK NGAH, ZAID TELAH MEMBUAT SATU KEPUTUSAN YANG SILAP DAN SALAH LANGKAH.

PENGUNDI-PENGUNDI DI HULU SELANGOR KHASNYA, MALAH PADA KESELURUHANYA, MEREKA SUDAH BIJAK DAN BOLEH MENILAI SIAPAKAH PEMIMPIN YANG HARUS MEREKA PILIH. MEREKA TIDAK LAGI MUDAH UNTUK DI GULA-GULAKAN DENGAN JANJI DAN PEMBERIAN SEPONTAN SEMASA KEMPEN PILIHAN RAYA BERJALAN. KEKAYAAN YANG ADA PADA SESEORANG TIDAK MENJAMIN BAHAWA KITA SEORANG PEMIMPIN YANG BERJAYA DAN BOLEH MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK.

BERBANDING DENGAN CALON BN P.KAMALANATHAN, SELAIN DARI ANAK TEMPATAN BELIAU ADALAH PEMIMPIN YANG LAHIR DARI AKAR UMBI YANG TELAH LAMA BERGELUT DENGAN MASALAH RAKYAT. BUKAN ITU SAHAJA, BELIAU JUGA MENGETAHUI SERTA MENGALAMI SUSAH PAYAH HIDUP SEBAGAI RAKYAT BIASA. PENAMPILAN P.KAMALANATHAN, MENGHIDUPKAN SEMANGAT DAN HARAPAN YANG PENDUDUK HULU SELANGOR, DAPAT MENIKMATI KEMAJUAN YANG SEJAJAR DENGAN TEMPAT LAIN.

TOK NGAH.