KHUTBAH JUMAAT YANG DI BACA OLEH KHATIB DI MASJID KG. TOK NGAH HARI INI ( 16 JULAI 2010) AMAT BAIK DAN MEMBERI IMPAK YANG BERKESAN KEPADA SEMUA JEMAAH.
TAJUK KHUTBAHNYA IALAH 'HIBURAN MELAMPAU' GEJALA HIBURAN YANG KATAKAN MELAMPAU INI AGAK MENYOLOK MATA DAN SUDAH MENJADI DARAH DAGING KEPADA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT KITA TERMASUK UMAT ISLAM (MELAYU), TAK CUKUP DENGAN PENTAS TERBUKA, SYBER CAFE, PUB DAN SEUMPAMANYA TERUS MENDAPAT SAMBUTAN. GEJALA INI SEOLAH-OLAH TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA.
PIHAK YANG BERWAJIB ATAU PEMIMPIN SETEMPAT PASTI MAKLUM PERKARA INI TELAH BERLAKU DAN AKAN BERLAKU. LESEN HIBURAN YANG DI KELUARKAN MEMPUNYAI SYARAT-SYARAT YANG TERTENTU. MASALAHNYA SETELAH LESEN DIBERI LAIN PULA YANG TERJADI. BEGITU BANYAK KES YANG DI DAKWA DAN DI PAPARKAN, TETAPI IANYA TETAP TERUS BERLAKU.
ISLAM TIDAK MELARANG UMATNYA BERHIBUR, TETAPI HIBURAN YANG MELAMPAU HINGGA MELALAIKAN, MENGASYIKAN MALAH MENDEDAHKAN AURAT. PASTINYA HARAM DAN TIDAK DI BENARKAN.
DALAM HAL INI KITA TIDAK HARUS MENUDING JARI KEPADA SESIAPA. APA YANG PERLU SEBAGAI IBU BAPA ATAU KETUA KELUARGA, BERWASPADA SERTA BERHATI-HATI MENGAWAL ANAK CUCU SUPAYA TIDAK TERJERUMUS KE KANCAH HIBURAN YANG MELAMPAU INI.
MANUSIA YANG HIDUP DI ALAM TANPA SEMPADAN INI BEGITU TERCABAR DENGAN GAYA HIDUP YANG BERUBAH-UBAH DAN MENGELIRUKAN. MANUSIA AKAN TERPENGAROH DENGAN PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN YANG DI BUAT OLEH PIHAK-PIHAK YANG MENJADI AGEN ATAU DALANG KEGIATAN YANG TIDAK BERMORAL ITU.
ADALAH DI INGATKAN BAHAWA, MEREKA YANG BERIMAN DAN PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGAWAL SERTA MEMBENTERAS GEJALA HIBURAN MELAMPAU INI TERUS BERMAHARAJALELA.
TOK NGAH.