Labels

Friday, January 28, 2011

RAMALAN DI DUN N5 TENANG.

BN/UMNO & PR/PAS  BERTANDING  DI DUN  N5 TENANG  PADA  30 JAN.2011. BN  DI WAKILI  OLEH  EN. MOHD  NAZAHAR  IBRAHIM,  MANAKALA PAS  OLEH  PN. NORMALA SUDIRMAN. 

SETELAH  SEMINGGU  BERKEMPEN, MASING-MASING  MEMBUAT  RAMALAN  DAN  MEYAKINKAN  BAHAWA  CALON  YANG  DITAMPILKAN  MEMPUNYA  KELEBIHAN  MASING-MASING  DAN  AKAN  MEMBERI  SAINGAN  YANG  HEBAT.  PENGUNDI-PENGUNDI  DUN  TENANG  SERAMAI 14,753  YANG  BERDAFTAR,  TERDIRI  MELAYU
 51 %, CINA  30% ,INDIA 18% LAIN-LAIN 1%.

MENGIKUT  LAPORAN  YANG  TIDAK  RASMI  DAP  MEMAINKAN  PERANAN  BAGI  MENDAPATKAN  UNDI  DARI  KAUM  CINA  SEBERAPA  BANYAK  YANG  BOLEH.  MCA  DAN  GERAKAN   TIDAK  BEGITU  MEMAINKAN  PERANAN. OLEH  ITU  CALON  BN  DARI UMNO  HANYA  MENGHARAPKAN  UNDI  DARI  ORANG   MELAYU  DAN  SEDIKIT  INDIA.

SPR  MERAMALKAN  80%  PENGUNDI  KELUAR  MENGUNDI  PADA  30 JAN 2011  INI.  DALAM  PENGAMATAN  PENULIS,  MUNGKIN  PENGUNDI  MELAYU  SAHAJA  YANG  KELUAR  80%  DARI  JUMLAH  7 RIBU  LEBIH  PENGUNDI  MELAYU.  PENGUNDI  CINA  HANYA  45%  SAHAJA  YANG  KELUAR  DARI 5RIBU  LEBIH,  MANAKALA  INDIA 90%  DARI  SERIBU  SEMBILAN  RATUS  PENGUNDI.

MENGIKUT  REKOD,  BN/UMNO  TIDAK  PERNAH  KALAH  DI  TENANG,  OLEH  ITU  USAHA  PAS  UNTUK  MEREBUT  KERUSI  DUN  TENANG  AMAT  SUKAR  DAN  MEMERLUKAN  STRATEGI  YANG  MENAKJUBKAN.  ITULAH  SEBABNYA  DAP  BERSUNGGUH-SUNGGUH  MEYAKINKAN  PENGUNDI  CINA  SUPAYA  MEMBERI  UNDI  KEPADA  CALON  PAS.    

RAMALAN  YANG  DAPAT  DI  BUAT HANYA  KEMENANGAN  DIPIHAK  BN/UMNO
DENGAN  MAJORITI  YANG  MELEBIHI  DARI  PRU  2008.  SEBAGAIMANA  UMUM  TAHU  JOHOR  SEBUAH  NEGERI  YANG  MENCATAT  KEMENANGAN  YANG  MEMBANGGAKAN  SEJAK  MERDEKA.

TOK NGAH.   






No comments:

Post a Comment

http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255