Labels

Monday, February 7, 2011

BAHASA TIADA KEBANGSAANNYA.

DARI  MINGGU  BAHASA  KEPADA  BULAN  BAHASA, KEMUDIAN  TAHUNAN  DAN  AKHIRNYA  LENYAPNYA   BAHASA  KEBANGSAAN.  KERANA  TIADA  BANGSA  YANG  MENGGUNAPAKAI.  MAHUPUN  MENGGALAKAN  BAHASA  KEBANGSAAN  ITU.

KEBANGSAAN  SIAPA  ATAU  YANG  BAGAIMANA,  YANG  SEHARUSNYA  MENGGUNA  ATAU  MENINGKATKAN  KEWIBAWAAN   SESEBUAH   BAHASA  ITU.  SETELAH  SEKIAN  LAMA  IA  DINOBATKAN  SEBAGAI  BAHASA  KEBANGSAAN  SERTA  TERMAKTUB  DALAM  PERLEMBAGAAN  PERSEKUTUAN,  HINGGA   KE  HARI  INI  MASIH LAGI  TIDAK  TERSERLAH  DI SINGGAHSANANYA,  SELAIN  DARI  DINYANYI  DAN  DI PERINGATI  SECARA  BERMUSIM.

SEHUBUNG  DENGAN  ITU,  SAYA  TERTARIK  DENGAN  TULISAN   DR  MOHD RIDHUAN TEE  DALAM  MINGGUAN  MALAYSIA  AHAD 7 FEBRUARI  YANG  LEPAS. DALAM  TAJUK  MEMAHAMI  POLITIK  KAUM CINA.  SEBAGAIMANA  YANG  DI  JELASKAN   BAHAWA   ORANG  CINA   MEMPUNYAI   TIGA  RUKUN  YANG  TIDAK  BOLEH  DI  SENTUH,  TERMASUKALAH  BAHASA  IBUNDANYA.  DI  SAMPING ITU  BELIAU   JUGA   TURUT 
MERASA  DUKACITA  TENTANG   KEDUDUKAN  BAHASA  KEBANGSAAN  KITA.

" MALANG  SUNGGUH  KEDUDUKAN  BAHASA  KEBANGSAAN  INI. TIDAK  BANYAK  USAHA  DIBUAT  UNTUK  MENDAULATKANNYA. KERANA   BAGI  KITA  TIDAK  PENTING."  BENARKAH  IANYA  TIDAK  PENTING..?  JIKA  TIDAK  PENTING  KENAPA  TERMAKTUB  DALAM  PERLEMBAGAAN.? 

DISINILAH  LETAK  PUNCANYA  BAHASA  KEBANGSAAN  ITU  TIDAK  DI BANGSAKAN  OLEH   BANGSA  ITU  SENDIRI. KEBANYKANNYA  RITORIK  PARA  PEMIMPIN  APAKALA
ADA  PERAYAAN   ATAU   SETELAH  TERANTUK  BARU  TENGADAH.

KALAU  KAUM  CINA  BERTEGAS  DENGAN  TIGA  RUKUN  KENAPA  ORANG  MELAYU
TIDAK  BERANI  MENGUKUHKAN  BAHASA  MELAYU  SEBAGAI  BAHASA  KEBANGSAAN?  APAKAH   MEMPERTAHANKAN  BAHASA  IBUNDA  SENDIRI  MENJADI  HINA  ATAU  MUNDUR?  KALAU  KAUM  CINA  MEMPUNYAI  PERSATUAN  YANG  MEMPERTAHANKAN  TIGA  RUKUN,  APAKAH  BANGSA  MELAYU  TIDAK  ADA  PERSATUAN  ATAU  NGO  YANG  BERANI  ATAU  MAMPU  MEMPERTAHANKAN  BAHASA   IBUNDA   SENDIRI..?

BUKANKAH  MENJADI  KEWAJIPAN   KERAJAAN   ATAU  PEMERINTAH   UNTUK  MENDAULATKAN  BAHASA  KEBANGSAAN  KITA.  DEWAN  BAHASA  DAN  PUSTAKA  SETAKAT  INI  TELAH  MELAKSANAKAN  TUGAS  DENGAN  MEPERKAYAKAN  ISTILAH  DALAM  BAHASA  KEBANGSAAN  DENGAN  KERJASAMA  INDONESIA  DAN  BRUNAE.  TETAPI  MALANG  BAGI  BAHASA  KEBANGSAAN  TIDAK  DIINDAHKAN  OLEH   PIHAK-PIHAK  TERTENTU   SEPERTI  YANG  SEPATUTNYA.

BEBERAPA  KEPUTUSAN  YANG  DIAMBIL  OLEH  KERAJAAN  SECARA  TIDAK  LANGSUNG  MELEMAH  DAN  MENGHAKISKAN  PENGGUNAAN  BAHASA   KEBANGSAAN  ITU   SENDIRI.  CONTOH  DALAM  TAHUN  60AN  TULISAN  JAWI  DI  SEKOLAH  RENDAH  DIHAPUSKAN.  80AN  BAHASA  INGGERIS  DIGUNAKAN  DALAM  MATA  PELAJARAN  SAINS  DAN  MATEMATIK.  BELUM   LAGI  PINDAAN  DI LAKSANAKAN   KINI   SUDAH  ADA  PERSETUJUAN  UNTUK  MENUBUHKAN  SEKOLAH  VERNAKULAR.

KENAPAKAH  HAL  YANG  SEBEGINI  BOLEH  BERLAKU  DAN   TERUS  DILAKUKAN,  SEDANGKAN   DALAM  MASA  YANG  SAMA,  RAKYAT  DINYANYI  DAN  DIDENDANGKAN   SUPAYA   CINTAKAN  BANGSA, NEGARA,  BAHASA  DAN  AGAMA.
KEMANAKAH  HALA  TUJU  PERJUANGAN  KEBANGSAAN  HENDAK  KITA  BAWA,  ANDAINYA   SOAL  BAHASA  MASIH  TIDAK  ADA  PENGHUJUNGNYA.

PALING  MENDUKACITAKAN,  SEBAHAGIAN  BESAR  PIHAK  BERKUASA  BANDARAYA  ATAU  TEMPATAN,  TIDAK  AMBIL  PERHATIAN  ATAU  MEMBETULKAN  PAPAN-PAPAN  TANDA   PERNIAGAAN, NAMA-NAMA  JALAN,  NAMA  TAMAN  DAN  IKLAN-IKLAN   YANG  MENGGUNAKAN  BAHASA  DAN  EJAAN  YANG  SALAH.
     
SAYA   MENYERU  KEPADA  BADAN-BADAN  BAHASA, PERSATUAN  PENULIS, MAHU  PUN  TOKOH,  PAKAR-PAKAR  BAHASA  UNTUK  BANGUN  DAN  TAMPIL  BERSAMA  MENDAULATKAN  BAHASA  KEBANGSAAN  KITA,   SEPERTI  MANA   KAUM  CINA  YANG  MEMPERTAHANKAN  TIGA  RUKUN.


" GUNAKANLAH  BAHASA  KEBANGSAAN  KITA."
TOK NGAH.



 

  

No comments:

Post a Comment

http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255