Labels

Sunday, February 20, 2011

PAS PERTAHANKAN MELAYU...?


"PARTI  PAS  TIDAK  AKAN  KETEPIKAN  KEPENTINGAN, HAK  DAN  NASIB  ORANG  MELAYU  JIKA  PR  MENANG  PRU-13."  JAMINAN  YANG  DI BERI  OLEH  MURSYIDUL  AM  PAS,  NIK AZIZ.  SEMALAM.

SUNGGUH  HEBAT  DAN  MEYAKINKAN  KATA-KATA  YANG  DI  LAFAZKAN.  PASTINYA  KATA-KATA  ITU  MENJADI  PEMIKAT  SERTA  ARUMA  YANG  MENGHAYUN  RASA  KASIH  DAN  SAYANG  ORANG  MELAYU  KEPADA  NIK AZIZ.  TETAPI  ORANG  MELAYU  MANAKAH  YANG  AKAN  DIBELA  ATAU  DIPERTAHANKAN  OLEH  NIK AZIZ...?  ADAKAH  IA  MENYELURUH  ATAU  SUKU-SUKU?

MENGIKUT  NALURI  PENULIS,  DAN  MUNGKIN  RAMAI  RAKAN-RAKAN  YANG  LAIN  SEPENDAPAT, BAHAWA  MELAYU  YANG  DIMAKSUDKAN  OLEH  NIK  AZIZ  ITU,  MEREKA  YANG  BERADA  DALAM  PAS, PKR  DAN  DAP.  MELAYU  UMNO  ATAU  BN  PASTI  TERKELUAR  DARI  JARINGAN  NIK AZIZ. KERANA  SUDAH  DI COP  SEBAGAI  MENOLAK  ISLAM ( KAFIR ).

INILAH  POLITIK  NIK AZIZ,  SEKEJAP  KATA "APA  ADA  PADA  KETUANNAN MELAYU" 
" TIDAK  BANGGA  DENGAN  MELAYU "  DAN  HARI  INI  TERBALIK, BELIAU  SENDIRI  MENYEDARI  BAHAWA  ORANG  MELAYU  ADALAH  KAUM  MAJORITI  YANG  PALING  DOMINAN  DI NEGARA  INI.     

PERCATURAN  YANG  DI JADIKAN  SEBAGAI  SENJATA  UNTUK  MENARIK  LEBIH  RAMAI  PENGUNDI  BUKAN  MELAYU  MENYOKONG  PAS & PR ,  SUDAH MENJADI  SENJATA  MAKAN  TUAN,  DI MANA  PENSYARAH  SAINS  POLITIK  UNIVERSITI  MONASH , DR WONG CHIN  HUAT BERKATA,  BAHAWA  PAS ,PKR  DALAM  KEADAAN  BAHAYA,  DAN   AKAN  BANYAK  KEHILANGAN  KERUSI  DALAM  PRU KE-13  NANTI.  ADALAH  DI SEBABKAN  PENGUNDI  MELAYU  TELAH  BERALEH  KEPADA  BN/UMNO.

DALAM   KEADAAN  TERGESA-GESA  DAN  CEMAS  NIK  AZIZ,  LANTAS  MEMBERI  JAMINAN  BAHAWA  PAS  MEMPERTAHANKAN  KEPENTINGAN MELAYU. 

 KATA  DR  WONG CHIN HUAT LAGI, " ITULAH  KENYATAANNYA  SEKARANG, KALAU  DAHULU, UNDI PAS  TINGGI  JIKA  ADA  MAJORITI   MELAYU, TAPI  HARI  INI  BERTENTANGAN  SAMA  SEKALI. BAGAIMANA   SEBUAH  PARTI  MEMPERJUANGKAN  ISLAM  TIDAK  BERJAYA  MENDAPATKAN  SOKONGAN  MELAYU  ISLAM?  DIMANA  SILAPNYA? "

AYAT  TERSEBUTLAH  MEMBUATKAN  NIK AZIZ  TERSENTAK, LANTAS  MEMBUAT  KENYATAAN  TERDESAK  BAHAWA   PAS  MEMPERTAHANKAN  KEPENTINGAN  ORANG  MELAYU.  SHUKUR  ALHAMDULILLAH  KERANA  NIK AZIZ   TELAH  SEDAR  DAN   MAHU   MEMPERTAHANKAN  HAK  ORANG  MELAYU.

DALAM  MASA  YANG  SAMA   NIK  AZIZ  TURUT  MEPERINGATKAN   UMAT  ISLAM  SUPAYA  BERPEGANG  TEGUH   KEPADA  AGAMA,  KERANA  ISLAM  ADALAH  PEMBERIAN   ALLAH  SWT. 

TOK NGAH.
     






















No comments:

Post a Comment

http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255