Labels

Friday, March 13, 2009

PROJEK APA YB LIM KIT SIANG NAK BAWA?

1. 10 MAC YANG LALU TPM ATAU MENTERI KEWANGAN TELAH MEMBENTANGKAN BAJET RANSANGAN, BAGI MENGATASI MASALAH KEGAWATAN EKONOMI YANG KITA HADAPI SEBANYAK RM60 BILION.
2. RAMAI YANG TERPERANJAT DAN MACAM TAK PERCAYA, TERMASUKLAH PIHAK PEMBANGKANG. APA PUN, TOK NGAH YANG TINGGAL DI KAMPUNG, YANG CUKUP-CUKUP MAKAN NI, MERASA BANGGA DAN TERNGANGA DENGAN JUMLAH WANG YANG BEGITU BANYAK. ADA KE PELUANG ORANG-ORANG YANG SETARAF DENGAN TOK NGAH DAPAT MENIKMATI SAMA? KITA SAMA-SAM TUNGGU.
3. SERONOK DAN GEMBIRA BILA DUIT BANYAK DITABUR, TETAPI BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA? ORANG MAKAN GAJI ATAU ORANG PENCEN UMPAMANYA, DARI MANA PUNCANYA? BANYAKLAH JUGA PERBINCANGAN SERTA FORUM YANG DIBUAT OLEH MEDIA DENGAN PAKAR-PAKAR EKONOMI, MAHU PUN ORANG POLITIK. RATA-RATA MENAGATAKAN RANSANGAN YANG DI BENTANG ITU ADALAH BAIK.
4. PUN BEGITU, TOK NGAH TAK DENGAR DAN TAK LIHATPUN PROJEK-PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN ITU TURUT DITERIMA OLEH PENDUDUK DILUAR BANDAR. LEBIH-LEBIH LAGI MEREKA YANG TINGGAL DALAM KAWASAN YANG DI WAKILI OLEH PEMBANGKANG. TOK NGAH SENDIRI DUDUK DALAM PARLEMAN YANG DI WAKILI OLEH YB. LIM KIT SIANG. SEJAK BELIAU MEMENANGI KERUSI TERSEBUT, TOK NGAH TAK PERNAH PUN NAMPAK BELIAU MASUK KE KAMPUNG TOK NGAH. SATU PROJEK PUN TAK WUJUT DI KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU DI BAWAH PARLEMAN IPOH TIMOR, YANG DI USAHAKAN OLEH YB LIM KIT SIANG.
5. DENGAN BAJET RANSANGAN YANG BESAR ITU, TOK NGAH HARAP KAMPUNG TOK NGAH AKAN BERUBAH WAJAH. SETIDAK-TIDAKNYA YB LIM DAPAT MEMBERI NAFAS BARU KEPADA RAKYAT YANG MESIH LAGI TINGGAL DALAM KAWASAN SETINGGAN. SEBAGAI WAKIL, ELOKLAH YB LIM DUDUK SAMA DENGAN KAMI UNTUK MENGETAHUI APA MASALAH YANG KAMI HADAPI. KAMI HANYA NAMPAK DALAM KACA TV SAJA. DI KAWASAN, KAMI TAK PERNAH NAMPAKPUN.
6. SEBAGAI WAKIL RAKYAT, YB LIM PERLU ADIL. JANGAN MELAWAT DI KAWASAN BANDAR SAHAJA, KAMPUNG TRADISIONAL DAN SETINGGAN, PERLU JUGA DI AMBIL KIRA. BERBAHAS DI PARLEMAN SAJA HEBAT TAK JADI. BIARLAH SAMPAI KEBAWAH. KAMI JUGA INGINKAN KEMAJUAN ATAU PROJEK-PROJEK YANG MEMBERI KEBAIKAN SAMPAI KEHALAMAN RUMAH KAMI. APA KATA YB LIM?
TOK NGAH.