Labels

Monday, March 9, 2009

PEMIMPIN LAMA DAN BARU

1. PELBAGAI PIHAK TELAH BERCAKAP TENTANG PEMIMPIN LAMA DAN
PEMIMPIN BARU, DALAM PARTI POLITIK TANAH AIR, TERMASUKLAH UMNO.
IA AMAT MENARIK UNTUK DI PERKATAKAN SETELAH KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN 52 TAHUN. PEMIMPIN PERGI, PEMIMPIN DATANG BERSILIH GANTI.
2. YANG MENARIKNYA, TOK NGAH NAK TUMPANG SEKAKI DALAM PERGOLAKAN INI, KERANA SERONOK-SERONOK. DI SEBABKAN TOK NGAH AHLI UMNO SEUMUR HIDUP, ELOKLAH TOK NGAH TULIS TENTANG PARTI UMNO.
3. PADA 9 MAC 2009 TAN SRI RAFIDAH AZIZ KATA, DIA TAK NAK JADI PENASI-
HAT PARTI, KERANA NASIHAT DARI LUAR TAK ADA KESAN (UTUSAN MALAYSIA). JELASLAH KEPADA KITA BELIAU HENDAK MENERUSKAN KEPIMPINANNYA DALAM PARTI, WALAUPUN DAH LAYAK BERGELAR VETERAN ATAU OPAH. PADA MALAMNYA PULA TOK NGAH TONTON YBM TENGKU RAZALIE HAMZAH PULA KATA, KITA HADKAN PEMIMPIN TIGA PENGGAL ATAU (9) TAHUN SAHAJA. LAMA HINGGA BERPULUH TAHUN ORANG NANTI JEMU, DAN DAH TAK ADA IDEA, APA NAK BUAT. BELIAU JUGA BUKAN LAGI TIGA PENGGAL JADI AHLI PARLIMAN, KENAPA TAK BAGI KEPADA PEMIMPIN LAIN..? JELASNYA KEPADA PIMIMPIN MUDA YANG BANYAK IDEA. TAK ADAKAH PEMIMPIN MUDA YANG LAYAK, DI GUA
MUSANG?
4. KALAULAH BEGINI, BILA UMNO ITU NAK BERUBAH? NAK BERI JENAMA BARU, HENDAKAN PEMIMPIN YANG MUDA DAN BANYAK IDEA...? ITU DI PERINGKAT TERTINGGI, BAGAIMANA PULA DI PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN? TOK NGAH PERCAYA, ADA RAMAI LAGI MEREKA YANG BERTARAF VETERAN, ATOK ATAU OPAH YANG PEGANG JAWATAN. TAK MAHU LEPAS PELUANG DAN TAKUT HILANG JAWATAN. KENAPA DAN SAMPAI BILA MASALAH
INI BOLEH BERAKHIR? YANG DIKATAKAN SUPAYA SUARA BAWAHAN DI DENGARI, DI AMBIL BERAT DAN SEBAGAINYA, DIMANA?
5. TOK NGAH RASA, MEREKA YANG VETERAN, ATAU DAH PANAS SANGAT KERUSI YANG DI DUDUKI ITU, ELOKLAH BERUNDUR DENGAN MANIS MUKA, JANGAN SAMPAI DI TOLAK OLEH KAWAN SENDIRI, BARU NAK SEDAR. KALAUPUN
NAK TERUSKAN PERJUANGAN DALAM UMNO ADA VETERAN UMNO, MASUK JADI
AHLI, BERGIATLAH SAMPAI AKHIR HAYAT. DI LUAR PARTI ADA MUBARAK (NGO)
BERGIATLAH DI SANA SELAGI LALU. KALAU DAH 60 TAHUN KE ATAS TU ELOKLAH BERSARA. KAKI TANGAN KERAJAAN PUN BERSARA HAD 58 TAHUN SAJA. DALAM POLITIK ELOKLAH 60-65 TAHUN. BERILAH PELUANG KEPADA ADIK-ADIK, ANAK-ANAK ATAU CUCU KITA MAIN PERANAN AKTIF. KITA PANTAU DAN NASIHAT DIMANA YANG PERLU. JANGAN SAMPAI KATA PEPATAH MELAYU, RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI, BARU NAK BERHENTI.
TOK NGAH.