Labels

Sunday, March 8, 2009

VETERAN UMNO ADA PERANAN

1. VETERAN UMNO MALAYSIA KINI TELAH BERUSIA TIGA TAHUN, SETELAH DIRASMIKAN PENUBUHANNYA OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 18 JUN 2006 DI IPOH.
2. HINGGA KINI HANYA LAPAN NEGERI SAHAJA YANG BERGERAK CERGAS DAN MEMPUNYAI JAWATANKUASA. YANG MASIH LAGI TIDAK BERGERAK IALAH P.PINANG, PAHANG DAN WILAYAH PERSEKUTUAN. NEGERI YANG PALING MENONJOL DAN AKTIF IALAH PERAK.
3. UMNO KINI DALAM DELIMA BAGI MENGHADAPI TIGA TUGAS PENTING SERENTAK. PERTAMA BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU. KEDUA PERSIDANGAN AGUNG DAN PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN. KETIGA PERALIHAN KUASA ORANG NOMBOR SATU.
4. AHLI-AHLI VETERAN UMNO BOLEH MEMAINKAN PERANAN JIKA DIBERI PELUANG. HINGGA KE HARI INI, SETELAH TIGA TAHUN BERGERAK, BELUM LAGI ADA MANA-MANA PIHAK MEMBERIKAN RESPON SECARA JELAS KEPADA VETERAN UMNO MALAYSIA, UNTUK MEMBANTU. YANG SEDIHNYA, ADA SEGELINTIR KETUA-KETUA BAHAGIAN YANG LANSUNG TIDAK AMBIL KISAH.
SEOLAH-OLAH AHLI VETERAN INI TIDAK DIPERLUKAN. MUNGKIN JUGA DI ANGGAP SEBAGAI PENYIBUK.
5. JIKA DEMIKIAN ANGGAPAN MEREKA, ITU ADALAH SILAP DAN MEREKA TIDAK
FAHAM SEJARAH PERJUANGAN AHLI-AHLI VETERAN UMNO. DALAM DAFTAR YANG DI PEROLEHI AHLI VETERAN UMNO YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS DAN TIDAK MMEGANG SEBARANG JAWATAN DI PERINGKAT CAWANGAN ATAU BAHAGIAN, LEBIH DARI 300,000 ORANG. APAKAH DENGAN BILANGAN SEBANYAK ITU MEREKA TIDAK BOLEH BERPERANAN?
6. DALAM PILIHANRAYA MISALNYA BILANGAN SEBANYAK ITU BOLEH MENYEBABKAN UMNO GOYANG MUNGKIN KALAH, JIKA MEREKA TIDAK KELUAR MENGUNDI. UMNO AKAN LEBIH KUAT JIKA MEREKA DIBERI PERANAN YANG MUNASABAH. DI SURAU DAN MASJID MEREKA YANG MENJADI PENGUNJUNG SETIA.
7. DENGAN HAL YANG DEMIKIAN, ELOKLAH KETUA-KETUA BAHAGIAN MAHU PUN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI MERAPATKAN DIRI DENGAN MEREKA. GOLONGAN VETERAN INI, PERLU DI DEKATI DAN DIKUNJUNGI. PENGALAMA DAN PENGETAHUAN MEREKA PASTI BERGUNA. LEBIH-LEBIH LAGI KETIKA UMNO SEDANG DALAM GOYAH MENGHADAPAI TIGA PERKARA YANG DISEBUT DI ATAS TADI.
TOK NGAH.