1. TOK NGAH TAK TERKEJUT DENGAN TINGKAH LAKU PEMBANGKANG JELASNYA PAKATAN RAKYAT YANG DIKUASAI OLEH DAP. TETAPI TOK NGAH RASA GELI HATI DAN KETAWA BESAR DENGAN PERBUATAN MEREKA. HA,HA,HA.
2. YANG PALING GELI GELEMAN LAGI, IALAH LAKONAN YANG DI BUAT OLEH YB. MOHAMMAD NIZAR, SUNGGUH MENJADI. CUKUP DENGAN MEMEK MUKA DAN DIALOG NYA YANG HEBAT. AL-MAKLUMLAH SEORANG PENCERAMAH PAS YANG SUDAH BIASA BERLAKON. MEMANG ADA TOKOH MENGGANTIKAN ALLAH YARHAM SALEH KAMIL DARI JALAN AMPAS.
3. SAMPAI BILAKAH BELIAU NAK JADI KUDA TONGGANGAN DAP TU? MAHU KAH RAKAN-RAKAN DAPNYA TU MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH? DARI GAMBAR DAN BERITA YANG TOK NGAH PERHATIKAN, YB. MR NGEH TU ADA SAHAJA DI SISINYA.
4. APAKAH TUJUAN DAN MATLAMAT MENANAM POKOK DAN LETAK PULA PAPAN TANDA PERINGATAN, DI BAWAH POKOK TU? TOK NGAH PERCAYA SATU HARI NANTI ADA PIHAK-PIHAK YANG TERTENTU MEMBINA PATONG DAN SEBAGAINYA DI TEMPAT YANG SAMA, KONON DAPAT MIMPI ATAU ARAHAN DARI LANGIT, UNTUK BERIBADAT DI SITU.
5. SEBAGAI PENGANUT AGAMA ISLAM, ORANG KUAT PAS PERAK, TIDAK KAH
YB. NIZA, SEDAR PERBUATANNYA ITU JAUH TERSASAR DARI PERJUANGAN SEBENAR PAS? ITU KAH CARANYA AJARAN ISLAM DAN SUNNAH RASUL TERHADAP UMATNYA?
6. YANG LEBIH PELIK LAGI, ADA HATI PULA NAK MENGADAP DYMM TUANKU
SULTAN, MOHON BERKENAN MEMBUBARKAN DUN. SEDANGKAN BELIAU TELAH
MELAFAZ SEMBAH DERHAKA TAK LAMA DULU. APAKAH INI JUGA LAKONAN YANG DI BERI ATAU DI ARAH OLEH PENASIHAT PAKATAN RAKYAT.
7. AKHIRNYA TOK NGAH NAK NASIHATKAN KEPADA YB. MOHAMMAD NIZAR,
INSAFLAH DAN TAUBATLAH, BALIK KE PANGKAL JALAN. ALLAH SENTIASA MENYEBELAHI ANDA JIKA BENAR ANDA DI INIAYA ATAU DI ZALIMI. BERDO'A LAH KEPADA ALLAH, BUKAN KEPADA POKOK DAN BATU. CUBALAH RENUNG BIJI MATA ANAK-ANAK, ADIK BERADIK, SAUDARAMARA KITA SESAMA ISLAM, KEMANA KAH HALA TUJU SEBENARNYA KITA?
TOK NGAH.