Labels

Sunday, May 24, 2009

MOGOK LAPAR & TAK MANDI SETAHUN

1. ALANG-ALANG MENYELOK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN, ITULAH PERI BAHASA MELAYU YANG RELEVAN HINGGA KE HARI INI. OLEH ITU TOK NGAH INGIN MENGESYORKAN KEPADA PEMBANGKANG KHASNYA PEMIMIPIN DAP YANG MENGANJURKAN MOGOK LAPAR 72 JAM, DI LANJUTKAN HINGGA SETAHUN ATAU HINGGA KE PILIHANRAYA YANG KE-13. LEBIH HEBAT LAGI JANGAN MANDI DAN BERSUCI SELAMA SETAHUN, ITU LEBIH BAIK DAN BERKESAN.

2. MEMANG DAHSYAT DAN BURUK SEKALI PERANGAI PEMBANGKANG, JIKA SESUATU TIDAK MEMEHAK KEPADA MEREKA, IA ADALAH TIDAK ADIL DAN TIDAK DEMOKRASI. KALAU KEPUTUSAN BERPIHAK KEPADA MEREKA, ITULAH DEMOKRASI DAN KEADILAN SEJATI. DEMIKIANLAH SIKAP DAN IDINTITI PEMBANGKANG. SENTIASA TIDAK PUAS DAN REDO DENGAN KEHENDAK TAKDIR.

3. KALAU PEMBANGKANG ITU ORANG KAFIR, TOK NGAH TAK HAIRAN, KERANA MEREKA TIDAK FAHAM QADA' DAN QADAR. YANG PELIK DAN SEDIH ADA ORANG ISLAM DAN ULAMA' PULA TU, MASIH LAGI BERSIKAP HIPOKRIT, BERSUBAHAT DENGAN KAFIR. KONON BN MERAMPAS KUASA DAN RAKYAT MAHUKAN PILIHAN RAYA SEMULA....? HAKIKATNYA MEREKA SENDIRI YANG SENGAJA NAK BAT KECOH DAN HURU HARA DALAM NEGERI PERAK DAN NEGARA KESELURUHANYA. TIDAK PUAS DENGAN CERAMAH, DENGAN MENYEBARKAN FITNAH, MEREKA CUBA MEMPENGARUHI RAKYAT DENGAN MOGOK LAPAR PULA. TOK NGAH HARAP BUKAN 72 JAM, MALAH TERUSKAN HINGGA 72 HARI. DAN KITA NAK TENGOK BERAPA RAMAI YANG TAHAN.

4. TINDAKAN YANG PEMBANGKANG ANJURKAN ITU ADALAH CARA ORANG YANG TIDAK BERTAMADUN. ITU ADALAH TINDAKAN YANG SIA-SIA DAN SUDAH KETINGGALAN ZAMAN. JIKA DI TAHUN 60AN DULU MUNGKIN SESUAI, TAPI KINI, CUBALAH LIHAT DAN PANDANG-PANDANG, FIKIR-FIKIR, MANUSIA APAKAH ITU? ZAMAN BILA KAH MEREKA HIDUP?.

5. NAK BUBARKAN DUN WAKTU DAH HILANG MAJORITI DAN TIDAK BOLEH MEMERINTAH, MASA MEREKA MEMERINTAH, BN TAK PERNAH MINTA BUBARKAN DUN. MANUSIA JENIS APAKAH MEREKA INI? POLITIK APAKAH YANG MEREKA ANUTI?

6. PEMIMPIN PEMBANGKANG NAMPAKNYA SUDAH HILANG IDEAR, SUDAH TAK ADA RUAG UNTUK MELAKSANAKAN HUJAH YANG MUNASABAH, MEREKA MENGGUNAKAN RAKYAT UNTUK MELOBI, MEMBULI DAN MENJADIKAN HAMBA POLITIK KOTOR MEREKA. SEMATA-MATA UNTUK MEMENUHI HASRAT DAN CITA-CITA BESAR MEREKA YANG TAMAK DAN KEJAM ITU. TOK NGAH PERCAYA DAN MENYERU RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA RAKYAT NEGERI PERAK, TIDAK SEKALI-KALI TERPENGARUH DAN TERJEBAK DENNGAN DAKYAH JIJIK PEMBANGKANG ITU.

7. ADA AYAT QURAN YANG MENYEBUT, " BERLUMBA-LUMBALAH KAMU UNTUK MENDAPATKAN KEAMPUNAN DARI TUHAN KAMU DAN UNTUK MENDAPATKAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS BUMI DAN LANGIT." OLEH ITU MARILAH KITA BERUSAHA BERBUAT BAIK, BERBUAT KEBAJIKAN DAN BERDOA' DEMI MENDAPATKAN KEBAHGIAN DUNIA DAN AKHIRAT. FITNAH MEMFITNAH SERTA MENIMBULKAN HURU HARA DIDUNIA INI ADALAH KERJA SYAITAN.

TOK NGAH.