Labels

Saturday, May 23, 2009

MOHON RESTU DARINYA

1. PENGERUSI DAN JAWATANKUASA VETERAN UMNO MALAYSIA KHASNYA NEGERI PERAK MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YAB DATO' SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, SAH SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK.

2. KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DENGAN SEBULAT SUARA TIGA HAKIM SEMALAM MENUNJUKAN BAHAWA SEMUA YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK SEJAK TIGA BULAN YANG LALU ADALAH MAINAN POLITIK KOTOR PAKATAN RAKYAT. HINGGA SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA DENGAN MEMPERJUDIKAN RAKYAT SEBAGAI TARUHAN. YANG PALING MEMALUKAN DAN DIKESALKAN IALAH MEREKA MELIBATKAN INSTITIUSI RAJA UNTNUK MEMENUHI CITA-CITA DAN KETAMAKAN MEREKA.

3. DENGAN KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH MAHKAMAH RAYUAN ITU, TEPAT SEKALI DAN MENJELASKAN BAHAWA KEPUTUSAN DYMM SULTAN PERAK TIDAK MEMBUBARKAN DUN PERAK ADALAH TEPAT DAN BETOL. MALAH SEMUA KEPUTUSAN YANG DI LAKSANAKAN OLEH TUANKU SULTAN ADALAH BENAR DAN TIDAK BOLEH DI PERTIKAIKAN. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN KEPADA SEMUA RAKYAT NEGERI PERAK PATUH DAN TAAT AKAN KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH MEHKAMAH RAYUAN ITU.

4. RAKYAT PERAK YANG BIJAK DAN BERSOPAN SANTUN, TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN DAKYAH DAN SIKAP TAMAK PEMIMPIN PR YANG MEMBELAKANGKAN RUKUN NEGARA DAN PERLEMBAGAAN. BUKAN ITU SAHAJA , YANG ISLAMNYA TELAH MEMBELAKANGKAN KEIMANAN, SEMATA-MATA KERANA KETAMAKAN TERHADAP KEDUDUKAN DIRI SENDIRI. SEMOGA RAKYAT PERAK TIDAK TERIKUT-IKUT DENGAN DENDANGAN DAN RENTAK YANG DI CANANGKAN OLEH PEMBANGKANG, YANG TIDAK PERNAH BERPUAS HATI ITU.

5. KEPADA YAB DR ZAMBRY, TAHNIAH SEKALI LAGI, VETERAN UMNO NEGERI PERAK MENYOKONG 1OO% KEPIMPINAN YAB DATO' SERI. JALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KEIMANAN, BUAT APA YANG TELAH DI RANCANG DAN DI PUTUSKAN OLEH BARISAN EXCO, DEMI KEMAJUAN RAKYAT DAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN. INSYA ALLAH ALLAH AKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR DAN BENAR, MOHONLAH RESTUNYA.

TOK NGAH.