Labels

Sunday, May 17, 2009

ORANG MELAYU LEMAH ATAU............?

1. ORANG MELAYU ( ISLAM ) PENDUDUK MAJORITI DI MALAYSIA. ORANG MELAYULAH YANG MULA-MULA BERSATU DAN BANGKIT MENENTANG MALAYAN UNION 1946, SERTA LAHIRNYA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
( PEKEMBAR) 11 MEI 1946. KAUM-KAUM LAIN DIJEMPUT TURUT SERTA APABILA TUNTUTAN KEMERDEKAAN BERMULA OLEH YTM TENGKU ABDULRAHMAN. INI ADALAH FAKTA YANG SEBENAR. BUKALAH SEJARAH TUNTUTAN KEMERDEKAAN YANG BERMULA PADA 1948. ORANG MELAYU YANG BERUSIA 65 TAHUN KEATAS SEMUA TAHU PERISTIWA INI.

2. UMNO TIMBUL PADA TAHUN 50AN. SETELAH TENGKU BERTEMU DENGAN RAJA INGGERIS, MENUNTUT KEMERDEKAAN. MELAYU SEBENARNYA TIDAK LEMAH, TIDAK JUGA PENDEK AKAL. SEJAK ZAMAN TUN SERI LANANG LAGI ORANG MELAYU BIJAK DAN BERANI MEMBELA BANGSA DAN TANAH AIR. HANG TUAH ADALAH LAGENDA PAHLAWAN MELAYU TERBILANG. KITA LUPA SEBENARNYA ORANG MELAYU SETELAH PARAMISUARA MEMELUK AGAMA ISLAM ADALAH ORANG MELAYU YANG LEMAH LEMBUT DAN BERBUDI BAHASA. SOPAN SANTUN PENUH DENGAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN. JANGAN ADA MELAYU YANG CUBA MENAFIKANNYA.

3. KEGAGAHAN DAN SOPAN SANTUN ORANG MELAYU KINI DI NODAI OLEH GEJALA PEMBAHARUAN YANG DIBAWA MASUK DARI BARAT DAN KUNCU-KUNCUNYA. 20, 30 TAHUN KEBELAKANGN INI, AGAK KETARA SIKAP DAN PEKERTI ORANG MELAYU, TERUTAMANYA MEREKA YANG TERDIDIK ALA KEBARATAN. MALAH DI ZAMAN SIBER ( IT ) KINI, DUNIA TANPA SEMPADAN, ORANG MELAYU LUPA DAN TERIKUT-IKUT RENTAK MORDEN YANG MENGELIRUKAN. BUKAN SAJA ANAK MUDA, YANG DEWASA JUGA TERNODA DENGAN GEJOLAK BARAT.

4. TOK NGAH SEDIH DAN SAYU, MEMBACA RUNGUTAN TUN DR MAHATHIR YANG MENGATAKAN ORANG MELAYU LEMAH DAN DI FITNAH, DALAM MINGGUAN MALAYSIA 17 MEI 2009. BELIAU TURUT MENYERU SUPAYA DAKWAH DILAKSANAKAN BAGI MENAMBAH ILMU KEPADA ORANG MELAYU ( ISLAM ) TIDAK HANYA DALAM FARDU AIN MALAH FARDU KIFAYAH. TOK NGAH GAH DAN SENANG SEKALI DENGAN SARAN ITU. TETAPI SIAPA PENDAKWAH ITU? MUBALIGH MANAKAH YANG SANGGUP DAN MAHU KEHADAPAN MEMAINKAN PERANAN?

5. LEBIH DARI LIMA TAHUN TOK NGAH JADI PENGERUSI MASJID, BELUM PERNAH SEORANG PUN GURU YANG DATANG MENGAJAR BUAT KULIAH MANGRIB DAN SEBAGAINYA, MEMBERI CERAMAH SEPERTI YANG TUN CAKAP. RATA-RATA MEREKA PESAN INGAT ESOK KITA AKAN MATI, LUPAKAN DUNIA, BUATLAH IBADAT UNTUK AKHIRAT. AYAT-AYAT INILAH YANG MELEMAHKAN ORANG MELAYU ISLAM. ILMU FARDU KIFAYAH TIDAK PERNAH DIAJAR ATAU DI BERI OLEH PENDAKWAH-PENDAKWAH KITA. KALAU ADA PUN, MEREKA HANYA MENYERU BERNIAGGA ITU BAIK, KERANA 9 DARI 10 REZEKI YANG BAIK ITU DARI BERNIAGA. BAGAIMANA HENDAK BERNIAGA DAN DIMANA UNTUK MENDAPATKAN MODAL UNTUK BERNIAGA TIDAK DI AJAR.

6. BAGAIMANA UMAT ISLAM UNTUK MEMBALAS DAN MENJAWAB PENGHINAAN ATAU FITNAH YANG DILEMPARKAN, ILMU KIFAYAH TIDAK DI AJAR, SEPERTI KOMPUTER DAN INTERNET. MALANG SEKALI YANG SELALU DIDAKWAHKAN IALAH MEREKA-MEREKA YANG USIANYA 60 TAHUN KE ATAS. DAN MEREKA INILAH YANG MEMENUHI SURAU DAN MASJID-MASJID. YANG PALING KERAP DI PESAN IALAH BERSEDEKAHLAH SELALU, KERANA ALLAH SUKA ORANG YANG BERSEDEKAH. BAGIAMANA UNTUK MENDAPATKAN WANG ATAU BARANG YANG HENDAK DI SEDEKAH TIDAK DI AJAR.

7. TOK NGAH RASA, BUKAN SAJA PERKIM, SEMUA JAWATANKUASA MASJID, PEGAWAI-PEGAWAI MASJID DAN SURAU HENDAKLAH DIDAKWAH DAN DIBERI ILMU FARDU KIFAYAH YANG DICADANGKAN OLEH TUN ITU. JAKIM ADALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI. SETIAP MASJID PASTIKAN MEMPUNYAI PEJABAT PENTADBIRAN YANG TERSUSUN DAN DIBERI PERUNTUKAN TAHUNAN BAGI PENGURUSAN. PIHAK PENGURUSAN MASJID HENDAKLAH MEMBUAT PEMANTAUWAN DAN LAWATAN SEKERAP YANG MUNGKIN.

TOK NGAH.