Labels

Saturday, May 16, 2009

TIDAK WAJAR PILIHANRAYA

1. PANDANGAN MANTAN PM, Y.BHG.TUN DR MAHATHIR MOHAMAD AMAT TEPAT DAN PERLU DI BERI PERHATIAN. SEBAGAI RAKYAT BIASA YANG BANYAK KALI KELUAR MENGUNDI, TOK NGAH FIKIR ADA KEBENARAN DAN KEWAJARANNYA, PILIHAN RAYA TIDAK WAJAR DAN TIDAK PERLU DIADAKAN BAGI MENGATASI KEMELUT POLITIK DI PERAK.

2. KITA TIDAK PERLU MENGIKUT RENTAK PEMBANGKANG, LAGU DAN MUSIK YANG DIMAINKAN OLEH PAKATAN RAKYAT DI PERAK, ADALAH IRAMA YANG SUMBANG DAN HILANG TEMPO. SEBAGAI RAKYAT BIASA, YANG BANYAK KALI MENGUNDI BERSETUJU DAN MENYOKONG PANDANG TUN ITU. SELAIN DARI MENYUSAHKAN RAKYAT, ORANG-ORANG MACAM TOK NGAH NI, MERASA MACAM DIBULI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG UNTUK KELUAR MENGUNDI. DENGAN TIDAK ADA ALASAN YANG KUKUH, TIDAK WAJAR DIADAKAN PILIHAN RAYA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.

3. PAKATAN RAKYAT DI PERAK SUDAH HILANG ARAH, HILANG MAJORITI TETAPI TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT......KALAU ADUN YANG BUKAN ISLAM TIDAK FAHAM MAKNA QADA' DAN QADAR KITA TIDAK HAIRAN, DAN
DIMAAFKAN. MALANG SEKALI ADUN PAKATAN RAKYAT YANG TERDIRI DARI ORANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM PUN TAK FAHAM....? NAUZUBILLAH.

4. ANDA SEMUA TELAH DIPILIH OLEH RAKYAT SEBAGAI WAKIL UNTUK MENTADBIR NEGERI INI MENERUSI DUN. APA LAGI YANG ANDA HENDAK ? MASUK DEWAN JALANKAN TUGAS, LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG TELAH DIBERI OLEH RAKYAT. WALAUPUN DI PIHAK PEMBANGKANG PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ANDA ADALAH SAMA. BUAT APA YANG RAKYAT KEHENDAKI. BUKANNYA MEMBULI DAN MENYUSAHKAN RAKYAT. WALAUPUN PEMBANGKANG ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG ANDA PEROLEHI ADALAH DARI RAKYAT, KERAJAAN RAKYAT. BUKANNYA MASUK DEWAN UNTUK BERGADUH ATAU MEROSAKKAN HARTA RAKYAT.

5. APAKAH TIDAK ADA SEDIKITPUN TERASA DIHATI ADUN PEMBANGKANG UNTUK MECARI PENYELESAIAN SECARA MUAFAKAT. BUKANKAH ANDA JUGA RAKYAT, YANG MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG SAMA, SEPERTI JALAN RAYA, MASJID, TOKONG, DAN KUIL...? RAKYAT SEKARANG BUKAN BENAK BUKANYA BISU. MEREKA TELAH CELEK IT, BOLEH MENILAI SIAPA ANDA. TAK USAHLAH BERMAIN SANDEWARA, SEOLAH-OLAH RAKYAT YANG HENDAK BUAT PILIHAN RAYA SEMULA. JANGANLAH FIKIRKAN KEDUDUKAN KERUSI EMPUK ANDA SEMATA-MATA, RAKYAT JELATA DIPERKUDA.

6. YANG PALING TAK SEDAP DI DENGAR, ADA PULA SUARA-SUARA SONGSANG YANG MEMBUAT TUDUHAN LIAR, HINGGA SANGGUP MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA SULTAN. RAKYAT JENIS APAKAH INI? SAYANG SERIBU KALI SAYANG, DATO' SAGOR DAN MAHARAJA LELA DAH TAK ADA.

7. TOK NGAH SEKALI LAGI MENGATAKAN JANGANLAH BULI RAKYAT, LAKSANAKANLAH TUGAS ANDA SEBAGAI ADUN DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN LAPANG DADA. JAGALAH KAWASAN MASING-MASING, TANYA DAN BERILAH APA YANG MEREKA KEHENDAKI. ITULAH SEBENARNYA TUGAS ADUN.

TOK NGAH.