Labels

Thursday, May 14, 2009

POLITIK PERAK MASIH BERGOLAK

1. SEMUA ORANG TAHU DAN RIMAS DENGAN KEADAAN POLITIK DI PERAK KINI. MALAH RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN GELAGAT PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG TAK HABIS-HABIS MEMBUAT KACAU. SEJAK DARI 2008 HINGGA HARI INI, TIDAK HENTI-HENTI MEMBUAT KERENAH. TAK DAPAT MESYUARAT DALAM DEWANBUAT BAWAH POKOK. LEPAS MOHAMAD NIZAR BUAT HAL, SIVAKUMAR PULA TUNJUK HEBAT. MASING-MASING ADA WATAK JAHAT SEPERTI PELAKON FILEM HINDUSTAN.

2. KALAU DENGAR CAKAP, SEMUANYA HENDAK MEMBELA NASIB RAKYAT, NAK
BANGUNKAN NEGERI SUPAYA MAJU. NAK BUAT ITU NAK BUAT INI, SEMUANYA
YANG ELOK-ELOK BELAKA. SELAMA PAKATAN RAKYAT MEMERENTAH SATU BATANG TIANG PON TAK TERTEGAK, USAHKAN BANGUNAN 5 TINGKAT ATAUKILANG-KILANG UNTUK MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN, KEPADA RAKYAT.
HABUK PUN TAK ADA........?

3. YANG SANGAT-SANGAT TOK NGAH HAIRAN TU, YB. MOHD NIZAR BOLEH KATA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MENGAIBKAN...? APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH NAMANYA?

4. DALAM MASA YANG SAMA BELIAU JUGA TURUT MEMOHON RAYUAN KEPADA MAHKAMAH. APA MAKNANYA INI SEMUA. UDAH-UDAH LE TU YEOP....JAWATAN DI DUNIA NI APALAH SANGAT. DI AKHIRAT NANTI SUSAH NAK JAWAB, JADI TOK NGAH MINTA KEPADA SEMUA, TERUTAMANYA IR MOHAMAD NIZAR,
REDHO LAH DENGAN QADA' DAN QADAR.

5. RAKYAT PERAK DAH GETEK, MELUAT TENGOK ORANG POLITIK BERTELAGAH
MACAM KUCING DENGAN............? BERSATULAH, BERDAMAILAH, AKUILAH KELEMAHAN MASING-MASING. NEGARA, NEGARA KITA, BANGSA, BANGSA KITA. BERSERAHLAH KEPADA ALLAH.

TOK NGAH.