Labels

Wednesday, May 13, 2009

VETERAN UMNO SOKONG REBRANDED

1. PENJENAMAAN SEMULA ( REBRANDED ) TERHADAP UMNO YANG TELAH DISARANKAN OLEH YAB PEDANA MENTERI MALAYSIA, DATO SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK.

2. PADA FAHAMAN TOK NGAH, PENJENAMAAN SEMULA ITU ADALAH TUKAR NAMA YANG ADA SEKARANG KEPADA NAMA BARU. IAITU ( UMNO ) KEPADA ......?
UMNO ITU PERKATAAN INGGERIS, (UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION ) , YANG DITERJEMAH DARI BAHASA MELAYU " PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU " RINGKASNYA ( PEKEMBAR ) DAN LAMBANG YANG DITULIS DALAM HURUF JAWI ITU ADALAH ( PA, KAP, MIM, BA, RO ). APAKAH INI YANG YANG HENDAK DI JENAMAKAN SEMULA?

3. ATAU ADA LAIN-LAIN MAKSUD, TOK NGAH KURANG ARIF. KALAU PENJENAMAAN SEMULA ITU SEPERTI YANG TOK NGAH FAHAM, MAKA TOK NGAH CADANGKAN SUPAYA NAMA DALAM BAHASA MELAYU ITU DI KEMBALIKAN SEMULA.

4. PEMIMPIN DAN AHLI UMNO PERLU BERANI BERUBAH. KATA PM KITA. DI
MANA DAN DARIMANA HARUS KITA BERUBAH? PERLEMBAGAANYA ATAU PEMIMPINYA? PADA HEMAT TOK NGAH, SETELAH 63 TAHUN UMNO LAHIR,
BUKANNYA TAK PERNAH BERUBAH. BANYAK SEKALI BERLAKU PERUBAHAN DALAM UMNO, CUMA KITA SEDAR DENGAN TIDAK SEDAR SAHAJA. CONTOHNYA SEMASA ADA PEMILIHAN..........DULU ZAMAN TOK NGAH, TIDAK ADA PEREBUTAN, MALAH MENOLAK UNTUK JADI KETUA ATAU JAWATANKUASA. SEKARANG...? TAU-TAULAH. DULU PEMIMPIN TURUN PADANG RAJIN MENCARI AHLI, MASUK KAMPUNG KELUAR KAMPUNG. TAK ADA IMBOHAN KELUAR DUIT KOCEK SENDIRI. MESYUARAT, MAKAN NASI BUNGKUS.

5. YANG PENTING PERLEMBAGAAN UMNO PERLU DI KAJI DAN DIPINDA. SETIAP PEMIMPIN DIHADKAN TEMPOH MEMEGANG JAWATAN TERMASUK HAD UMUR.
2 HINGGA 3 PENGGAL CUKUP BAGI LALUAN. JIKA DAH SAMPAI UMUR 60 TAHU
KE ATAS, ELOKLAH BERUNDUR. MASUK VETERAN TAK PERLU REBUT-REBUT.

TOK NGAH.