Labels

Friday, June 12, 2009

BAHASA INGGERIS TAK WAJIB

1. MASALAH BAHASA AMAT KONFLIK DAN SENSITIF UNTUK DI BICARAKAN DENGAN SECARA TERBUKA. WALAU BAGAIMANA PUN IA ADALAH PERLU DAN PENTING BAGI SETIAP MANUSIA DAN BANGSA. BAHASALAH MENENTUKAN BANGSA. HILANG BAHASA HILANGLAH BANGSA.

2. BAGI TANAH MELAYU, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN KINI MALAYSIA. BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA IBUNDA ( ORANG MELAYU ) DAN BAHASA RASMI NEGARA. OLEH ITU IA ADALAH BAHASA WAJIB BAGI SETIAP WARGA NEGARA MALAYSIA. TIDAK ADA LAIN BAHASA, ITULAH BAHASA MELAYU. HAMPIR 300 JUTA ORANG BERTUTUR DALAM BAHASA TERSEBUT DI DUNIA HARI INI. BAHASA MELAYU ATAU BAHASA KEBANGSAAN SAMA TARAFNYA DENGAN BAHASA KEBANGSAAN NEGARA-NEGARA LAIN SEPERTI JEPUN, KOREA , CHINA DAN THAILAND.

3 MENERUSI PERTUTURAN BAHASA MASING-MASING, KITA DAPAT TAHU DAN KENAL SESUATU BANGSA ITU. OLEH YANG DEMIKIAN BAHASA MELAYU ADALAH PENTING DAN WAJIB DIPELAJARI OLEH SETIAP RAKYAT NEGARA INI, BAGI MENENTUKAN KITA DIKENALI SEBAGAI SATU BANGSA YANG WUJUD DALAM DUNIA INI. PEPATAH HANG TUAH, MELAYU TAK HILANG DI DUNIA. PERLU DI HAYATI DAN DIFAHAMI DENGAN SEDALAM-DALAMNYA.

4. SETELAH 52 TAHUN MERDEKA, MASALAH BAHASA MASIH LAGI DIPERDEBAT DAN DIPERTIKAIKAN. HINGGA KINI TIMBUL PULA CADANGAN HENDAK MEWAJIBKAN BAHASA KEDUA, IAITU BAHASA INGGERIS DI PERINGKAT SPM DAN KE ATAS. NAMPAKNYA BANGSA MALAYSIA KHASNYA BANGSA MELAYU, SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN BAHASA IBUNDA SENDIRI. MALAH MERASA KETINGGALAN JIKA BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU. BAGAIMANA KIRANYA KITA BERADA DI NEGARA JUPUN ATAU KOREA, ADAKAH MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA ASING KHAS BAHASA INGGERIS? DEMIKIAN JUGA DENGAN NEGARA-NEGARA TIMOR TEGAH DAN AMERIKA LATIN?

5. DENGAN TIDAK BERTUTUR BAHASA INGGERIS ADAKAH KITA BOLEH DIANGGAP MUNDUR ATAU TIDAK BERTAMADUN? PADA HATI KECIL TOK NGAH, ADA BAIKNYA TIDAK DI WAJIBKAN BAHASA INGGERIS DALAM PERINGKAT SPM DAN KE ATAS. BAHASA KEDUA ATAU KETIGA, BOLEH DIPELAJARI BILA-BILA MASA DAN DI MANA-MANA SAHAJA. DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA KEJAYAAN. SETAKAT LULUS SAHAJA SUDAH MEMADAI. KEMUDIAN BOLEH BELAJAR SENDIRI BAHASA KEDUA ATAU KETIGA. ILMU BOLEH DI TUNTUT WALAU PUN HINGGA KE NEGERI CHINA.

6. TOK NGAH HARAP MEREKA YANG BIJAK PANDAI, PERLU MENCARI JALAN DAN PEMUDAH CARA BAGAIMANA HENDAK MENGUASAI BAHASA KEDUA ATAU KETIGA ITU. JANGAN DI BEBANKAN MURID-MURID SEKOLAH DENGAN MATA PELAJARAN YANG TIDAK DIGUNAKAN SETELAH HABIS BELAJAR.

TOK NGAH.