Labels

Friday, June 12, 2009

KERAJAAN BN BEKERJA - PR MENGHASUT

1. NAMPAKNYA SEMENJAK DUA MENJAK INI, KERAJAAN BN DI PERAK PIMPINAN YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR, SIBUK BERKERJA SIANG MALAM, PERGI KE DAERAH DAN KAMPUNG-KAMPUNG, MALAH BERMALAM DI MASJID BERSAMA RAKYAT, UNTUK MENGETAHUI DAN MENGATASI MASALAH RAKYAT SETEMPAT. TOK NGAH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SHABAS KEPADA YAB DATO' SERI DAN EXCONYA YANG BEKERJA KERAS.

2. TETAPI YANG PELIKNYA, ADUN DARI PAKATAN RAKYAT (PR) SIBUK JUGA KE HULU KEHILIR BUAT CERAMAH MENGHASUT RAKYAT, MENGATAKAN BAHAWA BN DAN UMNO TIDAK BUAT APA-APA. MALAH BN TELAH MERAMPAS KUASA DAN TAKUT UNTUK MEMBUBARKAN DUN. PERKARA INI TELAH DI NYATAKAN OLEH ADUN PASIR PANJANG, YB. IR MOHD NIZAR DAN NAIB PRESIDEN KEADILAN MUSTAFA KAMIL AYUB, DI CANGKAT LADA BARU-BARU INI.

3. KONONNYA PR HENDAK MENYEDAR DAN MENCELIKAN MINDA RAKYAT, MANAKALA UMNO MEMBAWA PENDEKATAN MENAKUTKAN RAKYAT DAN MENGUGUT JIKA TIDAK MENYOKONG MEREKA. DIMANAKAH KEBENARAN KATA-KATA MEREKA INI? JENUH SAYA CARI FAKTA DAN DALIL YANG BOLEH DI RUJUK UNTUK MEMBENARKAN TUDUHAN ATAU HASUTAN YANG MEREKA BUAT. SELAMA 52 TAHUN BN DAN UMNO MEMERINTAH, TIDAK ADAKAH AHLI PAS DAN PR YANG MENERIMA NIKMAT KEMAJUAN YANG DIBAWA OLEH BN ATAU UMNO? SEKOLAH MANA MEREKA BELAJAR? JALAN RAYA MANA YANG MEREKA GUNAKAN? DAN MASJID MANA TEMPAT MEREKA SEMBAHYANG? BUKANKAH ITU SEMUA HASIL USAHA KERAJAAN BN DAN UMNO?

4. MUNGKIN BANYAK LAGI KEMUDAHAN DAN KEMAJUAN YANG SAMA-SAMA KITA LIHAT DAN NIKMATI SEJAK 52 TAHUN MERDEKA. TOK NGAH PERCAYA RAKYAT SENDIRI DAPAT MENILAI DAN MELIHAT SENDIRI, KERANA RAKYAT TELAH DI DIDIK DAN DI CELIKAN MINDA MEREKA SELEPAS MERDEKA. YANG TAK CELIK BUTA MATA DAN BUTA HATI, IALAH PEMIMPIN PR YANG MEMBUAT TUDUHAN BERKENAAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH...?
TOK NGAH.