Labels

Tuesday, June 23, 2009

BUDAK NAKAL MASUK PARLIMEN

1. TOK NGAH TERKEJUT DAN RASA AMAT MALU DENGAN TINGKAH LAKU YANG DILAKUKAN OLEH ( BUDAK NAKAL ) AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG. MEMANG BENAR PEPATAH MELAYU MENYEBUT BAGAI SIKUDUNG MENDAPAT CINCIN, ATAU CACING NAIK KE MATA.

2. APA YANG TOK NGAH DAPAT PENGAJARAN DARI KEADAAN YANG BERLAKU DALAM TIMPUH LIMA MINIT DI PARLIMEN ITU, TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN BAHAWA AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG, BUKAN SAHAJA MEMALUKAN NEGARA YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI BERPARLIMEN, MALAH MEMALUKAN KELUARGA DAN ANAK ISTERI MALAH KANAK-KANAK SEKOLAH YANG MELIHAT. PUN BEGITU SATU HAL LAIN YANG DAPAT TOK NGAH SEBUT BAHAWA BELIAU BUKAN SAHAJA HENDAK MEMALUKAN DS. DR. ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR PERAK, TETAPI DENGAN SECARA LANSUNG MENGHINA SULTAN PERAK. DENGAN MENJERIT BUBAR DUN PERAK BERKALI-KALI.

3. DENGAN ITU TOK NGAH CADANGKAN SUPAYA KERENAH BUDAK NAKAL MASUK PARLIMEN INI DILUCUTKAN GELARAN YANG DI ANUGERAHKAN KEPADA BELIAU SERTA RAKAN-RAKANNYA. RAKYAT PERAK MALU DAN AMAT TERHINA DENGAN TINGKAH LAKU YANG DITUNTUN OLEH MANUSIA SELURUH DUNIA. ORANG PERAK SEJAK DULU LAGI PENUH BERADAP DAN BERSOPAN SANTUN, JIKA ADA YANG BIADAP DAN TIDAK SOPAN SEPERTI ITU, BUKAN SAHAJA DI LUCUTKAN GELARAN, MALAH BELIAU PERLU MELETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN.

TOK NGAH.