Labels

Monday, June 22, 2009

PERPADUAN MELAYU AMAT PERLU

1. BANYAK PIHAK MERASA BIMBANG DAN CEMAS DENGAN PERPECAHAN ORANG MELAYU DI BUMI BERTUAH INI. HINGGA SS TAN SERI HARUSSANI, MUFTI PERAK TURUT MEMBERI AMARAN, SUPAYA SEGERA MENCARI JALAN UNTUK MENYATUKAN ORANG MELAYU SEBELUM PARAH. TOK NGAH JUGA TURUT TERUJA, MALAH GERUN AKAN SENARIO YANG ADA.

2. PUNCA SEGALA MACAM KEKECOHAN DAN KUCAR KACIR YANG TERJADI DAN SEDANG BERLAKU KINI, ADALAH DISEBABKAN ORANG MELAYU LEKAS LUPA DAN TAMAKAN JAWATAN DAN GAIRAH HENDAK JADI YB. KATA Y.BHG. TUN DR MAHATHIR MUHAMAD MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. TOK NGAH SETUJU DENGAN HUJAH TUN ITU. TETAPI TOK NGAH INGIN TAMBAH BAHAWA IA BERMULA DARI PENYINGKIRAN DS ANUAR IBRAHIM 1989. SETELAH DI BEBASKAN DAN KINI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH MERANGKAP PENASIHAT PKR.

3. SEBELUM DAN SELEPAS PRU KE-12, PENASIHAT PKR TIDAK HENTI-HENTI MEMBUAT ONAH DAN MENGHASUT SUPAYA ORANG MELAYU LIBANG LIBU DAN BERPECAH, TERUTAMANYA ORANG-ORANG MUDA. USAHANYA TELAH BERJAYA MENUMBANGKAN EMPAT BUAH KERAJAAN NEGERI YANG DITERAJUI BN. BILA DS ABDUL HADI AWANG (PAS) CADANG KERAJAAN PERPADUAN, PENASIHAT PKR, SELAKU JURU CAKAP PR, UMNO PERLU MINTA MAAF KESILAPAN YANG LAMPAU.

4. TOK NGAH RASA PELIK DAN HAIRAN JUGA DENGAN SARANAN YANG DI BUAT DS ANUAR ITU. APAKAH BELIAU TIDAK TERLIBAT (JIKA ADA KESLAHAN YANG LALU ) SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI DAN TIM. PERDANA MENTERI SELAMA 17 TAHUN DALAM UMNO DAHULU? TIDAK KAH BELIAU MERASA BERSALAH ATAU SEPERTI MELUDAH KE LANGIT TIMPA KE HINDUNG SENDIRI...? ATAU BELIAU SEOLAH-OLAH BALING BATU SEMBUNYI TANGAN?

5. DAP DAN PAS PASTI TIDAK LUPA ATAU TIDAK TERBAYANG BAHAWA BELIAULAH YANG LANTANG MENGUTUK DAP DAN PAS SELAMA 17 TAHUN BELIAU DALAM KERAJAAN BN? AGAKNYA MUNGKIN DAP DAN PAS DAH MAAFKAN BELIAU, TETAPI TIDAK KEPADA UMNO...? BEGITULAH LICIKNYA DSA MELAGAKAN ORANG-ORANG MELAYU. TERMASUKLAH ADIGAN DEMONTRASI JALANAN.

6. UMNO MELAYU ISLAM, PAS PUN MELAYU ISLAM. DIMANA BEZANYA..? NAMA DAN BIN PUN ADA YANG SAMA, TETAPI UNTUK MUAFAKAT TIDAK SAMA, TIDAK SECOCOK, MALAH BERDOSA KALAU BERBINCANG SESAMA MELAYU ISLAM, DENGAN ORANG INDIA DAN CINA BOLEH.

7. BARU SAHAJA TOK GURU NIK AZIZ NAK BERLEMBUT, PENASIHAT PKR DAN RAKAN-RAKANNYA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERSAMA TIDAK ADA RUNDINGAN KERAJAAN PERPADUAN. PR KINI KUAT DAN AKAN MEMERINTAH NEGARA, TETAPI TAK TAHU BILA...?

8. TOK NGAH NAK INGATKAN ANAK CUCU SEMUA, KHASNYA ORANG MELAYU, KITA TIDAK ADA NEGERI LAIN, INILAH SATU-SATUNYA PUSAKA NENEK MOYANG KITA. KALAU BUMI BERTUAH INI TERLEPAS KEPADA KAUM-KAUM YANG PENTINGKAN KEUNTUNGAN DIRI, KETAMAKAN DAN MENGIKUT NAFSU RAKUS, HINGGA PENGGANAS KOMUNIS YANG MEMBUNUH TOK NENEK KITA PUN DIA NAK BELA DAN NAK BUAT KAWAN. ALAMAT KITA AKAN MERIMPAT DAN MENJADI PENGEMIS DINEGARA SENDIRI. FIKIR-FIKIRKANLAH.

TOK NGAH.