Labels

Saturday, June 27, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

1. PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO AKAN DIBENTANG DALAM MESYUARAT AGUNG NOVEMBER DEPAN, UNTUK KELULUSAN. DALAM PADA ITU SEMUA CAWANGAN DAN BAHAGIAN TELAH DAN AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG MASING-MASING. APAKAH DI PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN TELAH MENDAPAT GAMBARAN ATAU PENERANGAN YANG JELAS MENGENAI PINDAAN TERSEBUT?

2. DARI MAKLUMAN YANG KITA PEROLEHI, PINDAAN KALI INI AGAK MENYELURUH DAN MEMBERI KUASA PENUH KEPADA AKAR UMBI UNTUK MENENTUKAN KEPIMPINAN BAHAGIAN DAN CAWANGAN. SETIAP AHLI MEMPUNYAI SUARA & UNDI YANG SAMA DAN MENJADI AHLI SEUMUR HIDUP. KETUA CAWANGAN TAK PERLU BAYAR YURAN UNTUK AHLINYA SETIAP TAHUN. PERANAN AHLI BOLEH MENENTUKAN SESEORANG KETUA CAWANGAN ATAU BAHAGIAN KEKAL ATAU TIDAK. JIKA PINDAAN INI DITERIMA, NAMPAKNYA MASALAH POLITIK WANG MUNGKIN REDA DAN TIDAK MEJADI AGENDA UTAMA. KETUA CAWANGAN ATAU BAHAGIAN, TIDAK LAGI BOLEH MENGGUNAKAN KUASA PENUH BAGI MENENTUKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI PEMIMPIN. AHLI BIASA DIBERI KUASA BUKAN LAGI PERWAKILAN SAHAJA. KETUA BAHAGIAN ATAU CAWANNGAN JIKA NAK MAIN POLITIK WANG, IA PERLU BAWA SEBAKUL WANG, UNTUK DI AGEH-AGEHKAN. OLEH ITU SESIAPA YANG HENDAK MENJADI KETUA CAWANGAN AJK DAN SEBAGAINYA, MEREKA SEHARUSNYA IKHLAS DAN AMANAH. BERKORBAN APA SAJA. MESRA AHLI DAN RAJIN BEKERJA UNTUK AHLI.

3. AHLI UMNO HARI INI SUDAH BIJAK DAN TERDIDIK, MEREKA BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN BIJAK, BUKANNYA PEMIMPIN YANG MENENTUKAN SIAPA KETUA SIAPA AJK. DENGAN HAL YANG DEMIKIAN, ANDA YANG MENJADI KETUA CAWANGAN DAN BAHAGIAN SEKARANG, PANDANG-PANDANGLAH KEKIRI DAN KANAN, LEBIH-LEBIH LAGI YANG TELAH BEBERAPA PENGGAL MENJADI KETUA, ATAU JIKA USIA PUN DAH SENJA, ELOKLAH BERUNDUR SEGERA. BERILAH LALUAN KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MEMIMPIN. JIKA DAH BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS, ATAU TELAH TIGA PENGGAL JADI KETUA, ELOKLAH BERUNDUR DAN BUAT TUGAS SEBAGAI AHLI BIASA. ATAU TERUS JADI AHLI VETERAN. MENGELAK DARI AHLI-AHLI GETEK DAN MENJATUHKAN KITA DENGAN CARA UNDI SULIT.

4. PERUBAHAN YANG AKAN BERLAKU DALAM UMNO, MEMBERI PELUANG KEPADA PEMIMPIN YANG ADA MEMBETULKAN KESILAPAN ATAU TERLEPAS PANDANG DALAM TEMPOH KITA MENJADI KETUA ATAU AJK. HARI INI BUKAN LAGI MASA UNTUK PEMIMPIN HENDAK MENUNJUK GAH ATAU HEBAT. PILIHAN RAYA YANG KE-12 TELAH BANYAK MENGAJAR KITA. INILAH MASANYA PEMIMPIN KECIL DAN BESAR DALAM UMNO UNTUK BERUBAH SIKAP DAN PERJUANGAN. RAKYAT DIUTAMAKAN PEKERTI DIMULIAKAN.

5. UNTUK MENJADI PEMIMPIN DI PERINGKAT CAWANGAN ATAU BAHAGIAN, KITA PERLU BERILMU, BIJAK DAN MEMPUNYAI PERIBADI YANG DISENANGI RAKYAT. BIAR KAYA DAHULU KEMUDIA JADI PEMIMPIN, JANGAN JADI PEMIMPIN YANG HENDAK CARI KEKAYAAN.

TOK NGAH.