Labels

Thursday, June 25, 2009

KECEWA DENGAN SIKAP PEMIMPIN PAS

1. TOK NGAH TIDAK KECEWA DENGAN GAGALNYA KERAJAAN PERPADUAN. KERANA AWAL-AWAL LAGI TOK NGAH DAH TERKA BAHAWA PERKARA INI TIDAK MUDAH DAN IA MERUPAKAN MAINAN POLITIK PEMBANGKANG. RENTAK TARI YANG MEREKA CIPTA DAN MENGAJAK RAKYAT IKUT MENARI SAMA AMAT SUMBANG DAN TEMPANG.

2. APA YANG TOK NGAH RASA AMAT-AMAT KECEWA DAN KESAL SEKALI IALAH SIKAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG KHASNYA PEMIMPIN PAS. DAN PKR. MEREKA NAMPAKNYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN. SERBAN LAIN, JUBAH LAIN, SELIPAR LAIN DAN BAJU DALAMNYA JUGA TIDAK SAMA. SUNGGUH MEREKA PAKAR TEMBERANG DAN PAKAR PUTAR BELIT. POLITIK MEREKA ADALAH POLITIK PERIBADI YANG SYOK SENDIRI TIDAK PEDULI APA JADI PADA BANGSA, NEGARA DAN AGAMA. RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM, RENUNGLAH DALAM-DALAM DAN FIKIRKANLAH DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN BERSIH. APAKAH JADAHNYA ORANG YANG PANDAI AGAMA BOLEH CAKAP PUTAR BELIT? SEMALAM KATA YA HARI INI KATA TIDAK DAN LUSA PULA BUAT LAIN KEPUTUSAN.

3. MURSYIDUL AM PAS, TOK GURU, PRESIDEN PAS PAK GURU, NAMPAKNYA BUKAN SAJA ULAMAK MALAH ALIM DALAM ILMU MENIPU RAKYAT, SEMATA-MATA KERANA POLITIK PERIBADI MEREKA. TOK NGAH SETUJU DENGAN SAUDARA ZAINI HASSAN, DALAM TULISAN CUITNYA PADA 24 JUN 09 YANG LALU. YANG MANA BELIAU MENGGELAR POLITIK TOTOK ( political animal ). TUAN PRESDIEN PAS YANG BERWAJAH GARANG DAN BERCERAMAH BEGITU LANTANG, KECUT DENGAN PENASIHAT PKR YANG SEDANG MENUNGGU PERBICARAAN KES LIWAT. PUN GITU JUGA DENGAN MURSYIDUL AM PAS, NAMPAK MACAM ALIM DAN JUJUR, TETAPI KECUT DENGAN PRESIDEN DAN PENASIHAT DAP. TAK LAMA LAGI PASTI DUA ORANG PEMIMPIN DAP NI PANDAI MENGUCAP DAN BACA DOA SETELAH DIAJAR OLEH MURSYIDUL AM PAS. SEPERTI ADUN DAP PERAK YANG BACA AYAT AL QURAN YANG DI AJAR OLEH ADUN PASIR PANJANG...?

4. TOK NGAH PERCAYA, MURSYIDUL AM PAS BERSAMA PRESIDEN PAS, BOLEH TARIK MEREKA MASUK JADI AHLI PERKIM TIDAK LAMA LAGI. ITULAH SEBABNYA MEREKA YAKIN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH NEGARA DI MASA AKAN DATANG. DENGAN YANG DEMIKIANLAH MEREKA MENGHARAMKAN BERBINCANG DENGAN UMNO. UMNO KOTOR. UMNO RASYUAH, UMNO TAK BUAT APA SELAMA 52 TAHUN MERDEKA. PEMIMPIN UTAMA PAS ITU, BERTAMBAH YAKIN DAN GAH DENGAN PUJUK RAYU DAN GULA-GULA PENASIHAT PKR, DALAM TEMPUH SEHARI SEMALAM BOLEH UBAH STATMEN.

5. KEPADA AHLI-AHLI PAS DAN PKR (MELAYU), RENUNG-RENUNG, FIKIR-FIKIRKANLAH, APA AKAN JADI JIKA JIKA SELSEMA BABI MEREBAK DALAM PAKATAN RAKYAT...? KERAJAAN MANA YANG AKAN MENANGANINYA? HOSPITAL MANA YANG MEREKA PERGI...? KALAU DEMIKIANLAH SIKAP DAN PEGANGAN POLITIK PEMIMPIN PAS, KEMANAKAH ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM TURUN TEMURUN HENDAK PERGI...? NAMPAKNYA KITA KENA BUAT ROKET NAIK KEBULAN TEMPAT YANG BELUM DI JAJAH ITU.

6. TOK NGAH TABEK DAN BANGGA DENGAN PEMIMPIN BN. MEREKA BUAT KERJA SIANG MALAM KERANA NAK BELA NASIB RAKYAT, NAK STABILKAN EKONOMI NEGARA, NAK BUAT SEKOLAH BAGI ANAK-ANAK KITA BELAJAR. SEKUNTUM BUNGA JUGA PERLU DIBERI KEPADA YB. PASIR MAS, KERANA WALAU PUN TIDAK ADA DALAM KERAJAAN BN BELIAU NAMPAK SUNGGUH-SUNGGUH MENJADI WAKIL RAKYAT. INILAH CONTOH YANG PATUT DI TIRU DI IKUT. BUKANNYA CARA WAKIL RAKYAT BUKIT GANTANG, KALUT.

TOK NGAH.