Labels

Thursday, June 25, 2009

SAMBUTAN ULANG TAHUN SENIMAN

1. PADA 29 MEI 2009 YANG LALU, TOK NGAH NEKAT PERGI KE KL. TERUS KE MASJID WILAYAH DI JALAN DUTA, SEMATA-MATA UNTUK BERSAMA MERAYAKAN HARI SENIMAN. TETAPI MALANGNYA SAMPAI DISANA, UPACARA TELAH DIUBAH KE FINAS. LEPAS MAGHRIB TOK NGAH DAN ISTERI TERUS KE FINAS ULU KELANG. SAMPAI DI KOMPLEK FINAS PARA HADIRIN TELAH MEMBACA DOA. TOK NGAH DAN ISTERI DIJEMPUT OLEH KAKI TANGAN PIHAK PENGANJUR UNTUK DUDUK DIMEJA YANG TELAH DISEDIAKAN.

2. TOK NGAH BUKANNYA SEORANG SENIMAN YANG HEBAT, TETAPI TOK NGAH PERNAH MENJADI AHLI SENIMAN SEMASA ALAH YARHAM ZAINUDIN ZIMBO MENJADI PRESIDEN SENIMAN. BILA BERSARA BALIK KE IPOH, TERUS PUTUS HUBUNGAN. PUN BEGITU HUBUNGAN DENGAN BEBERAPA PELAKON LAMA MASIH ADA. SELAIN DARI SAMBUTAN HARI SENIMAN TARIKH TERSEBUT BAGI MEMPERINGATI PEMERGIANYA SENIMAN AGUNG KITA TAN SERI P. RAMLEE .

3. HATI TOK NGAH MERASA MEGAH DAN GEMBIRA DAPAT HADIR SAMA PADA MALAM ITU, WALAUPUN TIDAK MENERIMA KAD JEMPUTAN, HANYA MENDENGAR PENGUMUMAN OLEH DATUK MUSTAPA MAAROF MELALUI RADIO KLASIK NASIONAL. HARAPAN TOK NGAH KOT-KOT DAPAT BERJUMPA DENGAN TEMAN-TEMAN LAMA YANG PERNAH BERLAKUN DENGAN TOK NGAH DARI TAHUN 1976 HINGGA 1992. TETAPI MALANGNYA TAK RAMAI MEREKA YANG HADIR. ENTAH KENAPA AGAKNYA TOK NGAH TAK PASTI. TOK NGAH HANYA DAPAT BERTEMU DENGAN SEORANG PELAKUN VETERAN MARYANI, YANG PERNAH BERLAKUN DENGAN TOK NGAH DALAM DRAMA TOK AWANG.

4. BILA SEBUT SENIMAN, TOK NGAH TERBAYANG WAJAH-WAJAH KARIM LATIF, AHMAD TARMIMI SAREGA, BAHARUDIN OMAR (ANJANG AKI), ABU BAKAR OMAR, ABU BAKAR JUAH, AHMAD BUSU, MAN KERING, ZAINURDIN ISMAIL, TERMASUKLAH M.RAJOLI, SHUKRI HASHIM ( ALLAH YARHAM ), WAN MAIMUNAH, WAN CHIK, FAUZIAH NAWI, DIAN P.RAMLEE, NORMAH DAMANHURI, NORLIA GHANI DAN LAIN-LAIN. TETAPI MALANGNYA MEREKA TAK NAMPAK MUKA PUN? APAKAH MEREKA TIDAK DI JEMPUT? ATAU TAK TURUT SERTA?

5. TOK NGAH RASA SAMBUTAN HARI SENIMAN YANG DI HADIRI OLEH YB. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN. SEPATUTNYA LEBIH RAMAI PELAKUN LAMA DAN BARU YANG DI GELAR SENIMAN TURUT HADIR. TETAPI TIDAK DEMIKIAN, MUNGKIN MEREKA SEDANG BERADA DI LOKASI KUT. DI AKHIR MAJLIS, TOK NGAH DAPAT BERSALAM DENGAN YB. MENTERI TETAPI TOK NGAH TAK NAMPAK PUN DATUK MUSTAPA .....?

TOK NGAH, SEDIH.