Labels

Monday, August 24, 2009

MELAYU SEMAKIN LAYU & HILANG JIKA.......?

TANAH MELAYU, BANGSA MELAYU, BAHASA MELAYU, ADAT MELAYU DAN RAJA MELAYU AKAN HILANG JIKA SEMANGAT HANG TUAH DAN JEBAT TIDAK ADA DALAM JIWA ORANG MELAYU KHASNYA ANAK MUDA MELAYU MASA KINI.

WALAU PUN HANG TUAH PERNAH BERKATA "MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA", LIMA ENAM RATUS TAHUN YANG LALU, TETAPI KINI ZAMAN DUNIA TANPA SEMPADAN, KITA TIDAK YAKIN KATA-KATA HIKMAT ITU MASEH RALAVEN. DENGAN KEADAAN ORANG MELAYU KINI TELAH BERBALAH SESAMA SENDIRI, DI TAMBAH DENGAN DAKYAH DARI LUAR DAN DALAM YANG SEMAKIN HEBAT, NAMPAKNYA MELAYU SEKARANG DAN PEMUDANYA YANG SUDAH HILANG TIANG SERI, PASTI MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA. YANG PALING MALANG TANAH MELAYU TIDAK WUJUD LAGI.

PEMIMPIN MELAYU YANG ADA SEKARANG DAN AKAN DATANG, WAJIB SEDAR DAN BERMUHASABAH DIRI, JIKA TIDAK INGIN PERKARA INI BERLAKU. SEMANGAT JUANG, SEMANGAT KEBANGSAAN DAN SEMANGAT YANG DITERAPKAN MENERUSI AGAMA ISLAM WAJIB DI TONJOL DAN DIAMALKAN SAMPAI BILA-BILA. SEMUA BANGSA DI DUNIA INI RELA SYAHID DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMANYA. LIHAT DAN RENONGLAH SELUAS-LUAS LANGIT DAN BUMI, DAN FIKIRLAH HINGGA KE LUBUK HATI, DI MANA DAN KEMANA BANGSA MELAYU HENDAK PERGI?

SEBELUM DUNIA KIAMAT, ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM HENDAK BUAT APA?, HENDAK CARI APA? DAN HENDAK PINDAH KEMANA?

RAMAI PEMIMPIN, CENDIKIAWAN DAN ULAMAK BERCAKAP DAN MENULIS MENGENAI BANGSA MELAYU, NEGARI MELAYU, BAHASA MELAYU, ADAT
MELAYU DAN EKONOMI ORANG MELAYU. TETAPI ORANG MELAYU MASIH LAGI TERKIAL-KIAL DAN LEBIH TERUK, BERBALAH SESAMA SENDIRI. MASING-MASING MAHU MENEGAKAN BENANG BASAH. MULAI DARI KAMPUNG HINGGA KE BANDAR DAN IBU KOTA ASYIK MENUDING JARI TERHADAP BANGSA SENDIRI. BANGSA LAIN, KAUM LAIN MENGHINA DAN MENJATUHKAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA SENDIRI TIDAK DI AMBIL PEDULI.

TERBARU BANGSA MELAYU DIKEJUTKAN OLEH SEORANG ILMUAN DR. MOHD RIDHUAN TEE. YANG BERANI MENDEDAHKAN SIFAT DAN SIKAP KEUM BANGSANYA SENDIRI, YANG SAKIT HATI DAN CEMBURU DENGAN BELIAU SETELAH BELIAU MEMELUK AGAMA ISLAM. BUKAN ITU SAHAJA, BELIAU TURUT MENDEDAHKAN FAHAMAN YANG DIPEGANG OLEH KAUM CINA YANG KINI BERANI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN KAUM DAN BANGSANYA. LANTAS BELIAU TURUT MENCADANGKAN SUPAYA AKHBAR BERBAHASA CHINA DI TERJEMAHKAN DALAM BAHASA MELAYU, KERANA SURAT KHABAR BERBAHASA CHINA SENTIASA BERSIKAP PERKAUMAN YANG BAHASANYA TIDAK DI FAHAMI OLEH ORANG MELAYU.

PANDANGAN DAN CADANGAN DR. MOHD RIDHUAN TEE INI, WAJIB DI SAMBUT DAN DITERJEMAHKAN OLEH PEMIMPIN, PEJUANG DAN CENDIKIAWAN MELAYU. JANGAN SAMPAI DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH. JANGAN SAMPAI TRAGEDI 14 HARI PEMERINTAHAN KOMUNIS TANAH MELAYU BERULANG LAGI. PARTI POLITIK PERKAUMAN TELAH WUJUD DAN JELAS BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN BANGSA MELAYU, BAHASA MELAYU DAN EKONOMI MELAYU. TERUTAMANYA DAP DAN PKR.

WALAUPUN MAC, GERAKAN DAN MIC BERSAMA DALAM BN, SETELAH PRU KE 12, NAMPAKNYA MEREKA INI TELAH RENGGANG DAN JUAH MENINGGALKAN UMNO. DALAM KEADAAN DEMIKIAN PAS PULA MENGAMBIL KESEMPATAN MENAGGUK DI AIR YANG KERUH. MANAKALA PKR DI BAWAH KEPIMPINAN DS ANWAR IBRAHIM, KHALID IBRAHIM DAN ZAID IBRAHIM BELOT KEPADA BANGSA SENDIRI KERANA DENDAM DAN INGIN MENJADI PENERAJU NEGARA.

KEMANA BANGSA MELAYU, BAHASA MELAYU DAN EKONOMI MELAYU HENDAK DI BAWA? PASTINYA IA AKAN HILANG DAN LENYAP DITELAN SEJARAH YANG SEDIH DAN MENYAKITKAN.

TAK LAMA DULU TOK NGAH SUDAH SARANKAN SUPAYA BANGSA MELAYU BANGKIT. TETAPI TIDAK ADA RESFON, KINI TOK NGAH MINTAK SANGAT SUPAYA PEMIMPIN MELAYU KHASNYA DARI UMNO BANGKIT DAN BUKA LIPATAN SEJARAH ASAL USULNYA UMNO ITU DI TUBUHKAN, UNTUK APA DAN UNTUK SIAPA? GUNA KUASA YANG ADA SEBELUM ORANG LAIN MERAMPAS KUASA. SAYANGILAH TANAH MELAYU, BANGSA MELAYU, BAHASA MELAYU DAN RAJA MELAYU.

TUN. DR. MAHTHIR MUHAMMAD, PERNAH BERKATA MELAYU LEKAS LUPA, MELAYU BOLEH, MELAYU CERDEK DAN MELAYU PANDAI. BARU-BARU INI BEKAS HAKIM MAHKAMAH RAYUAN, DATUK MOHD NOOR, TURUT MEMBERI PENJELASAN TENTANG PENGERTIAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN. SEBELUM ITU DYTM RAJA DR NAZRIN SHAH, RAJA MUDA PERAK, DYMM SULTAN KEDAH DAN DYMM SULATAN SELANGOR TELAH MENGINGATKAN RAKYAT MALAYSIA TENTANG TUJUH WASIAT, SUPAYA JANGAN MENYENTUH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, WANG ZAKAT DAN KONTREK SOSIAL.

APAKAH PERKARA YANG DI SENTUH ITU TIDAK MEMPUNYAI NILAI DAN MAKNA KEPADA PEMIMPIN MELAYU DAN KERAJAAN MALAYSIA? JIKA DAHULU DATOK NENEK KITA BERJUANG DENGAN SEHELAI SEPINGGANG, KINI DENGAN KEADAAN MEWAH DAN CANGGEH, TIDAK NAMPAK JALAN KELUAR DAN KECUT UNTUK BERTINDAK? JANGAN BIARKAN PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA BERMAHARAJA LELA DAN RAKYAT HILANG KEYAKINAN, NASI DAH JADI BUBUR BARU NAK BERTINDAK. AYOH BANGKITLAH BANGSAKU, JANGAN BIARKAN TANAH MELAYU, BANGSA MELAYU DAN BAHASA MELAYU HILANG DI DUNIA.

TOK NGAH.