Labels

Saturday, August 22, 2009

PEMUDA PAS PERAK SOMBONG.

BARU SETAHUN JAGUNG SUDAH NAK TUNJUK GAH DAN BERLAGAK SOMBONG. JANGAN JADI LEMBU DI CUCUK HIDUNG, MENGIKUT SAHAJA APA KATA MEREKA YANG BERKEPENTINGAN. NILAI DIRI DAN MARUAH BANGSA JANGAN DIGADAI.

PEMUDA PAS PERAK, NAMPAKNYA BEGITU GHAIRAH UNTUK MAIN POLITIK MURAHAN DENGAN MEMBUAT LAPORAN BAHAWA UMNO RACUNI PENUNTUT DI LUAR NEGARA. DIMASA YANG SAMA DPPNP MEMBUAT SURAT ADUAN RASMI AGAR YAB DATO' SERI DR ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK, DI AMBIL TINDAKAN. BEGITUKAH CARA PEMIMPIN PR KHASNYA PAS PERAK HENDAK MENTADBIR NEGERI? TIDAK CUKUP DENGAN KERENAH PESURUHJAYANYA YANG MERAMPAS PEMBESAR SUARA DARI IMAM DI MASJID SIMPANG, SEMASA PILIHAN RAYA KECIL BUKIT GANTANG, KINI PEMUDANYA PULA NAK TUNJUK SIKAP KURANG SOPAN TERHADAP PEMIMPIN.

KALAU NAK BUAT SESUATU TINDAKAN, ATAU HENDAK MEMBUAT TEGORAN BIARLAH DENGAN LOJIK DAN ADA MANFAATNYA TERHADAP RAKYAT DAN NEGERI. KALAU HANYA UNTUK MENIMBULKAN KEKECOHAN DAN MENJATUHKAN MARTABAT BANGSA DAN AGAMA. LEBIH BAIKLAH DIAM DAN BUAT AMAL YANG LEBIH AFDAL. USIA YANG MUDA JANGAN DIHABISKAN DENGAN KERJA SIA-SIA YANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN BANGSA.

BANGSA DAN NEGERI SENDIRI AKAN TERGADAI, KERANA MENGIKUT TELUNJUK MEREKA YANG BERKEPENTINGAN. DAP DAN PKR TELAH BERJAYA MEMAINKAN POLITIK PERKAUMAN DAN MENGHASUD ANAK MUDA PAS. ANDA BELUM LAGI SAMAPAI MASANYA UNTUK MENYANGGAH PEMIMPIN TERTINGGI DI NEGERI INI. ANDA LAHIR ADALAH SETELAH BN MENJANA KEMAJUAN DAN INFRASTRUKTUR YANG ANDA TERUS DAPAT PENDIDIKAN YANG SEWAJARNYA.

SETAKAT HENDAK MENDAPATKAN PABLISITI MURAHAN DI AHKBAR-AKHBAR LEBIH BAIK BUAT PROGARAM YANG MENDATANGKAN MANFAAT DAN MEMBENA JATI DIRI DAN BANGSA. MALAYSIA KHASNYA PERAK, ADALAH BUMI YANG DIPIJAK DAN DIBINA OLEH BANGSA SENDIRI, MELAYU SEJAK BERZAMAN YANG LALU. JANGANLAH BERJUANG DAN MENUNJUK BERANI, KERANA NAMA DAN JAWATAN. KEMAJUAN YANG ADA JANGAN DIROBOH, PEMIMPIN YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA JANGAN DIHINA.

ANAK MELAYU PERAK TIDAK SEHARUSNYA DAYUS ATAU MENJADI PAK TURUT. MELAYU PERAK ADALAH BANGSA YANG MEMPUNYAI JATI DIRI DAN MENJADI PAHLAWAN BANGSA UNTUK MEMBELA BANGSA DAN MEMPERTAHAKNA NEGERI DARI DIJAJAH OLEH BANGSA LAIN. SEJAK DARI DATOK MAHARAJA LELA, DATOK SAGOR DAN MEGAT TERAWIS, ANAK PERAK TIDAK PERNAH DERHAKA KEPADA RAJA DAN PEMERINTAHANYA.

TOK NGAH INGIN MENGAJAK DAN MENGALEHKAN PEMERHATIAN ANAK MUDA PERAK, KHASNYA DARI PAS SUPAYA INSAF DAN MENGERTI APA ITU POLITIK DAN PERANAN YANG SEHARUSNYA DI MAINKAN. KAJI DAN BELAJARLAH DARI SEJARAH BANGSA, AGAR KITA DAPAT BERDIRI TEGAP SEBAGAI PEMIMPIN DAN PEMBELA NEGERI, BANGSA DAN AGAMA. KITA TIDAK MAHU MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK KEMUKA SENDIRI.

TOK NGHA.